Sunday, February 14, 2016

Hari Valentine




14 Februari sangat terkenal sebagai hari untuk mengingati kekasih. Ia juga disebut sebagai Valentine’s Day. Kalau kita buka internet pada hari ini, Valentine’s Day turut tertera menerusi beberapa enjin carian. Berbeza dengan, sebagai contoh, Maulidul Rasul, langsung tidak tertera pada mana-mana enjin carian. Walhal pengguna Islam merupakan antara pengguna terbesar internet. Saya bukan ekstremis mana-mana kumpulan, tetapi sekadar membuat perbandingan sahaja.

Berbalik kepada Hari Valentine, secara umumnya para ulamak dan cendekiawan Islam mutaakhirin berpendapat iaitu menyambut Hari Valentine bagi umat Islam haram hukumnya. Mereka mempunyai dalil, nas dan hujah yang kukuh untuk mengeluarkan fatwa tentang hukum haram bagi sambutan Hari Valentine bagi umat Islam. Apatah lagi bila bercampur antara halal dan haram dalam satu-satu perkara, maka jatuhlah haram pada hukumnya.

Untuk meneliti beberapa pendapat mengenai Hari Valentine dan umat Islam, sila klik pada beberapa video yang saya sisipkan di bawah ini.

Video 1

Video 2

Video 3

Video 4

Video 5


Jika kita kurang arif dengan hukum-hakam, ikutilah mereka yang arif tentangnya.

No comments: