Friday, April 7, 2017

Selamat Bersara Kepada En. Rashid





Bila sebut sahaja nama En. Rashid, maka seluruh warga SMPK Setapak hari ini atau mereka yang pernah menjadi warga SMPK Setapak bermula tahun 1985 tentu kenal pada orangnya. Sebagai maklumat bersama, hari ini merupakan hari terakhir En. Rashid selaku kakitangan awam sekaligus sebagai kakitangan di SMPK Setapak. Mulai 9 April ini, beliau akan bersara wajib selaku kakitangan awam.


(En. Rashid)


Tengah hari tadi, satu majlis bersempena dengan persaraan en. Rashid telah diadakan di sekolah. Walaupun majlisnya ringkas dan santai, ia mungkin memberi seribu makna kepada En. Rashid sendiri. Ia tergambar bilamana beliau menyatakan hasratnya untuk terus berkhidmat di SMPK Setapak selaku sukarelawan. Sebagai orang yang telah mengenali En. Rashid sejak beliau mula berkhidmat di sekolah ini, saya dapat memahami perasaannya dan mengapa beliau ingin menjadi sukarelawan sekurang-kurangnya hingga hujung bulan ini. Agaknya ini cara En. Rashid membuat soft landing selaku kakitangan awam di tempat beliau bertugas.

En. Rashid telah mula berkhidmat di SMPK Setapak pada tahun 1985. Ketika itu saya masih di alam persekolahan menengah lagi. Walaupun saya tidak pernah bersekolah di sekolah ini, tetapi saya merupakan penghuni asramanya sejak di tingkatan 1 lagi. Justeru saya antara orang yang dapat menyaksikan detik bermulanya perkhidmatan En. Rashid dan hari ini saya menyaksikan pula detik persaraannya.

Sebagai maklumat bersama, SMPK Setapak merupakan satu-satunya tempat En. Rashid berkhidmat di sepanjang perkhidmatannya selaku kakitangan awam. Maknanya, En. Rashid tidak pernah bertugas di tempat lain selain di sekolah ini di sepanjang 32 tahun perkhidmatannya selaku kakitangan awam.

Kepada En. Rashid, selamat bersara. Jaga diri dan jagalah kesihatan sebaik mungkin.

Sebagai tatapan bersama, di bawah ini dikongsikan beberapa foto semasa berlangsungnya majlis persaraan En. Rashid tengah hari tadi.








No comments: