Dua hari lepas, saya telah ke sebuah bazar Ramadhan yang tidak jauh dari rumah saya. Tujuannya sekadar untuk mencari sedikit kuih bagi berbuka nanti. Manakala anak saya pula ingin makan murtabak daging. Semua makanan yang diingini dapat dibeli termasuklah murtabak daging.
Sewaktu berbuka puasa, anak saya sedikit mengeluh. Katanya, nama murtabak daging tapi dagingnya tidak ada. Untuk menyedapkan hati, saya berkata pula, sebenarnya ia bukan murtabak daging, tetapi murtabak perencah daging sahaja.
Saya faham, sekarang harga hampir semua barang semakin mahal. Jadi untuk menghasilkan murtabak daging seperti dahulu kala memang mahal modal dan kosnya. Jadi para peniaga mungkin tiada pilihan selain sekadar menghasilkan murtabak berperencah daging sahaja.
Apa yang diperlukan di sini ialah sedikit kejujuran daripada para peniaga iaitu maklumkan kepada para pembeli bahawa ini bukan murtabak daging, tetapi murtabak perasa daging. Bila ada kejujuran begini, jajaan pun berkat, pembeli pun puas hati bila membeli kerana mereka sudah faham yang dibeli bukannya murtabak daging tetapi murtabak berperasa dading sahaja.
No comments:
Post a Comment