Tuesday, June 7, 2016

Yusiran Merindui Rakan-rakannya




Tengah hari semalam (6 Jun), saudara Yusiran ada menghubungi saya. Kami berbual agak ringkas sahaja. Yusiran sekadar memaklumkan kepada saya perkembangan terkini tentang dirinya.

Menurut Yusiran, sudah seminggu beliau keluar hospital. Kini beliau tinggal bersama keluarganya di Jasin. Katanya lagi dalam nada sedih, mungkin dia akan berada di sini untuk sepanjang hayatnya. Manakala saya pula, jika saya pulang ke kampung dan ada masa terluang, saya akan menziarahi beliau. Setidak-tidaknya ia dapat mengubat rasa dukacita yang mungkin semakin mendalam dalam diri saudara Yusiran.

(Yusiran ketika saya ziarahi pada 25 September 2015 di hospital Melaka).



Pada akhir perbualan, Yusiran ada menyatakan dia ingin supaya rakan-rakannya yang masih mengingati beliau supaya menghubunginya setidak-tidaknya untuk berbual. Tidak perlu panjang, sekadar bertukar berita dan khabar pun sudah cukup memadai.

Untuk pengetahuan kita bersama, nombor telefon saudara Yusiran telah bertukar. Ini kerana telefonnya yang lama sudah hilang ketika beliau terlantar sebelum ini. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi Saudara Yusiran, bolehlah hubungi beliau di nombor 010-5627326. Semoga dengan panggilan yang sekejap, kita dapat meredakan perasaan sedih rakan kita ini walaupun buat seketika Cuma.


No comments: