Tuesday, September 13, 2011

Tahniah Kepada Cikgu Norazlan

Sekitar jam 1.24 tengah hari sebentar tadi, saya menerima SMS daripada Cikgu Norazlan. Beliau memaklumkan baru sahaja dapat cahaya mata pertamanya. Antara lain SMS beliau berbunyi:


Baby boy. Pukui tujuh pagi tadi hospital seremban. Ada di wad 1a katil 40. Berat 1kg.Tolong doa la semua selamat.


Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Norazlan. Setelah beberapa tahun dalam penantian, akhirnya Allah kabulkan doa anda sekeluarga. Kini anda sudah pun bergelar bapak.

Maaflah tak ada fotonya lagi. Maklumlah berita baru. Agaknya sehari dua lagi akan terpamirlah foto sikecil tu dalam blog Cikgu Azlan.

Mudah-mudahan yang baru lahir ini pengganti kepada yang baru pergi.

No comments: