tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post7978966026839946304..comments2023-09-05T17:33:39.746+08:00Comments on BESI WAJA: Renungan DinihariCikgu Zakariahttp://www.blogger.com/profile/08742628824924490986noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-24723829558276252182009-01-13T13:28:00.000+08:002009-01-13T13:28:00.000+08:00Itulah ya encik. Apa nak buat. Semoga kata-kata ...Itulah ya encik. Apa nak buat. Semoga kata-kata encik menjadi nyata di suatu hari nanti.Taihttps://www.blogger.com/profile/00200714785711782452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-28445246538268256662009-01-12T09:25:00.000+08:002009-01-12T09:25:00.000+08:00Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan ...Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Tahniah! Sememangnya apa yang saudara bentangkan ini adalah fakta sejarah, bukan omong kosong. Memang benar, apa yang kita lakukan hari ini lebih bersifat emosi, bukan realiti. Pun begitu, kita tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya Allah yang Maha Pengasih ini masih ingin mengejutkan kita daripada lena nan panjang hingga terlepas waktu ...

Nah, bercerita fasal produk cacat penglihatan; rasanya umum tahu benar akan hal ini. Cuma, mari kita bermuhasabah: apakah yang telah kita usahakan selama ini untuk menolong rakan-rakan senasib daripada pergantungan yang termat "statik" kepada hasil keluaran luar negara, terutamanya Amerika? Seperti yang saudara katakan, kalau pocket frame, brailler, hatta perisian pembaca skrin, kita masih import daripada mereka, bagaimana? Sudahlah begitu, kita begitu berbangga mempamerkannya kepada masyarakat awam lain di majlis-majlis kita. Bukan mempersoalkan tindakan dan peranan sesiapa, cuma, di sinilah kita patut bertanya kepada mereka yang "berbangga dengan peranan sebagai wadah OKU penglihatan": apa sudah jadi? Mengapa lulusan universiti pun masih jadi "telephonist", malah ada yang masih menganggur? Memadaikah penghasilan bahan bacaan dan rakaman audio dilakukan oleh seorang dua individu sahaja dik perkembangan teknologi yang kononnya boleh membetulkan itu dan ini? Ke manakah dikorbankannya kepakaran mereka yang dilatih dalam penggunaan ICT dengan program itu dan ini, akhirnya masih menganggur? Bagaimana pula para pemimpin dan pihak berkuasa boleh berbangga kononnya Malaysia "negara prihatin", sedangkan pengagihan kekayaan dan kemajuan tidak pernah seimbang selama tempoh hampir 52 tahun merdeka?

Oleh itu, langkah PERTIS bergerak sendirian tanpa berpayungkan "penguasa yang berbangga diri" ini sangat terpuji. Semoga Allah SWT sentiasa bersama perjuangan kita. Walaupun pada ketika ini, kita turut bergantung kepada produk Amerika pada hasil bahan kita, namun ia sesuatu yang belum mampu dielak ketika ini. Marilah kita bersama cuba menggerakkan strategi agar peranan pertubuhan kita lebih berkembang sehingga akhirnya kita turut mampu berdikari dan menjadi antara penghasil produk keluaran sendiri. Bersamalah kita berjuang membela Islam demi kesejahteraan semua sesuai dengan dasar misi Islam itu sendiri: memberi rahmat kepada sekalian alam.

Terima kasih dan salam jihad.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/01666237903817941286noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-68694047373715260062009-01-10T09:13:00.000+08:002009-01-10T09:13:00.000+08:00Wah cikgu, pendapat dan tulisan kita hampir sama. ...Wah cikgu, pendapat dan tulisan kita hampir sama. Selagi negara kita dan lain-lain negara tak ada satu produk sendiri yang boleh menembusi dunia, susah pemulauan ini nak dibuat. Lagi pun, pemulauan ini dibuat secara bermusim sahaja.Taihttps://www.blogger.com/profile/00200714785711782452noreply@blogger.com