tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post535426955603182026..comments2023-09-05T17:33:39.746+08:00Comments on BESI WAJA: Inisiatif Yang Mesti DisokongCikgu Zakariahttp://www.blogger.com/profile/08742628824924490986noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-23579678464299146162012-04-12T12:11:30.765+08:002012-04-12T12:11:30.765+08:00Assalamu'alaikum, Saudara Zakaria dan rakan-ra...Assalamu'alaikum, Saudara Zakaria dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah! Syabas dan terima kasih, saudara, di atas artikel terbaru ini. Walaupun saya agak terlewat mengikuti blog ini, namun saya tetap mencuba meluangkan masa untuk sentiasa "keep track" aka setiap isu yang dipaparkan, khasnya yang menyentuh kepentingan golongan senasib kita.

Ya, sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga ingin saya tujukan kepada Saudara Kong Ken, NCBM dan SBM di atas inisiatif sebegini. Bersamalah kita doakan agar usaha murni mereka ini dipermudahkan Allah, dan agar setelah itu, hak kita dalam mengakses teknologi kewangan ini dipertimbangkan penuh keadilan, bukan prejudis dan emosi.

Di sini, sekadar berkongsi pengalaman serupa tentang Kad ATM ini: Sewaktu saya bekerja selama tujuh tahun setengah bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PAJ), saya turut diberi peluang menggunakan perkhidmatan ATM Bank Muamalat, bank di mana gaji kakitangan Perpustakaan disimpan. Malah, saya acapkali dibantu rakan-rakan pemandu teksi, khasnya Syarikat Menara KRT yang biasa saya hubungi untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ulang-alik, untuk turut membacakan paparan pada skrin ATM itu. Malah, apabila saya berjaya menekan butang yang betul pada mesin-mesin ATM yang saya biasa gunakan, sesengah daripada rakan pemandu teksi itu, malah kadangkala, orang ramai yng kebetulan lalu di situ, kagum dengan kecekapan penggunaan sebegitu, sehinggakan dengan kepantasan kita mengambil wang dan resit serta dengan pengawasan rakan pemandu teksi tersebut, alhamdulillah, tak berlaku pun masalah kecurian, kehilangan kad, kebocoran maklumat dan sebagainya.

Justeru, marilah kita bersama menyokong usaha murni ini; semoga kita sekalian beroleh manfaatnya. Bagi saya, saudara tidak perlu bimbang dengan pendedahan artikel sebegini, kononnya mereka menganggap saudara nak jadi juara ... Kalau benar ya sekalipun, apa salahnya menjadi hero terhadap kebaikan daripada menjuarai maksiat dan mungkar?

Terima kasih dan selamat berkarya.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/01666237903817941286noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-56691261217094055402012-04-09T12:14:50.432+08:002012-04-09T12:14:50.432+08:00Sebenarnya atas sebab kesian yang tidak memamahi.....Sebenarnya atas sebab kesian yang tidak memamahi..
takut OKU buta di tipu apabila orng tolong keluarkan duitla...
Dia orang x tau OKU buta boleh buat sendiri.....

Sudah set ke dalam minda mereka... bila tidak melihat, susah....
nak buat itu dan ini....

memang susah... untuk semua orang faham jika ia tiada pengalaman hidup bersama Oku buta.....ahmad bustamamhttps://www.blogger.com/profile/13784341669544276563noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-65917487108136599232012-04-09T12:10:13.643+08:002012-04-09T12:10:13.643+08:00Mudahan semua ok ya...
Sebenarnya dia rasa.. kesi...Mudahan semua ok ya...
Sebenarnya dia rasa.. kesian terlebih tu... takut orang curi kadla... takut orang buta suruh orng kuarkan duitla.... n kena tipula.... Semuanya atas sebab kesian tetapi tidak memahami hakikat sebenar.. kemampuan OKU buta... harap dengan apa yang dibincangkan nanti beroleh kejayaan.ahmad bustamamhttps://www.blogger.com/profile/13784341669544276563noreply@blogger.com