Monday, January 2, 2012

Godam: Sekadar Ulasan

Nampaknya isu godam masih belum berakhir. Ia semacam mewarnai pembuka tirai tahun baru Masihi 2012 khususnya bagi pelanggan SMPK Googlegroups. Ia adalah ekoran lontaran pandangan oleh Cute (Saudara Kai Eong .... maaf kalau salah eja) beberapa hari yang lalu.

Selanjutnya isu ini dipanjangkan lagi bilamana beberapa orang murid serta dua orang guru SMPK Setapak turut sama melontarkan pandangan masing-masing menerusi lelaman yang sama. Mungkin lontaran pandangan oleh Cute itu ada keistimewaannya yang tersendiri, sebab itu ia mendapat reaksi dan respon daripada beberapa orang murid dan guru SMPK Setapak kemudiannya. Kalau tanpa reaksi dan tiada respon, tentunya isu ini dapat ditutup bersama berlabuhnya tirai tahun 2011. Di sinilah saya dapat perhatikan keistimewaan tersendiri yang dimiliki Cute!

Di sini, saya tidak berhasrat untuk memuatkan kembali segala lontaran pandangan yang telah diutarakan. Memang saya ada menyimpannya buat tatapan pada masa akan datang bila sesuai.

Bagi saya, Cute ada pandangannya yang tersendiri mengenai apa yang telah berlaku. Bahkan tidak keterlaluan kalau saya katakan, Cute adalah antara orang yang telah bersusah-payah untuk memulihkan kembali keadaan dan ruang maya yang telah tercemar gara-gara godaman penggodam mentah. Untuk mengatakan Cute adalah orang yang telah menyebarkan maklumat godaman menerusi SMPK Googlegroups juga kurang tepat. Maklumat sedemikian tidak akan tersebar sekiranya tapisan oleh para moderatornya berfungsi dengan betul.

Mengenai pandangan iaitu Cute seolah-olahnya tidak memahami kerjaya sebagai guru, itu tidak menghairankan kerana Cute bukan seorang guru. Seakan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka yang bukan berada dalam bidang pendidikan untuk tidak mempunyai kefahaman yang cukup mendalam mengenai profesyen seorang guru. Sebab itulah bila golongan guru bercuti panjang pada setiap hujung tahun, ramai yang seakan cemburu.

Kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam soal menguruskan VSI, saya rasa adalah lebih baik jika melakukan tindakan daripada sekadar membuat ulasan. Kalau sekadar mengulas tanpa sebarang tindakan bersesuaian yang berkesan, pasti ia tidak akan ke mana. Sebaliknya ulasan yang berjela dan berterusan hanya akan memanjangkan lagi perkara ini. Oleh itu, bila sekolah dibuka kembali pada 4 Januari nanti, jangan bertangguh lagi, segera laksanakan apa jua tindakan ke arah memulihkan apa yang telah rosak dan membersihkan apa yang telah tercemar.

Secara peribadi, saya masih merasakan VSI masih relevan. Namun begitu, beberapa perkara harus diperbaiki dan dipertingkatkan. Ia turut mencakupi aspek pemilihan moderator, pemantauan, pengisian dan peningkatan keilmuan, melahirkan pelayar maya yang baik dan sebagainya.

Perlu saya jelaskan di sini, saya tidak terlibat dengan pengurusan VSI dan juga SMPK Googlegroups. Seperti orang lain, saya sekadar pelangganya sahaja.

2 comments:

Suara Amirul said...

Yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam. yang ............. menjadi morderator..

Suara Amirul said...

Yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam, yang ... menjadi morderator.