Monday, April 16, 2012

Seminar Dan Bantuan Alquran Braille

Pada 14 April (Sabtu) yang lalu, saya telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja dalam satu seminar Alquran Braille anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Seminar telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Selain saya, terdapat dua orang lagi pembentang, iaitu Ustaz Khairul Nizam Amad Nawawi daripada JAIP dan juga Ustaz Haji Norakyairee Mohd Ras daripada Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, egeri Sembilan.



Tajuk yang telah diamanahkan kepada saya untuk berkongsi dengan para peserta seminar ialah “Alquran Baille Satu Pengenalan”. Ustaz Khairul Nizam pula membentangkn kertas kerja mengenai kelebihan-kelebihan yang ada pada Alquran. Manakala Ustaz Haji Norakyairee pula membentangkan kertas kerja beliau mengenai metodologi pengajaran Alquran Braille.



Para peserta seminar pula terdiri daripada ahli-ahli PERTIS Pahang. Selain itu terdapat juga beberapa orang pegawai daripada Jaip yang turut sama. Sebilangan ahli keluarga peserta seminar yang berpenglihatan juga turut sama menyertai seminar berkenaan. Pada anggaran saksi mata, sekitar 50 peserta telah menyertai seminar berkenaan.

Bagi saya, seminar telah berjalan dengan baik dan lancar. Layanan daripada pihak penganjur pula mesra dan baik juga. Malahan para pembentang kertas kerja telah pun diberikan sebilik seorang di hotel untuk menginap sehari sebelum hari seminar.



Selain itu, ilmu yang dikongsikan dalam seminar tersebut juga menarik. Umpamanya, Ustaz Khairul Nizam telah mengutarakan banyak kelebihan yang terdapat pada Aquran Alkarim. Beliau juga turut menggalakkan kita semua agar sentiasa akrab dengan Alquran.



Selain itu, Ustaz Haji Norakraiyee juga tidak kurang hebat pengetahuan beliau. Beliau telah mengutarakan beberapa perkara mengenai metodologi pengajaran Alquran Braille. Beliau turut menekankan ahawa setiap guru yang telah menceburi pendidikan khas khususnya yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Alquran harus mahir dengan tulisan Alquran Braille. Barulah kemahiran tersebut dapat dimanfaatkan pula kepada murid-murid yang diajar. Saya memang bersetuju sangat dengan pandangan beliau.



Sekitar jam 12.15 tengah hari seminar pun berakhir. Setakat yang saya maklum, kehadiran saya serta yang lainnya adalah untuk seminar berkenaan. Itu sahaja. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya dimaklumkan bahawa ada upacara perasmian penutup seminar. Bagi saya, itu perkara biasa. Bila saya tanya kepada salah seorang pegawai JAIP, beliau memberitahu Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, Timbalan Pengarah JAIP akan melaksanakan perasmian penutup. Itu pun tidak langsung menjadi masalah kepada saya.

Tatkala para tetamu VIP masuk ke dewan seminar, salah seorang kakitangan JAIP memberitahu saya nama salah seorang daripada para tetamu VIP yang sedang masuk. Katanya lagi, dalam majlisperasmian penutup nanti akan ada slot pemberian bantuan Alquran Braille. Saya sedikit terkejut. Saya sendiri tidak pernah dimaklumkan bahawa akan ada slot pemberian bantuan Alquran Braille dalam majlis berkenaan. Oleh kerana saya memang amat mengenali nama salah seorang VIP yang baru sahaja dimaklumkan kepada saya, maka saya sudah dapat menduga bahawa bantuan Alquran Braille yang dimaksudkan sudah tentulah daripada cetakan soft copy yang telah diambil secara tidak sah daripada PERTIS. Kalau bantuan Alquran berkenaan datangna daripada PERTIS, sudah tentulah saya telah pun maklum dari awal lagi. Lagi pun, dalam masa terdekat masih belum ada majlis bantuan yang dirancang untuk pemberian Alquran Braille PERTIS Pusat kepada ahli-ahli PERTIS Pahang atas sebab-sebab tertentu.



Berdasarkan atur cara yang saya perolehi sebelumnya, ia juga tidak tertera slot untuk penyampaian Alquran Braille percuma dalam seminar berkenaan. Selain itu, saya juga sempat mendapatkan maklumat daripada AJK PERTIS Pahang yang hadir dan saya dimaklumkan mereka juga tidak tahu-menahu mengenai segmen penyampaian bantuan Alquran Braille berkenaan. Saya belek kembali surat jemputan yang saya terima tempoh hari dan ia juga tiada tertera mengenai acara penyampaian bantuan Alquran Braille berkenaan. Tidak cukup dengan itu, saya bertanya pula kepada salah seorang pembentang kertas kerja dan beliau juga memaklumkan kepada saya bahawa beliau juga tidak tahu-menahu mengenai slot berkenaan.

