Malam sebentar tadi, sekitar selepas solat maghrib, saya sekeluarga berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham Beseri Ahmad. Sewaktu kami tiba, jenazah sudah pun ditempatkan di surau Flat Seri Selangor. Sekitar sejam saya sekeluarga berada di surau berkenaan. Menurut anak lelaki Allahyarham, jenazah akan disempurnakan pada pagi ini (21 Februari).
Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Saya dapat merasakan perasaan pilu yang menyelubungi keluarga Allahyarham, terutamanya Khairul, anak tunggal Allahyarham.
Pemergian Allahyarham Beseri tentunya merupakan kehilangan seorang kawan bagi saya. Memang banyak kenangan suka duka bersama Allahyarham terutamanya sewaktu di zaman persekolahan dahulu.
Dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita semua akan kembali. Hari untuk Allahyarham Beseri menemui Penciptanya sudah tiba. Manakala kita pula masih menanti giliran yang akan tiba untuk menyusuri beliau.
Alfatihah ....
No comments:
Post a Comment