Saturday, April 22, 2017

Majlis Penutup Temasya Sukan SMPK Setapak Kali Ke-30




Pagi tadi bertempat di gelanggang serba guna sekolah, majlis penutup temasya sukan tahunan SMPK Setapak kali ke-30 telah berlangsung. Acara-acara sukan sebenar telah pun berlangsung beberapa hari sebelum ini. Hanya majlis penutup sahaja yang dijalankan pagi tadi. Selain penyampaian hadiah, bagi saya antara yang menarik dalam majlis penutup kali ini ialah perbarisan rumah-rumah sukan. Dengan bilangan murid yang tidak ramai dan ditambah lagi dengan kawasan yang kecil, perjalanan acara perbarisan berkenaan tetap meriah dan bersemangat. Ia sekaligus telah menonjolkan ketinggian kreativiti guru dan murid yang terlibat.

(Klik di sini untuk menonton perbarisan rumah-rumah sukan)

Selain itu, majlis penutup pagi tadi juga telah dimeriahkan lagi dengan acara untuk pegawai. Masing-masing dengan gelagat yang tersendiri.

(Klik di sini untuk menonton acara untuk pegawai)

Di bawah ini dikongsikan sebilangan foto yang berkaitan dengan majlis penutup temasya sukan berkenaan untuk tatapan bersama.




No comments: