Tuesday, May 10, 2011

Menghadiri Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan

Pada 7 Mei (Sabtu) yang lalu, saya telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan kali ke-4. Mesyuarat telah berlangsung di pejabat PERTIS Negeri Sembilan, di Seremban.





Ini merupakan kali kedua berturut-turut saya menghadiri mesyuarat agung PERTIS Negeri Sembilan. Saya telah hadir dalam mesyuarat yang serupa pada tahun lalu.



Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Hairie Aris. Setelah itu, En. Kamal Majid selaku Pengerusi PERTIS Negeri Sembilan pula tampil dengan ucapan alu-aluannya.



Kemudian tiba giliran saya selaku YDP PERTIS Pusat tampil juga untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Isi ucapan saya biasa-biasa sahaja.



Selanjutnya, tampil pula Ustaz Md Jusoh Sudin untuk menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung kali ini. Ustaz Md Jusoh adalah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Undang-undang Keluarga Islam di Jabatan Agama Islan Negeri Sembilan. Kehadiran Ustaz Md Jusoh adalah mewakili tuan pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir. Walaupun tuan pengarah tidak hadir, beliau telah menghantar sekurang-kurangnya 5 pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.



Semasa sesi perasmian itu juga, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan turut menyampaikan bantuan 10 set naskah Alquran Braille kepada PERTIS Negeri Sembilan. Ia telah disampaikan sendiri oleh Ustaz Md Jusoh kepada En. Kamal Majid.



Kepada barisan kepimpinan baru PERTIS Negeri Sembilan yang telah terpilih, tahniah diucapkan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada En. Abdullah bin Abu Bakar, seorang ahli bersekutu PERTIS Negeri Sembilan. Walaupun beliau sudah tinggal agak jauh dari Seremban, tetapi beliau masih sudi menerima jawatan bendahari.

Harapnya catatan ini tidak terlalu lewat untuk ditatap.

Oleh kerana isteri saya tidak dapat turut sama dalam mesyuarat ini, maka Luqman telah mengambil alih tugas selaku jurufoto.

No comments: