Friday, November 2, 2012

Kompas Petunjuk Arah Kiblat Untuk OKU Penglihatan


Petang tadi, ibu pejabat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah dikunjungi oleh 2 penuntut dari Politeknik Sultan Salahuddin Syah, Syah Alam, Selangor. Kedua-dua penuntut berkenaan ialah Saudara Farhan dan juga Saudara Haziq. Tujuan kehadiran kedua-dua penuntut berkenaan adalah untuk memperkenalkan hasil penyelidikan mereka kepada PERTIS. Kumpulan penyelidik mereka terdiri daripada 4 penuntut dan beberapa orang pensyarah. Penyelidikan yang sedang mereka usahakan ialah sebuah kompas yang berkeupayaan untuk memberi petunjuk arah kiblat khusus kepada golongan yang cacat penglihatan.
Prototype kompas berkenaan telah pun berjaya mereka hasilkan. Untuk maklumat bersama, petang tadi merupakan kali pertama kumpulan penyelidik berkenaan menguji penggunaan kompas berkenaan kepada golongan sasar, iaitu mereka yang tidak berpenglihatan. Manakala PERTIS merupakan badan yang mula-mula sekali diperkenalkan dengan komas berkenaan. Alhamdulillah!
Secara ringkasnya, Kompas berkenaan hanya sebesar tapak tangan orang dewasa. Ia memang ringan dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Pada atas permukaan kompas berkenaan, hanya terdapat satu butang untuk ditekan dan satu anak panah timbul yang jelas untuk enunjukkan bagaimana kompas tersebut patut dihalakan. Apa yang hanya perlu dilakukan oleh penggunana ialah dengan menekan butang kompas berkenaan dan seterusnya memsingkan badan secara perlahan-lahan dengan tujuan untuk mencari arah kiblat. Apabila pusingan betul-betul menghadap arah kiblat, kompas tersebut akan berbunyi dan bunyi ang dihasilkan pula panjang dan amat jelas. Menurut kedua-dua penyelidik berkenaan, kompas ini boleh digunakan di mana-mana bahagian dalam alaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Pada hemat saya serta rakan-rakan senasib yang hadir petang tadi, kompas sebegini merupakan yang pertama bukan sahaja di Malaysia, bahkan mungkin juga di peringkat antarabangsa. Sebelum ini, memang ada kompas bersuara tetapi kegunaannya lebih kepada sebagai petunjuk arah sahaja seperti arah timur, selatan, utara atau barat. Kenikan kompas yang ini ialah ia berkeupayaan untuk menunjukkan arah kiblat khusus kepada mereka yang cacat penglihatan.
Menurut Saudara Farhan dan Saudara Haziq, dana untuk menjalakan penyelidikan ini sehingga terhasilnya kompas prototype yang dipaparkan sepenuhnya datangnya dari saku penuntut sendiri. Mreka ada memberitahu saya kos untuk menghasilkan seunit prototype berkenaan, namun demikian untuk tidak mengganggu proses ke arah pengkomersilan kompas ini pada masa hadapan, rasanya tidak sesuai untuk saya menyatakannya di sini. Apa yang dapat saya jangkakan, setelah kompas ini nanti sedia untuk dikomersilkan, ia pasti mampu dibeli dan dimiliki oleh individu yang cacat penglihatan. Hal sebegini menjadi jangkaan saya kerana pada masa ini pun, glongan senasib mampu untuk membeli dan memiliki set telefon tangan yang canggih dan agak mahal harganya.
Menurut Saudara Haziq, idea untuk menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan kompas berkenaan mucul bilamana pada suatu hari, ketika beliau berhenti di satu R&R di sebelah utara, beliau ternampak seorang individu yang cacat penglihatan sedang bertanyakan arah kiblat kepada seseorang yang bukan Islam. Bila menyaksikan peristiwa tersebut, makabeliau mula menanam tekad dalam hati untuk menghasilkan sesuatu yang oleh membantu golongan cacat penglihatan sebagai petunjuk arah kiblat supaya tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain. Mungkin dengan tekad yang ada, akhirnya Allah telah membuka jalan kepada beliau dan rakan-rakannya untuk menghasilkan alat yang sangat bermanfaat ini. Alhamdulillah!
Kepada ahli kumpulan penyelidik, saya dan seluruh warga PERTIS akan memberi sokongan yang sepenuhnya ke arah menghasilkan kompas ini sehingga ke tahap tertinggi. Saya tidak nafikan iaitu sedikit sebanyak kompas ini tentunya memerlukan penambahbaikan, dan untuk itu, saya dan seluruh warga PERTIS akan memberikan kerjasama, sokongan dan dokongan agar akhirnya nanti penyelidikan seperti ini akan berjaya, insha-Allah.
Kami ingin merafakkan sebesar-besar syukur ke hadhrat Allah kerana dengan kudrat dan iradatnya orang seperti Saudara Haziq, Saudara Farhan serta ahli kumpulan penyelidik yang lain, telah dilahirkan untuk memberi manfaat kepada golongan seperti kami. Kepada ahli kumulan penyelidik serta tenaga pensyarah yang turut sama membinbing, saya tidak lupa untuk mengalungkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha yang dilakukan untuk membolehkan golongan seperti kami lebih berdikari dalam hidup. Apa yang lebih membuatkan kami merasa amat bersyukur dan bangga ialah ahli kumpulan penyelidik ini merupakan anak tempatan dan bahan ini pula dihasilkan di dalam negeri pula.

