Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434






Hari ini, 1 Muharram 1434 Hijrah, (15 November 2012), umat Islam di mana jua berada melangkah ke tahun baru hijrah. Peristiwa hijrah yang ada kaitan langsung denga tahun hijrah ialah penghijrahan Rasulullah S.A.W. darikota Makkah ke Madinah. Ia merupakan peristiwa hijrah umat Islam yang ketiga. Manakala Khalifah Umar Al-Khattab pula merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan peristiwa hijrah berkenaan sebagai kalendar untuk umat Islam iaitu pada tahun 17 hijrah.



Sesungguhnya peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W. mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar khususnya dalam kalangan umat Islam sendiri. Selain itu, peristiwa hijrah juga merupakan titik penting dalam perkembangan dakwah Islamiyah itu sendiri. Justeru, terdapat perbezaan yang sungguh besar dan nyata situasi dan kondisi Islam tatkala di Makkah dan juga Islam tatkala di Madinah.



Di negara kita pula, sambutan maal hijrah diadakan setiap tahun dengan pelbagai acara sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahupun di peringkat daerah. Selain itu, sambutan maal hijrah juga turut dianjurkan oleh pelbagai badan bukan kerajaan dengan pelbagai cara dan acara.

Dari satu sudut, apa yang seharusnya berlaku ialah, tahun lepas sepatutnya lebih baik daripada tahun sebelumnya. Manakala kita harus berusaha untuk menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Adakah itu yang sudah berjaya kita sama-sama laksanakan? Adakah perpaduan dan kesatuan bangsa kita tahun lepas sudah lebih baik daripada tahun sebelumnya? Pilihanraya umum ke-13 pasti akan berlaku dalam tahun 1434 Hijrah!

Salam Maal Hijrah 1434 untuk semua.

No comments: