Thursday, March 12, 2009

Ucapan Tahniah

Tahniah Dari Cikgu

 

            Hari ini, 12 Mac 2009, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2008 diumumkan secara rasmi.  Bagaimana dengan keputusan dalam kalangan murid-murid cacat penglihatan?

 

            Setakat ini, khabarnya calon cacat penglihatan terbaik ialah Mohd Nadir dari Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baru.  Khabarnya beliau mendapat 7 1A.  Beliau merupakan seorang yang cacat penglihatan hamper sepenuhnya (totally blind).  Walaupun pencapaian beliau masih tidak dapat memadamkan rekod pencapaian Yeoh Kok Soon pada tahun 2002, namun pencapaian beliau amat membanggakan.

 

            Selain itu, khabarnya juga, di SMPK Setapak, antara calon terbaiknya iaitu 2 orang memperoleh 4 A.

 

            Maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

 

            Kepada mereka yang Berjaya, tahniah dari cikgu!

 

2 comments:

Tai said...

Wah, tahniah kepada encik tersebut.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, teman-teman sekalian.

Alhmdulillah! Syabas kepada para pelajar OKU penglihatan yang berjaya! Semoga kejayaan demi kejayaan akan dicipta terus-menerus! Ia juga mencerminkan golongan OKU juga mampu berjaya setanding, malah kadang kala lebih baik daripada rakan-rakan pelajar normal. Yang penting, kesungguhan insan itu sendiri serta tumpuan dan perhatian sama rata diberikan, juga galakan untuk saling berlumba kejayaan dalam suasana harmoni yang dibenarkan agama.

Terima kasih.