2 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Allahu akbar! Alhamdulillah! Syukur ke hadhrat-Nya di atas kejayaan berterusan sebegini. Justeru, memang layak benar kumpulan penyelidik berkenaan dihargai, seterusnya semoga mereka akan terus lebih berjaya pada masa-masa akan datang di bawah berkat, redha, rahmat, maghfirah, hidayah dan 'inayah-Nya, sekaligus membuktikan satu lagi kejayaan cemerlang Malaysia di mata dunia seperti doa saudara. Manakala sebagai ahli, saya turut menyambut berita ini dengan penuh syukur seperti yang saudara sebutkan; kita mampu lebih berdikari, sekaligus membolehkan juga kita bersaing dengan masyarakat global, insha Allah.

Sekadar mencadangkan, barangkali, di antara penambahbaikan fungsi yang boleh dimasukkan pada keluaran yang akan dikomersilkan nanti ialah enjin-enjin pertuturan khasnya Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, agar setidak-tidaknya arahan-arahan di peringkat asas atau permulaan ketika dihidupkan dan dimatikan mudah difahami, serta sebagai alat pembelajaran bahasa, walaupun hanya di peringkat asas. Walaupun ianya idea yang saya dapati daripada kompas bersuar keluaran Syarikat Robotron, Australia, tetapi, saya rasa ia juga berfaedah untuk setidak-tidaknya kita mengetahui nama arah mata angin dalam bahasa Arab, lantas sebagai perbendaharaan kata tambahan dalam kita memahami ayat-ayat Al-Quran dan Hadith. Semoga dengan itu, ia akan benar-benar menjadi sebuah kompas elektronik yang berfungsi kukuh kepada kita.

Terima kasih.

Iman Hafiy said...

assalamualaikum, saudara blogger :)

syukur dan tahniah diucapkan ke atas penghasilan projek tersebut. Tujuan saya comment ini adalah kerana saya ialah seorang pelajar sekolah menengah di pahang dan hasrat saya adalah untuk membina sebuah projek arah kiblat untuk golongan tidak berpenglihatan menggunakan kompas. Malangnya, kami mempunyai masalah untuk membunyikan kompas kami menggunakan buzer piezzo yang akan diletakkan di bawah kompas tersebut. Harap pihak tuan boleh menolong kami sekumpulan untuk merealisasikan projek kami.. terima kasih :)