Thursday, March 16, 2017

Hari Keputusan SPM




16 Mac (Khamis) merupakan hari yang sungguh bermakna khususnya kepada murid yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 yang lalu. Pada hari berkenaan, keputusan peperiksaan berkenaan telah diumumkan.

Sekolah tempat saya bertugas juga tidak ketinggalan dalam melalui detik-detik berkenaan. Siang tadi, Sebilangan murid yang telah menduduki peperiksaan SPM 2016 telah datang ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing. Saya dimaklumkan, secara umumnya keputusan tahun lepas ada peningkatan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Untuk keputusan kali ini, antara murid terbaik ialah murid kembar, Aqilah dan Afifah Zamri. Kepada murid yang telah berjaya, sekalung tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, masih ada peluang lagi untuk kalian kerana sekali gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Foto di bawah adalah gambaran suasana dan kegembiraan kepada murid-murid di sekolah tempat saya bertugas siang tadi.






Tahniah juga kepada semua guru dan seluruh warga sekolah atas kerja keras dan kerjasama antara kita sehingga membuahkan hasil yang kita sama-sama tuai hari ini. Mari kita teruskan untuk murid-murid kita tahun ini pula.

No comments: