Saturday, April 7, 2012

Inisiatif Yang Mesti Disokong

Baru-baru ini, saya ada menulis menerusi blog ini mengenai pengalaman tawar saya berkenaan kesukaran golongan seperti saya untuk menggunakan kad ATM di sebuah bank. Kad ATM yang saya miliki kini telah dikeluarkan oleh cawangan lain tetapi ia telah cuba dinafikan pula oleh cawangan yang lain dari bank yang sama. Maknanya, tiada keseragaman polisi berhubung perkara ini oleh bank yang sama. Dengan erti kata lain, sama ada boleh atau sebaliknya bagi golongan seperti saya menggunakan kad ATM ditentukan oleh sikap memandai-mandai kakitangan tertentu di bank yang berkaitan.

Semalam, satu email yang ada sedikit sebanyak kaitan dengan pengalaman saya minggu lepas telah masuk ke peti email saya. Email tersebut datangnya daripada sahabat saya juga, iaitu Saudara Loh Kong Ken. Di bawah ini, saya perturunkan semula kandungan email beliau seperti berikut:


Hi all,

SBM is working together with NCBM to collect details from BVIs whose application for ATM card with CIMB was rejected.

Kindly email me your full name, date of application and the branch involve at:
https://mail.google.com/mail/h/lms1sgjzgsar/?&v=b&cs=wh&to=lohkk@help.edu.my

NCBM and SBM will be having a close door meeting with the decision makers of CIMB tentatively on 18/04/12. Hence, I need your cooperation in giving us the required details before the said date.

Yes, the BVIs in Malaysia is not only having problems with CIMB but all the banks in Malaysia. We will tackle 1 bank at a time.

Currently, all the organizations under NCBM has authorized NCBM to meet up with Bank Negara and the Association of Bank Owners to settle these issues.

Below is the appeal from the Head of CARE (Centre for Advocacy, Research and Empowerment) unit of NCBM:

Dear all,

Let's us focus in resolving the basic ATM card issues first. All the other credit cards(pls note credit cards have different application T & C, eligibility criteria) and debit cards, I believe, will be resolved accordingly once the basic essential ATM cards, a long outstanding issue, is resolved. for any individual with a bank savings account, he or she has every right and is entitled to apply for and be given the ATM card for the right and convenience to access one's own money via any of the bank ATM kiosks.


There will be, soon, an important meeting/dialogue with senior CIMB bank HQ officials about VBIs banking issues and challenges. Please do let me have your personal `bad' experiences, for example, ATM card rejections, branch name and dates, etc. Email me offline if you prefer privacy.
Rgds/Yam TW

With warmest regards

Loh (K.K.)



Sayugia saya jelaskan di sini, saya sama sekali tidak pernah mendakwa bahawa email atau kandungannya seperti di atas dihantar hanya kerana semata-mata tulisan pengalaman saya menerusi blog ini baru-baru ini. Ia mungkin timbul daripada pengalaman yang sama yang turut pernah dilalui oleh rakan-rakan senasib yang lain. Saya harus tegaskan hal ini supaya jangan dikatakan orang di kemudian hari kononnya saya hendak menjadi jauara pula!

Berbalik kepada topik tulisan ini, berdasarkan kepada kandungan email seperti di atas, maka tindakan yang akan dilaksanakan oleh SBM dan NCBM amat tepat dan amat wajar. Saya juga bersetuju bahawa isu pokok iaitu yang berkaitan dengan kad ATM harus diberikan keutamaan. Ini adalah kemampuan golongan yang cacat penglihatan untuk mengguna dan menguruskan kad ATM masing-masing sepatutnya tidak harus dipertikaikan lagi. Rekod menunjukkan bahawa tahap penjagaan dan pengurusan kad ATM oleh pengguna yang cacat penglihatan tiada cacat celanya. Saya sendiri sudah lebih daripada 21 tahun menggunakan kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setakat ini alhamdulillah tiada sebarang masalah langsung. Saya sebutkan nama BSN di sini kerana ia merupakan institusi kewangan yang tiada masalah untuk membenarkan golongan yang cacat penglihatan untuk menggunakan kad ATM.

Di sini, suka saya tegaskan bahawa sikap diskriminasi serta prejudis seperti di atas berlaku di hampir kesemua bank di negara kita. Jadi, sudah tiba masanya Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan garis panduan yang jelas, tanpa diskriminasi dan tanpa prejudis bagi membolehkan golongan cacat penglihatan menikmati kemajuan teknologi hari ini.

Bagi saya, masalah penggunaan kad ATM dalam kalangan golongan cacat penglihatan berbangkit bukan kerana kecacatan penglihatan golongan berkenaan. Sebaliknya masalah tersebut ditimbulkan oleh sikap diskriminasi dan prejudis yang sangat tebal yang menyelaputi hati sanubari sebilangan ahli masyarakat kita yang berpenglihatan terhadap golongan yang tidak berpenglihatan. Jika trek rekod membuktikan penggunaan kad ATM dalam kalangan mereka yang tidak berpenglihatan tidak ada masalah, mengapa sesetengah kakitangan bank tertentu yang memandai-mandai mendakwa penggunaan kad tersebut bermasalah kepada golongan yang tidak berpenglihatan?

