Saturday, December 20, 2008

Selamat Hari Lahir

"Selamat Hari Lahir Tun"

 

            Pada hari ini, 20 Disember 2008, genaplah usia Tun Dr. Mahathir yang ke-83 tahun.  Secara umumnya Tun telah mencapai kejayaan yang gemilang dalam bidang-bidang tertentu.

 

            Sebagai ahli perubatan, Tun adalah seorang doktor yang amat disenangi oleh masyarakat setempat.  Saya pernah mendengar khabar Tun akan memberi perkhidmatan tanpa mengira masa dan tidak mengira siapa.

 

            Selaku seorang pemidato, isi ucapan Tun selalunya padat, berterus-terang, berani tetapi intonasi pidato Tun kadangkala sangat serius, kurang unsur kecindan dan nadanya pula sama dan tidak pelbagai.

 

            Sebagai seorang pemimpin, memang tidak dinafikan banyak jasa yang telah dicurahkan.  Putrajaya, MSC, kemajuan ICT, KLIA dan banyak lagi merupakan antara mercu tanda kejayaan Tun.

 

            Selaku seorang ahli politik, agaknya Tun mungkin sedikit sebanyak telah terpengaruh dengan buku The Prince.

 

            Sewaktu menjadi perdana menteri, Tun telah melaksanakan dasar-dasar luar yang berani, tegas, berterus-terang bahkan seakan tidak gentar dengan kuasa-kuasa besar.

 

            Manakala dasar-dasar dalam negeri Tun kadangkala menyebabkan orang lain takut untuk berterus-terangdan tidak berani menyatakan apa yang mereka rasa benar.  Budaya takut dan tunduk kepada pemimpin tanpa sebab telah berputik sewaktu era Tun.  Budaya inilah yang sedang menghantui khasnya sebilangan bangsa Melayu pada hari ini.

 

            Sebagai seorang pesara, Tun mungkin belum bersedia untuk berehat sepenuhnya.

 

            Selamat hari lahir Tun dari saya sekeluarga.

 

1 comment:

Tai said...

Begitu juga dari saya. Selamat hari jadi Tun.