Oleh kerana saya sudah pun berada dalam majlis berkenaan dan sebagai menghormati pihak penganjur majlis, maka saya memutuskan untuk tidak meninggalkan majlis. Walaupun dalam hati saya sangat tidak redha dengan upacara penyampaian Alquran Braille berkenaan.



Dalam majlis berkenaan sebanyak 5 naskah Alquran Braille telahdisampaikan oleh Datuk Amar Segara Abdul Halim Haji Ibrahim. Penyampaian tersebut atas nama penyumbang dan bukan atas nama pencetak atau organisasi tertentu yang dipimpin oleh sang fulan itu.

Beginilah licin dan liciknya sang fulan berkenaan menyusup dan merayap bagi menyebarkan benda yang terdapat banyak kesalahan di dalamnya. Kelicikannya cukup halus serta penuh putar dan penuh belit. Dia tidak akan melakukannya berseorang diri, melainkan akan menumpang kedudukan orang-orang tertentu yang sudah ada nama dan ada jawatan.



Alquran Braille yang dicetak daripada soft copy yang diambil secara tidak sah daripada simpanan PERTIS, kini diedarkan semula kepada ahli-ahli PERTIS atas nama bantuan oleh individu yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Sebelum ini saya Cuma mendengar khabar dari jauh sahaja. Kali ini ia berlaku di hadapan mata saya selaku Yang di-Pertua PERTIS. Ia cukup memeritkan untuk saya telan. Adakah ahli-ahli PERTIS yang lain dapat memahami apa yang saya rasai? Agaknya bilalah balasan Allah akan turun menimpa kepada manusia yang semacam ini???

Untuk maklumat bersama, pada 27 Oktober 2011 yang lalu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan untuk memulangkan semula berpuluh naskah Alquran Braille curian yang cuba diedarkan kepada masyarakat menerusi JAKIM kepada pihak yang telah mencetaknya menerusi soft copy yang telah diambil secara tidak sah daripada PERTIS. JAKIM tentunya mempunyai alasan yang kukuh untuk memulangkan semula naskah Alquran Braille berkenaan. Tetapi hari ini, naskah Alquran Braille curian itu diedarkan pula di majlis seperti ini. Sudah tentulah pihak yang terkena tempias kebusukannya iaah JAIP yang masih belum faham apa-apa.

PERTIS amat terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa pun dan dalam bentuk apa sekali pun. Walau bagaimanapun, PERTIS dan ahli-ahlinya sama sekali tidak redha untuk menerima bantuan daripada manusia yang tidak tahu membezakan antara halal dan haram. Apatah lagi kalau barang bantuan itu merupakan hasil yang diambil secara tidak sah daripada persatuan ini sendiri.

Memang sudah menjadi kebiasaan di negara kita, bila sahaja mendengar sumbangan untuk Alquran, apatah lagi kalau Alquran Braille, masyarakat akan begitu teruja untuk menyumbang. Pada masa yang sama, ahli masyarakat kita juga sama sekali tidak pernah terfikir bahawa dalam ratusan ribu orang buta di negara ini, ada juga seorang dua yang suka menipu dan mencuri hak orang lain.

Saya sempat mendapatkan maklumat tertentu daripada seorang dua penerima sumbangan Alquran Braille curian berkenaan. Antara maklumat yang mereka sampaikan, mereka tidak tahu-menahu tentang akan menerima Alquran Braille berkenaan; mereka juga masih belum boleh lagi membaca Alquran Braille; Ada juga yang memberitahu saya, kalau mereka tahu Alquran Braille tersebut bukan daripada PERTIS maka mereka tidak mahu menerimanya. Sebab itulah saya katakan tadi, sang fulan berkenaan mat licin dan licik dalam melaksanakan aktiviti susupan dan rayapannya!

Mengapa Alquran Braille curian tidak layak dibaca, apatah lagi untuk diedarkan? Pertamanya ia dicetak daripada soft copy yang telah diambil secara tidak sah daripada simpanan PERTIS. Beginilah kalau sesebuah organisasi itu pernah dipimpin oleh manusia yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Keduanya, terdapat banyak kesalahan pada cetakan Alquran Braille curian tersebut. Sang fulan berkenaan pernah mendakwa dalam Alquran Braille curian tersebut ada satu kesalahan sahaja. Sedangkan saya sendiri telah menyemak Alquran Braille curian berkenaan berdasarkan naskah yang dicetak oleh organisasinya sendiri dan terdapat sekurang-kurangnya 17 kesalahan. Ini menunjukkan bahawa sang fulan berkenaan memang bodoh tentang Alquran Braille. Yang dia tahu mengambilnya secara tidak sah sahaja!

