Monday, October 5, 2009

Bicara Blog Baru

Selamat Datang Ke Dunia Maya

Awal petang tadi, tatkala saya di Kuantan, seorang lagi sahabat cacat
penglihatan telah menghantar SMS kepada saya dan memaklumkan bahawa
beliau telah pun mempunyai blog sendiri. Rakan yang saya maksudkan
ialah Cikgu wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin.

Sebenarnya, saya sudah beberapa kali mengusulkan kepada beliau supaya
wujudkan blog sendiri untuk berkongsi pandangan, pendapat serta ilmu
yang beliau ada kepada orang lain. Maklumlah cikgu lah katakan!
Tentulah beliau sarat dengan pelbagai pengetahuan, pengalaman serta
pandangan yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan oleh orang lain.
Akhirnya, mungkin beliau terima juga apa yang telah saya sarankan
kepada beliau.

Sebentar tadi, sekembali sahaja saya dari Kuantan, saya sempat juga
menjenguk ke blog beliau. Menarik apa yang beliau kongsikan untuk
kita semua. Harapan saya, beliau akan terus mengisi blognya dengan
perkara-perkara yang benar dan berguna. Teruskan menulis demi
mengangkat martabat rakan-rakan senasib.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke dunia maya
kepada Cikgu Wan Mohd Suhaimi. Kepada yang sudi, sila ziarahi blog
beliau di www.nadimelor.blogspot.com

Kepada pengunjung blog ini, blog beliau ada saya senarai dalam Laman
Sesawang kendalian Blogger Cacat Penglihatan, sila klik (enter untuk
pengguna cacat penglihatan) pada nadi melor.

Selamat berjaya kepada nadi melor!

2 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah! Semakin ramai rakan-rakan kita yang cuba memanfaatkan dunia maya ini. Dengan ini, saya turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Cikgu Wan Mohd. Suhaimi. Secara peribadinya, saya mengenalinya sebagai seorang yang berdedikasi ketika bertugas serta penyokong kebenaran. Semoga beliau mampu mengambil kesempatan ini, sebagaimana yang saudara katakan. Akhirnya, saya ingin mencadangkan agar satu kesatuan blogger dan pengunjung diwujudkan, guna membentuk suatu pasukan blogger cacat penglihatan yang berkesan, sebagai antara mekanisme "pendesak" terhadap pihak berwajib agar lebih prihatin dengan nasib masyarakat OKU penglihatan kita. Rasanya, idea itu pernah saudara utarakan; justeru, ia sekadar satu pandangan yang elok diperhalusi ketika kelapangan. Saya turut mencadangkan agar saudara mengetuai kesatuan itu nanti.

Terima kasih.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah! Nampaknya, semakin rakan-rakan kita yang meneroka dunia maya ini untuk berkongsi perasaan. Justeru, saya turut mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Wan Mohd. Suhaimi. Secara peribadinya, beliau seorang yang berdedikasi dalam tugas dan cintakan kebenaran. Semoga beliau mampu menggunakan kesempatan ini demi manfaat bersama sebagaimana harapan saudara. Untuk itu, saya mohon mencadangkan agar suatu kesatuan blogger dan rakan-rakan pengunjung/"follower" dapat direalisasikan segera agar kita turut mampu bertindak sebagai "suara masyarakat" agar masalah masyarakat OKU penglihatan kita ini mampu diambil perhatian oleh pihak berwajib. Rasanya, saudara pernah mengutarakan cadangan ini; justeru, ia sekadar pandangan yang rasanya boleh saudara perhalusi ketika kelapangan. Akhir kata, saya turut mencadangkan agar saudara mengetuai kesatuan itu nanti.

Terima kasih.