Monday, June 6, 2016

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan




Setinggi-tinggi syukur ke hadhrat Ilahi kerana terus memberi kesempatan dan peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini (1437H). Sesungguhnya bukan semua orang dapat peluang sebegini setiap tahun. Perhatikan sahaja dalam kalangan keluarga dan juga sahabat handai kita yang tidak lagi berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini lantaran mereka telah terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kita yang maswih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini juga tidak ada jaminan untuk memperoleh peluang dan kesempatan yang sama pada tahun hadapan.

Justeru, saya menyeru kepada diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang gemar akan peringatan supaya kita sama-sama rebut peluang yang masi tersisa untuk mencari keredhaan Allah bersempena dengan bulan yang barakah ini. Mudah-mudahan juga dengan keampunan daripada Allah, kita akan dapat melalui salah satu pintu Syurga yang telah terbuka pada setiap menjelangnya bulan Ramadhan. Mudah-mudahan juga kita bukanlah orang yang akan membuka semula pintu neraka setelah ianya ditutup rapat bersempena dengan kemuliaan bulan Ramadhan ini.

Kepada sekalian muslimin, khasnya pengunjung blog ini, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan 1437H.

No comments: