Monday, February 9, 2009

Ucapan Takziah

Takziah Kepada Keluarga YB Tuan Haji Roslan Shaharum

 

            Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga YB Tuan Haji Roslan Shaharum, ahli parlimen Bukit Gantang, Perak yang telah meninggal dunia tengah hari tadi.  Menurut satu sumber, Tuan Haji Roslan, (50) telah menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang jam 12.00 tengah hari tadi dalam perjalanan ke hospital Batu Gajah.

 

            Tuan Haji Roslan, yang juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah, telah memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dalam PRU 12 dengan memperoleh majoriti 1,566 undi.

 

Segala-galanya telah ditakdirkan Allah.  Beliau meninggal dalam suasana politik Perak yang masih belum menentu.  Salah satu DUN yang terletak di bawah parlimen Bukit Gantang ialah Changkat Jering, yang mana wakilnya sedang berhadapan dengan pelbagai kontrovesi.

 

            Sekali lagi ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau.  Semoga Allahyarham akan sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya.

 

            Alfatihah ....

 

1 comment:

Muhammad Adam Lee said...

Assalamu'alaikum, rakan-rakan sekalian.

Terima kasih, saudara, atas makluman bermanfaat sebegini. Teruskan. Semoga usaha suci murni sebegini akan sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya.

Pada kesempatan ini juga, saya turut ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga beliau diterima antara insan soleh lagi dirahmati. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengajak sekalian teman-teman dan insan-insan mu'min serta rakan-rakan lain yang prihatin agar bersama mendoakan kekalnya kerusi parlimen yang dimenangi Allahyarham di tangan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan kita serta Malaysia tercinta. Ingatlah, ketika ini, Perak dilanda suasana tidak menentu akibat percaturan politik mereka yang tak kenal dan buta akan hakikat pertemuan dengan Yang Maha Segalanya. Oleh itu, bersamalah kita berjihad walau hanya ungkapan dan tulisan diiringi doa dan pengharapan.

Perkenankanlah permohonan kami, wahai Tuhan Pentadbiran Semesta 'Alam.