Sunday, July 19, 2009

Bicara Blog Baru

"anakkampungdelek"


Sebentar tadi, seorang sahabat lama, En. Norazman memaklumkan kepada
saya menerusi skype,dia sudah pun ada blog sendiri. Saya memang suka
bilamana beliau telah pun mempunyai blog sendiri. Ini sekaligus telah
menambah bilangan blogger dalam kalangan mereka yang cacat
penglihatan. Seingat saya, setakat ini, sudah terdapat sekitar 10
blogger dalam kalangan mereka yang cacat penglihatan.

Setelah dimaklumkan sahaja mengenai kewujudan blog tersebut, saya pun
terus ke blog berkenaan dan membaca sekali lalu tulisan beliau.
Memang beliau ada potensi untuk menulis. Haluan siasahnya juga
terserlah.

Seingat saya juga, saya sudah pun mengenali sahabat yang seorang ini
sekitar suku abad yang lalu. Oleh itu, secara ikhlas saya suka
berpesan kepada kita semua, lakukanlah sesuatu itu secara istaqamah,
berterusan dan jangan sekali-kali mudah jemu. Jemu dan bosan
adakalanya perkara biasa, tapi jangan biarkan ia berpanjangan.

Tahniah diucapkan kepada Saudara Norazman kerana berjaya mewujudkan
blog sendiri. Kepada yang berminat, sila kunjungi
www.anakkampungdelek.blogspot.com

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Syabas! Tahniah! Alhamdulillah. Benar seperti yang saudara katakan. Semoga kehadiran blogger yang semakin ramai daripada kalangan OKU penglihatan ini juga mampu membuka pemandangan dan minda masyarakat awam terhadap kebolehan OKU. Bahkan, semasa saya mengikuti pengajian "Menjana Pendapatan Menerusi Kaedah Online" pada Sabtu, 18 Julay yang lalu, salah seorang peserta kita (Shukor b. Shaaban) loyar buruk kat Enck Azli. Katanya, "OKU, bukan 'kurang upaya', tapi 'kelainan upaya'". OK tak? Sambil itu, teruskanlah lagi sumbangan artikel saudara. Rasanya, dah lama saudara tak menulis.