Di sini, pujian harus diberikan kepada SBM dan NCBM kerana tindakan proaktif kedua-dua NGO berkenaan bagi merongkai permasalahan yang menyelubungi golongan cacat penglihatan. Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Saudara Loh Kong Ken kerana beliau juga turut aktif dalam usaha untuk menyelesaikan isu ini. Pada pemerhatian saya, Saudara Loh Kong Ken merupakan seorang yang low profile tetapi rajin bekerja untuk manfaat golongan yang cacat penglihatan.

Saya berharap semoga golongan cacat penglihatan yang lain juga seharusnya memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada usaha di atas. Bagi saya, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama kongsikan Pengalaman pahit dan tawar yang pernah kita lalui sebagai penjelasan betapa tebalnya sikap prejudis dan diskriminasi sesetengah ahli masyarakat kita yang berpenglihatan terhadap golongan seperti kita. Ingat pepatah orang tua-tua, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Dalam menangani isu yang sama, saya juga berharap semoga mana-mana golongan cacat penglihatan yang berhasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam PRU yang akan datang, atau mana-mana golongan cacat penglihatan yang sudah lama menyimpan niat untuk menjadi ahli salah satu dewan dalam parlimen tanpa melalui pilihanraya, agar turut sama ke hadapan demi membuktikan bahawa anda benar-benar boleh dipercayai untuk mewakili suara golongan yang cacat penglihatan. Bukankah ini merupakan isu bersama? Inilah masa dan ruangnya untuk anda menunjukkan juara anda!

Kepada SBM, NCBM dan Saudara Loh Kong Ken, saya ucapkan selamat berjaya dalam usaha anda. Marilah kita bersama-sama menghapuskan sikap prejudis dan diskriminasi terhadap golongan seperti kita!

3 comments:

ahmad bustamam said...

Mudahan semua ok ya...
Sebenarnya dia rasa.. kesian terlebih tu... takut orang curi kadla... takut orang buta suruh orng kuarkan duitla.... n kena tipula.... Semuanya atas sebab kesian tetapi tidak memahami hakikat sebenar.. kemampuan OKU buta... harap dengan apa yang dibincangkan nanti beroleh kejayaan.

ahmad bustamam said...

Sebenarnya atas sebab kesian yang tidak memamahi..
takut OKU buta di tipu apabila orng tolong keluarkan duitla...
Dia orang x tau OKU buta boleh buat sendiri.....

Sudah set ke dalam minda mereka... bila tidak melihat, susah....
nak buat itu dan ini....

memang susah... untuk semua orang faham jika ia tiada pengalaman hidup bersama Oku buta.....

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Zakaria dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah! Syabas dan terima kasih, saudara, di atas artikel terbaru ini. Walaupun saya agak terlewat mengikuti blog ini, namun saya tetap mencuba meluangkan masa untuk sentiasa "keep track" aka setiap isu yang dipaparkan, khasnya yang menyentuh kepentingan golongan senasib kita.

Ya, sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga ingin saya tujukan kepada Saudara Kong Ken, NCBM dan SBM di atas inisiatif sebegini. Bersamalah kita doakan agar usaha murni mereka ini dipermudahkan Allah, dan agar setelah itu, hak kita dalam mengakses teknologi kewangan ini dipertimbangkan penuh keadilan, bukan prejudis dan emosi.

Di sini, sekadar berkongsi pengalaman serupa tentang Kad ATM ini: Sewaktu saya bekerja selama tujuh tahun setengah bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PAJ), saya turut diberi peluang menggunakan perkhidmatan ATM Bank Muamalat, bank di mana gaji kakitangan Perpustakaan disimpan. Malah, saya acapkali dibantu rakan-rakan pemandu teksi, khasnya Syarikat Menara KRT yang biasa saya hubungi untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ulang-alik, untuk turut membacakan paparan pada skrin ATM itu. Malah, apabila saya berjaya menekan butang yang betul pada mesin-mesin ATM yang saya biasa gunakan, sesengah daripada rakan pemandu teksi itu, malah kadangkala, orang ramai yng kebetulan lalu di situ, kagum dengan kecekapan penggunaan sebegitu, sehinggakan dengan kepantasan kita mengambil wang dan resit serta dengan pengawasan rakan pemandu teksi tersebut, alhamdulillah, tak berlaku pun masalah kecurian, kehilangan kad, kebocoran maklumat dan sebagainya.

Justeru, marilah kita bersama menyokong usaha murni ini; semoga kita sekalian beroleh manfaatnya. Bagi saya, saudara tidak perlu bimbang dengan pendedahan artikel sebegini, kononnya mereka menganggap saudara nak jadi juara ... Kalau benar ya sekalipun, apa salahnya menjadi hero terhadap kebaikan daripada menjuarai maksiat dan mungkar?

Terima kasih dan selamat berkarya.