Dalam mesyuarat agung PERTIS Pahang yang berkebetulan berlangsung semalam (Ahad), beberapa orang ahli turut menyatakan kekesalan mereka dengan slot kononnya penyampaian bantuan Alquran Braille berkenaan. Rata-rata mereka memaklumkan bahawa mereka langsung tidak mengetahuihnya. Salah seorang ahli dengan kuat berkata: “Dia curi kita punya (Alquran Braille), kemudian dia bagi balik pada kita atas nama bantuan”. Walaupun ahli berkenaan tidak berpendidikan tinggi, tetapi dia jujur, ikhlas, tidak menipu dan juga tidak mencuri.



Saya sama sekali tidak menyalahkan JAIP atau mana-mana pegawainya atas insiden yang telah berlaku. Saya faham, mereka memang tidak mengetahui langsung. Bahkan saya dapat rasakan betapa ikhlasnya mereka untuk membantu PERTIS. Sayang seribu kali sayang, dalam kebaikan dan keikhlasan mereka rupa-rupanya ada orang tertentu yang dengan licik dan licinnya telah mengambil kesempatan.

Saya amat simpati dan kasihan kepada individu tertentu, golongan berjawatan dan berkedudukan tertentu, agensi dan jabatan kerajaan tertentu, badan korporat tertentu, kerana keikhlasan mereka untuk membantu orang buta telah dimanipulasi dan dieksploitasi orang buta tertentu yang berpendidikan dan bergelaran.

Saya tinggalkan majlis berkenaan dengan seribu satu kepahitan!

4 comments:

ITT said...

Assalam,

Buku Iqrak ada tak PERTIS jual? Saya betul2 nak beli.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Ma sha Allah! Begitukah gayanya si la'nat tu nak mengaku dia hamba Allah yang ikhlas, mukmin dan soleh? Tak usah cakaplah nak buat baik itu dan ini; malah kalau tiba masanya nanti, saya bolh datangkan seorang muallaf yang pernah jadi mangsanya -- konon ajak pada Islam, tapi, akhirnya terbengkalai, terpinga-pinga keseorangan bagaikan dalam neraka, tau!

Malah, untuk pengetahuan semua, baru-baru ni, saya turut berkesempatan beramah mesra dengan seorang yang boleh saya istilahkan ber"profile" tinggi dalam NGO kita. Ketika saya mengajukan perbincangan mengenai ketidakmenasabahan si munafiq itu yang kononnya ingin turut berlumba beramal kebajikan mencetak Al-Quran, dia turut membangkang; malah, baginya, "... Tak gunalah nak cakap dengan orang macam tu; dah tak tau nak beza halal haram ..."

Justeru, pada hemat saya, dia ni tak ubah bgaikan majoriti rahib dan paderi Yahudi dan Kristian zaman-berzaman yang dila'nati, malah jauh lebih sesat barat daripada itu, kerana dia mengaku sebagai seorang Islam! Mana tidaknya? Bukankah dia tu, pertama, membesar dengan penuh suasana keagamaan Islam; kedua, mahir dan pandai Braille dan IT, sedikit sebanyak, dan ketiga, lebih parah lagi, pintar dan faham undang-undang? Apakah dia tu tak pandai mensyukuri-Nya yang telah menganugerahkan segala kelebihan itu, atau sengaja mengambuskan roh dan qalbunya sedalam tujuh laps bumi dei dollar dan euro yang kelihatan gah itu, sehinggakan "halal halam kasi hantam"? Oleh itu, sekali lagi, saya akan tetap bertegas untuk bersama memerangi kemungkaran ini sedaya saya, insha Allah, da bersamalah kita doakan agar dia kembali bertaubat, atau kalau masih degil dan dajjal, hancur lebur bersama timbunan kekayaannya itu, K?

Akhirnya, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian kalian membenarkan saya berkongsi idea, serta ampun maaf atas keterlanjuran. Cuma, saya tetap berpendapat, kiranya kemungkaran itu telah jelas, kita wajib memeranginya dan turut sama memulihkan keadaan semampu kita agar setidak-tidaknya tanggungjawab kita dinilai jua, insha Allah.

Terima kasih dan selamat berjuang.

syafawati said...

sangat sedih dengan apa yang berlaku.

SouL EclipsE said...

Salam...
Saya salah seorang OKU Penglihatan yang pernah menerima naskah al quran yang dicetak rompak..
Saya ingin mengetahui 17 kesalahan yang telah diutarakan oleh tuan agar saya dan para penerina yang telah menggunakan al quran cetak rompak ini untuk membetulkan kesalahan kami...
mohon pertimbangan tuan...