Sunday, November 18, 2012

Menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat PERTIS Pusat






Pagi tadi, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis sambutan Maal Hijra Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) peringkat pusat. Majlis telah berlangsung di Dewan Utama, Komleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Majlis telah bermula sekitar jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada sekitar 12.15 tengah hari.

Untuk maklumat bersama, majlis ini juga turut mendapat kerjasama dan sebahagian tajaan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).



Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, En. Shafiri. Sebagaimana biasa, kalau beliau yang menjadi juruacaranya, tradisi pantun memang tak boleh tinggal.



Setelah itu, Ahmad Qusairi pula mengambil giliran dan kal ini beliau merupakan pembaca doa.



Setelah selesai, tampil pula Saudara Faiq untu memperdengarkan pula alunan bacaan ayat-ayat Alquran Al-Karim. Beliau memang punya keistimewaan untuk membaca Alquran secara tarannum.



Majlis diteruskan lagi dengan penampilan saya sendiri selaku Yang Di-Pertua PERTIS untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis sambutan bagi tahun 1434 Hijrah.



Setelah itu, tampil pula Ustaz Saifuddin Md Rashid untuk menyampaikan ceramahnya. Beliau pernah bertugas selaku pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kepakaran beliau ialah mengenai perbandingan antara agama.



Banyak pengajaran yang sama-sama boleh dikutip daripada penampaian ceramah beliau. Antaranya:

  1. Jika kita sama-sama faham, pelaksanaan suruhan Islam amatlah mudah
  2. Kita hendaklah mendidik ahli keluarga kita agar kerap mengerjakan solat berjemaah
  3. Orang yang sering melengah-lengahkan solat fardu tanpa sebab juga akan mendapat siksaan yang buruk daripada Allah
  4. Melengahkan solat dengan sengaja, memakan harta orang lain serta enggan membayar zakat merupakan antara kesalahan yang harus sama-sama kita jauhi
  5. Kenkmatan di Syurga merupakan sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran dan gambaran bayangan daripada kita

Selain itu, penceramah turut menjawab persoalan mengenai zakat, solat ntuk orang sakit, hal mengenai dosa mengumpat dan sebagainya, iaitu berdasarkan soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh para hadirin.




Sekitar jam 12.15 tengah hari, majlis telah selesai. Sebelum bersurai, para hadirin telah disajikan dengan jamuan makan tengah hari.



Bagi pihak PERTIS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam penganjuran majlis sambutan pagi tadi. Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pihak JAWI. Tidak lupa, terima kasih juga ditujukan kepada Usaz Saifuddin di atas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu kepada para hadirin. Semoga kita akan bertemu lagi dalam majlis ilmu yang lain pula, insha-Allah.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Saya mulai ulasan ini dengan mengucapkan selamat Ma'al Hijrah 1434 kepada saudara sekeluarga selaku YDP PERTIS dan seluruh AJK Pusat dan Wilayah, serta kakitangan di semua peringkat. Saya turut bersyukur kerana turut diizinkan-Nya hadir dalam majlis yang begitu bermakna itu seperti yang saudara catatkan. Justeru, program dan aktiviti sebegini sememangnya bagaikan taman-taman syurga sedari dunia lagi dan patut diperhebatkan lagi dengan bentuk dan gaya yang pelbagai di samping ceramah, seperti seminar, bengkel, kursus dan kem-kem motivasi.

Apapun, seperti yang saudara sebutkan ketika ucapan alu-aluan itu, kehadiran peserta kali ini agak kurang memberangsangkan; mungkin, kerana bertindih dengan program NGO kita yang lain di samping waktu cuti sekolah ini yang barangkali ingin turut dimanfaatkan oleh sesetengah rakan kita untuk bersama anak-anak mereka. Atau, boleh jadi, kedapatan mereka yang kurang berkesempatan mengikuti info-info aktiviti terkini. Oleh itu, dengan seikhlas rasa, saya ingin mencadangkan, seandainya tiada info terbaru, apa kata, info-info sedia ada diulang-siar berturut-turut untuk dua minggu berikutnya sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah persatuan kita yang lain. Walaupun ia mungkin akan menjemukan mereka yang telah tahu, tetapi setidak-tidaknya, insha Allah, fenomena sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Juga, seboleh mungkin, penyiaran info berjadual "consistent" -- setiap Isnin, di awal pagi -- agar para ahli dan rakan-rakan boleh mengikuti berita dan maklumat terkini secara tetap. Semoga cadangan-cadangan ini mampu dipertimbangkan, demi kebaikan bersama, insha Allah. Apapun, Allah yang Lebih Mengetahui.

Terima kasih dan salam jihad.