Saturday, April 15, 2017

Selamat Menerima Menantu Kepada Datuk Zamani Dan Datin Nor Hayati




Tengah hari tadi, saya sekeluarga merupakan antara ratusan tetamu yang telah menghadiri majlis menerima menantu oleh Datuk Zamani bin Sulaiman dan Datin Nor Hayati binti Md Salleh. Pengantin lelaki, Mahzuz, merupakan anak sulung kepada Datuk Zamani dan Datin Yati. Majlis telah berlangsung di Menara LPP, Kuala Lumpur.


(Pasangan mempelai di atas pelamin)


Sekitar sejam juga saya di majlis berkenaan. Bagi saya, perjalanan majlisnya cukup teratur dan amat meriah. Ia ditambah dengan keramahan Datuk Zamani, Datin Yati serta ahli keluarganya dalam menyambut dan melayan para tetamu. Selain itu, makanan yang dihidangkan juga pelbagai dan enak rasanya. Oleh kerana Datuk Zamani senegeri dengan saya, maka hidangan cencaluk juga turut tidak ketinggalan.

Di samping itu, dalam majlis berkenaan juga saya dapat bertemu dengan rakan-rakan lama seperti Cikgu Maimun, Cikgu Hanafiah, Kak Yati, Kak Yatimah dan yang lainnya di mana mereka sudah pun bersara daripada perkhidmatan awam. Cikgu Buyah serta suaminya, Dr. Mohd Nor juga ada sama. Selain itu, Cikgu Nasrul turut sama hadir. Cikgu Afini yang kini bertugas di UPCK, Lembaga Peperiksaan Malaysia juga ada sama. Memang seronok bila bertemu dengan rakan-rakan lama seperti ini.

Kepada Datuk Zamani dan Datin Yati, tahniah diucapkan kerana telah selamat menerima menantu sulung. Kepada Mahzuz dan Solihah, selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Datuk Zamani dan keluarga kerana kesudian mengundang saya dan keluarga ke majlis berkenaan.

Di bawah ini dikongsikan sebilangan foto yang sempat diambil dalam majlis berkenaan.




Tahun ini berlangsir biru,
tahun depan berlangsir ungu,
tahun ini terima menantu,
insha-Allah tahun depan menimang cucu.

No comments: