Rasanya sudah lebih daripada dua minggu saya tidak muncul dengan apa-apa coretan dalam blog ini. Dalam tempoh tersebut, pelbagai peristiwa yang sama-sama kita lalui. Tentunya ada antara peristiwa tersebut lebih bererti jika ia disusuli dengan coretan, ulasan, catatan atau sebagainya. Namun demikian, lantaran beberapa sebab saya tidak dapat melaksanakannya sebagaimana biasa menerusi blog ini. Demikianlah kelemahan yang ada pada diri saya yang perlu saya akur.
Kebetulan pula, sebagai seorang pendidik yang berkebetulan pula mengajar murid-murid tingkatan 5, masa inilah antara masa yang kritikal bagi melaksanakan strategi akhir sebelum murid-murid melangkah ke dewan peperiksaan pada bulan hadapan. Almaklumlah, memang sudah menjadi lumrah yang perlu diakur, jika muird itu berjaya, murid berkenaan dikatakan memang pandai, tetapi bila murid berkenaan gagal, maka gurulah yang tidak pandai mengajar.
Antara sebab lain mengapa saya tidak muncul dengan coretan sepanjang tempoh di atas ialah kerana sejak pengendali blog “dipaksa” mengendalikan dengan interface yang baru, saya menghadapi sedikit kesukaran untuk menyisipkan foto ke dalam teks untuk dipostingkan. Mungkin bagi mereka yang menggunakan mouse, hal sebegini langsung tiedak timbul. Maklumlah dengan click sana dan click sini, semuanya dapat dilaksanakan dengan begitu mudah sekali. Walau bagaimanapun, kaedah yang sama tidak mungkin dilakukan oleh pengendali blog yang sepenuhnya menggunakan papan kekunci (keyboard) seperti saya. Saya terpaksa mencari sendiri kaedah yang sesuai supaya saya dapat menyertakan foto ke dalam tulisan saya (jika sesuai) sebagaimana biasa. Oleh itu, saya harus mencari sendiri kaedah yang sesuai menerusi
try an error. Masa yang terbatas semakin membataskan usaha saya untuk mencari dan mencuba kaedah yang sesuai.
Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu juga kaedah yang sesuai serta jawapan mengapa interface yang baru ini tidak
friendly kepada pengendali blog seperti saya. Setelah menemui jalan penyelesaian terhadap cabaran yang saya hadapi sebelum ini, rasanya saya semakin memahami maksud ungkapan orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Di sini, saya tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sahabat lama saya, Rokiah Nawi, yang telah sudi untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman beliau dalam membantu saya menyelesaikan cabaran yang saya hadapi. Mungkin bagi beliau ia kecil sahaja, tetapi bagi saya ia sungguh bermakna. Terima kasih banyak-banyak.
Salam dari Kuantan.
No comments:
Post a Comment