Friday, September 4, 2009

Bicara Jumaat

Bermuhasabahlah Terhadap Diri Anda Sendiri

Buatlah satu catatan muhasabah harian terhadap diri sendiri. Catatlah
perkara-perkara negatif yang selalu anda lakukan. Kemudian mulailah
mencari jalan keluar untuk menghindarinya.

Terdapat tiga kesalahan yang selalu berulang dalam kehidupan kita
seharian, iaitu:

1. Menyia-nyiakan waktu
Sering melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah tapi dianggap
menggembirakan dan menyenangkan.

2. Membicarakan dan melakukan perkara-perkara yang tidak berguna.
Bahkan merasa rugi jika ditinggalkan.
Ingatlah hadis Nabi mafhumnya:
"Termasuk sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa
yang tidak berguna untuk dirinya". (Al-Hadith)

3. Memperlihatkan masalah-masalah yang bersifat remeh. Misalnya: suka
mendengar cerita-cerita orang, bergabung dengan orang yang suka
melemahkan semangat, dan peduli terhadap orang yang suka ragu-ragu,
padahal sikap yang demikian hanyalah merupakan kecemasan yang
terburu-buru, kekhuatiran yang disegerakan dan termasuk dalam faktor
penghalang kebahagian dan ketenteraman.

Rasulullah s.a.w pernah mengajar kepada bapa saudaranya Abbas satu doa
untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat:
….فية والعفا لعفوا لك اسا اني اللهم
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu keampunan dan kesihatan.
Doa ini sangat indah dan lengkap kerana mencakupi kebaikan di dunia dan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama
yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga
yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi
orang-orang yang berbuat kebaikan." (Ali-Imraan:148)

Dan firmaNya lagi yang bermaksud:
"….maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan
sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara" (Thaha:123)

(Sumber: Jangan Bersedih Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan , Dr
Aidh Al-Qarni.)

Bilamana kita telah berjaya melakukan muhasabah diri dengan cara yang
betul, saya yakin barulah kita akan mampu untuk menjadikan hari ini
lebih baik daripada semalam, dan insha-Allah hari esok akan dapat kita
jadikan lebih baik daripada hari ini.

Orang yang takut memuhasabah dirinya sendiri merupakan orang yang
takut menghadapi realiti peribadinya sendiri. Orang yang enggan
memuhasabah dirinya adalah orang yang sombong.

No comments: