Monday, April 10, 2017

Pantai Teluk Gong




Pada 9 April (Ahad), saya sekeluarga berkesempatan berehat di Pantai Teluk Gong, Masjid Tanah, Melaka. Tentulah tujuan utama adalah untuk merrehatkan fikiran dan tubuh badan. Pada malam sebelumnya, kami bertiga telah berkunjung di kediaman anak buah kami di Port Dickson. Jarak dari rumah beliau ke pantai berkenaan hanya sekitar 40km sahaja. Jalan kampung yang agak baik dan ada ketikanya melalui kawasan pantai sungguh menyegarkan dengan sapaan angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa.

Satu perkara yang cukup menarik di pantai ini ialah adanya aktiviti menjual ikan segar dengan harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, sekilo ikan tenggeri hanya berharga RM28.00. Manakala sekilo ikan siakap pula berharga RM24.00.

(Klik di sini untuk menonton klip video suasana di pantai Teluk Gong)

Selain aktiviti mandi-manda, kita juga boleh memancing di sini. Kawasan tempat memancing memang ada tetapi situasinya sedikit kurang mesra dengan orang seperti saya.

Di samping itu, kita juga boleh berehat sambil menyedut udara segar. Fikiran pun boleh jadi tenang dan aman dibuatnya.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil di sekitar kawasan pantai berkenaan.






No comments: