Sunday, May 12, 2013

Tahniah Untuk Zamzuri



Sekitar jam 8.09 malam sebentar tadi, En. Zamzuri Ghani telah menelefon saya dan memberitahu bahawa isteri beliau telah pun selamat melahirkan putera mereka yang kedua di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Suaranya sungguh ceria. Maklumlah baru dapat rezeki lagi. Menurut beliau lagi, kelahiran putera mereka kali ini cepat hampir 3 minggu. Ini adalah kerana isterinya mengalami sedikit masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, kelahiran putera mereka yang kedua ini telah berlaku dengan selamat.


Kepada En. Zamzuri, sekalung tahniah diucapkan. Semoga putera kedua ini akan menambah lagi seri dan ceria kepada anda dan isteri tercinta.


Setakat ini saya belum diberitahu nama apa yang akan diberikan kepada putera mereka yang kedua ini. Kalau susah sangat, tak payah fikir panjang-panjang, namakan sahaja putera itu “Zakaria” ....


1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Allahu Akbar! Alhamdulillah! Syukur ke hadhrat-Nya di atas kemurahan dan kasih saying-Nya terhadap rakan kita sekeluarga ini ... Lantas, saya turut ingin mengkalungkan tahniah dan syabas buat beliau. Oh ya, sememangnya nama itu tak perlulah panjang lebar sampai payah nak disebut; memadailah dengan mengambil nama para Nabi dan Rasul, nama-nama Allah Yang Maha Sempurna, atau paling tidak, nama para sahabat dan tabi'in. Akhirnya, marilah kita bersama mendoakan agar beliau dan isteri serta anak-anak manja itu semua beroleh berkat, redha, rahmat, ampunan dan inayah-Nya nan abadi, insha Allah. Tahniah dan syabas, Sdr Zamzuri ...

Terima kasih.