Wednesday, September 27, 2017

SEJARAH KERTAS 3 TEMA UMUM SPM 2017




Untuk pengetahuan bersama, terutama murid dan para ibu bapa yang terlibat, tema umum untuk kertas 3 Sejarah (1249/3) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017 telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


(Sila klik pautan di bawah untuk muat turun)

http://lp.moe.gov.my/index.php/kerja-kursus-spm/552-1249-3-sejarah-kertas-3-tema-umum-spm-2017

Kertas ini merangkumi 20% daripada markah keseluruhan mata pelajaran Sejarah peringkat SPM. Mulai hari ini, para calon yang berkaitan bolehlah membuat segala persediaan yang perlu untuk kertas 3 bagi mata pelajaran Sejarah.

Para calon yang terlibat disarankan untuk mengambil langkah berikut:

1. Segera muat turun atau cetak soalan tugasan umum berkenaan dan simpan di tempat yang sesuai.
2. Baca arahan yang terkandung dalam kertas tugasan umum berkenaan dengan penuh teliti.
3. Baca isi kandungan tugasan umum yang tertera dengan penuh teliti.
4. Minta nasihat, pandangan serta tunjuk ajar daripada guru Sejarah anda untuk pemahaman yang lebih terperinci mengenai tajuk tugasan umum yang telah dikeluarkan.
5. Sediakan fail yang khusus untuk menyimpan semua bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan umum yang telah dikeluarkan.
6. Simpan semua bahan yang telah dikumpulkan dalam fail yang telah ditetapkan supaya mudah dirujuk.
7. Sentiasa berhubung dengan guru sejarah anda untuk mencari dan mengumpul bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan umum.
8. Amat disarankan untuk mengadakan kumpulan perbincangan bersama-sama rakan lain untuk tujuan perkongsian bahan, cara penggunaan bahan yang telah dikumpul serta pemahaman yang lebih baik tentang tajuk tugasan dan isi bahan yang telah dikumpul.

Mudah-mudahan perkongsian yang tidak sepertinya ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat khasnya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2017 nanti.

Barang diingat, di peringkat SPM mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang wajib diduduki dan wajib lulus.


Selamat berjaya!



No comments: