tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post6175562845773371177..comments2023-09-05T17:33:39.746+08:00Comments on BESI WAJA: Kisah Dan TeladanCikgu Zakariahttp://www.blogger.com/profile/08742628824924490986noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-10308292069222556982009-01-23T08:39:00.000+08:002009-01-23T08:39:00.000+08:00Assalamu'alaikum dan salam bahagia, rakan-rakan se...Assalamu'alaikum dan salam bahagia, rakan-rakan sekalian.

Ya, realiti yang tak boleh dinafikan. Jika kita masih ingat, Maharaja Meiji yang berkuasa di Jepun di hampir penghujung kurun ke-19; Baginda merupakan antara pencetus perubahan dan pemodenan masyarakat Jepun ketika itu, yang juga tebal dengan adat dan tradisi, terutamanya dalam memartabatkan institusi diraja. Masih ingatkah kita akan fakta sejarah yang kita belajar di sekolah dahulu itu? Baginda juga dikenali sebagai "bapa pemodenan" Jepun ... Dan, sejak itulah, pembangunan dan kemajuan mereka begitu pesat sekali, sehingga mereka turut mampu mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan 1905 dan antara kuasa penjajah yang digeruni sekitar Perang Dunia Kedua. Malah, hari ini, mereka juga antara pembekal produk, perkhidmatan serta "intelectual" yang setanding Amerika dan Eropah; malah ada yang lebih baik daripada itu!

Nah, mari kita renung sejenak sejauh mana kita telah benar-benar mampu menjadi sebuah negara maju. Bayangkan, kalau orang Jepun, membaca buku berbahasa lain, walau penguasaan bahasa lemah, isinya itu yang mahu diambil, bagaimana pula kita? Bukanlah bermakna kita mengenepikan sama sekali peranan bahasa antarabangsa, tetapi, sejauh manakah kita mengambil manfaat daripada penguasaan bahasa itu? Apa yang turut memilukan ialah, bahasa Arab yang merupakan bahasa Kitab, sudah semacam disisih secara beransur-ansur, dan melebihkan bahasa Inggeris, konon bahasa "antarabangsa" yang wajib dikuasai. Sudahlah begitu, sebagaimana kata sahabat saudara itu, kita memang lebih menjurus kepada mengambil budaya, bukan mengambil isi. Contoh terdekat ialah, antaranya pengistilahan yang tidak "consistant" serta trend muzik kini. Juga, sesetengah dasar yang kononnya untuk memperbaiki kelemahan, tetapi hakikatnya, antara langkah "undur ke belakang"/"kembali kepada jahiliyyah" seperti PPSMI yang sedang dibantah meluas oleh majoriti rakyat. Inikah strategi kita menjadi negara maju?

Akhirnya, marilah kita belajar mengatasi kelemahan secara praktikal menerusi kajian mendalam dan mengimplimentasi hasil yang terbaik, bukan sekadar terikut-ikut, ibarat daun ditiup angin. Juga, daripada kisah ini, akuilah kebenaran Al-Quran akan kelebihan mereka yang berilmu. Bayangkan, seandainya bangsa Jepun ini juga bangsa yang beriman (menerusi Islam), insya Allah, mereka akan lebih kelihatan mulia, dihormati lagi digeruni! Namun, apa hal sekalipun, kepentingan ilmu pasti tidak boleh dinafikan kerana Dia Yang Maha segalanya, Maha Mengetahui lagi meliputi ilmu-Nya, lantas kecekapan pentadbiran-Nya tiada mampu dipertikai. Selamat berjaya, Tomi.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/01666237903817941286noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-73671480590947582272009-01-22T23:34:00.000+08:002009-01-22T23:34:00.000+08:00Sebab itu encik, sehingga sekarang, golongan buta ...Sebab itu encik, sehingga sekarang, golongan buta yang mahir komputer masih tidak boleh mencipta pembaca skrin sendiri. Orang kita lebih berbangga dengan produk luar.Taihttps://www.blogger.com/profile/00200714785711782452noreply@blogger.com