Saturday, March 13, 2010

Bicara Umum

Tahniah Kepada Murid Yang Berjaya

Dua hari lepas (11 Mac), keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2009 telah diumumkan. Manakala semalam (12 Mac) pula, sekolah tempat saya bertugas telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Graduasi untuk murid-murid tingkatan 5 tahun 2009.



Murid terbaik untuk SPM 2009 di sekolah saya ialah Norhayu Sapri. Beliau memperoleh 8 A, 1 B dan 1 C. Murid kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini, bagi saya, memang sesuai mendapat keputusan sedemikian berdasarkan kepada komitmen khasnya dalam bidang akademik yang telah beliau tunjukkan di sepanjang 2 tahun (tingkatan 4 dan 5) beliau di peringkat menengah atas.



Murid kedua terbaik pula ialah Mohd Shahir bin Ramli. Beliau memperoleh 4 A. Murid kelahiran Negeri Sembilan ini juga merupakan seorang pelajar yang rajin.

Nampaknya murid terbaik dan kedua terbaik untuk SPM 2009 di sekolah saya dikuasai oleh warga Negeri Sembilan!

Kepada semua murid yang telah berjaya, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan. Kejayaan hari ini bukanlah penghujung segala-galanya. Ia sebenarnya merupakan permulaan kepada pendakian hidup yang kian mencabar. Rebutlah apa sahaja peluang yang disediakan untuk kecemerlangan masa depan.

Kepada murid-murid yang tidak begitu berjaya, ingatlah, sekali gagal, ia tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Peluang untuk berjaya masih terbuka luas. Bagi saya, yang paling penting ialah, lakukanlah perubahan dalam diri sendiri terlebih dahulu. Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu, melainkan kaum itulah yang harus mengubah nasibnya sendiri.

Selamat berjaya!

Salam dari Kuantan.

No comments: