tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post1114027382755461028..comments2023-09-05T17:33:39.746+08:00Comments on BESI WAJA: Bicara PendidikCikgu Zakariahttp://www.blogger.com/profile/08742628824924490986noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-79040949212988732612009-02-19T14:31:00.000+08:002009-02-19T14:31:00.000+08:00Ya, sesuatu perlu dilakukan untuk membantu guru-gu...Ya, sesuatu perlu dilakukan untuk membantu guru-guru OKU penglihatan ini.

(Jika tidak keberatan singgahlah ke blog yang baru saya buka ini,

Siti Huraizah RuslanTINTA EMAShttps://www.blogger.com/profile/02029326520019017141noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-14216591628027067192009-02-17T12:01:00.000+08:002009-02-17T12:01:00.000+08:00yang pentingnya sekarang, wujudkanlah blog. Ini N...yang pentingnya sekarang, wujudkanlah blog. Ini NGO's orang buta, orang cakap, buat blog, taknak dengar. macam-macamlah alasan diberi.

Dan blog itu kalau boleh dalam bm. Supaya semua orang dapat baca.Taihttps://www.blogger.com/profile/00200714785711782452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5755376905818439966.post-79968791242309584232009-02-17T08:33:00.000+08:002009-02-17T08:33:00.000+08:00Assalamu'alaikum, saudara dan rakan-rakan pengunju...Assalamu'alaikum, saudara dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Terima kasih sekali lagi di atas fakta terkini: permasalahan dan cabaran arus pendidikan cacat penglihatan. Ya, tahniah kepada JPPK SBM di atas usaha murni ini. Rasanya, elok kiranya NGO cacat penglihatan ini, terutamanya NCBM, memulakan pengumpulan data mengenai guru-guru kita sebagaimana yang saudara sebutkan. Ini kerana data selengkap itu, mudah-mudahan, akan mampu menjadi bahan rujukan ketika seminar/perbincangan sama ada sesama sendiri mahupun dengan pihak berwajib. Tidak ketinggalan juga, kiranya dimasukkan pada data itu bentuk/aliran pendidikan, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan pendidikan aliran Islam yang memerlukan tulisan Arab Braille dimartabatkan sewajarnya dalam menulis Al-Quran, hadith serta petikan Arabiyah lain untuk manfaat pelajar-pelajar aliran agama.

Memang, senario kesedaran masyarakat awam terhadap kita di Malaysia masih rendah menyebabkan kita tersisih dan/atau keperluan kita tidak diambil kira sebagai keperluan asasi yang mesti dipenuhi seperti kemahiran tulisan Braille, bakat dan kebolehan semulajadi dalam pelbagai bidang, dan sebagainya. Oleh itu, cadangan saudara agar lebih banyak pertemuan serta sesi penerangan diadakan bersama pihak berwajib sangat wajar. Malah, jika perlu, kehadiran setiap individu berkenaan hendaklah "difardhu/wajibkan" sebagai antara pengukur prestasi kerja agar setidak-tidaknya mampu mengelak kehadiran bermusim kerana ada "boss" berulang. Walaupun ini bunyinya macam kerahan tenaga, namun rasanya kaedah sebeginilah antara cara berkesan yang mudah-mudahan mampu merubah senario sekarang ke arah yang lebih dan terbaik untuk generasi kita mendatang. Selain itu, elok juga kiranya kita cuba merapati media massa seperti radio dan TV bagi mendedah, seterusnya menyedarkan masyarakat akan pencapaian kita, terutamanya aspek pendidikan. Perlahan-lahan, kita perluaskan pula kepada bidang lain seperti keagamaan, kesenian, serta lain-lain cabang ilmu semasa. Dengan itu juga, kita berharap agar individu cacat penglihatan sendiri, terutamanya para pendidik, memperlengkap serta menambahbaik lagi ilmu pengetahuan dan prestasi kerja agar potensi kita benar-benar dihargai, seterusnya kita turut mampu berbakti kepada agama, bangsa, negara dan diri sendiri.

Terima kasih.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/01666237903817941286noreply@blogger.com