Friday, November 9, 2012

Selamat Bercuti Akhir Tahun



Di kebanyakan negeri di Malaysia, hari ini (9 November) merupakan hari persekolahan terakhir bagi sesi tahun 2012. Manakala bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah, hari ini merupakan hari pertama murid-murid di negeri-negeri berkenaan bercuti akhir tahun. Murid-murid akan bercuti selama 7 minggu. Tentunya dalam masa cuti yang agak panjang ini, pelbagai rancangan telah pun disusun untuk memenuhi masa yang terluang. Biar apa pun, pastikan masa yang terluang akan sentiasa diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

Manakala murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM pula masih harus meneruskan perjuangan sehinggalah ke kertas terakhir nanti. Kepada mereka, teruskan perjuangan dan jangan terpengaruh dengan suasana cuti yang mula mewarnai murid-murid yang lain. Lagi pun, selepas kertas terakhir nanti, anda semua akan bercuti lebih panjang lagi.

Kepada yang akan bercuti atau yang telah mula bercuti, selamat bercuti diucapkan.


No comments: