Sunday, March 5, 2017

Harga Petrol Dan Diesel Akan Diumum Setiap Minggu Mulai April




(Klik di sini untuk rujukan sumber berita)

Jika sebelum ini, naik turun harga petrol dan diesel akan berlaku secara bulanan, dengan pengumuman pihak berkuasa ia bermakna naik turun harga bahan api tersebut akan berlaku secara mingguan pula. Ini seterusnya akan membuka laluan kepada kemungkinan naik turun harga bahan api berkenaan akan berlaku secara harian pula pada masa hadapan?



Ia juga menunjukkan bahawa harga bahan api berkenaan di negara kita sudah ditentukan oleh harga pasaran dan bukan lagi oleh subsidi pihak berkuasa. Rakyat harus menerima hakikat iaitu harga bahan api boleh naik, naik dan turun, tetapi harga barangan keperluan lain kalau sudah naik susah untuk turun.

Dari satu segi, pengumuman naik turun harga bahan api yang semakin kerap juga akan membolehkan penganalisis tertentu membuat ramalan yang lebih tepat tentang tarikh pilihanraya umum ke-14 nanti. Agaknya bila pengumuman harga bahan api menunjukkan penurunan secara berturut-turut, ada kemungkinan tarikh pilihanraya semakin hampir?


No comments: