Saturday, January 18, 2014

Berita: Cikgu Adnan Masuk Hospital



Pagi ini (18 Januari), saya menerima berita iaitu Cikgu Adnan Wahab telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Manakala penyakit yang dihidapinya masih lagi belum pasti, tetapi ia berkaitan dengan perut.

Untuk maklumat bersama, Cikgu Adnan kini ditempatkan di tingkat 3, wad 12, katil 15 di HKL. Semoga maklumat ini bermanfaat khususnya kepada sesiapa yang berhasrat untuk menziarahi beliau. Untuk sehari dua ini, saya mungkin tidak dapat menziarahi beliau kerana masih berada di luar KL.

Kalau saya tidak silap, Cikgu Adnan telah berusia sekitar 70 tahun. Antara sekolah paling lama beliau pernah berkhidmat ialah di SMPK Setapak, KL, iaitu sekitar 18 tahun. Sebelum itu, Cikgu Adnan pernah berkhidmat di SKPK Princess Elizabeth hampir 4 tahun lamanya.

Semoga Cikgu Adnan cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti sediakala, insha-Allah.



No comments: