Friday, February 5, 2016

Majlis Perpisahan Untuk Pn Munirah




Pada 5 Februari (Jumaat), satu majlis perpisahan telah diadakan dalam kawasan sekolah. Majlis ini adalah untuk Pn Munirah Roslan, salah seorang kakitangan di pejabat sekolah. Boleh dikatakan hampir semua guru dan kakitangan sekolah hadir dalam majlis yang serba sederhana ini.

(Munirah)


Pn Munirah mula berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2009 lagi. Beliau seorang kakitangan yang cekap, penyabar, mudah berurusan, ringan tulang dan tidak ketinggalan sentiasa wangi. Pn Munirah juga merupakan seorang kakitangan yang mudah mesra, sentiasa ceria, mudah menyapa dan tidak kedekut ilmu.

Maka itulah perpindahan beliau ke tempat kerja yang lain amat dirasai oleh hampir semua kakitangan sekolah termasuk saya sendiri. Namun demikian, itulah peredaran masa. Hari ini kita bekerja di tempat yang sama, esok atau lusa kita akan ke tempat yang lain pula.

Saya sendiri tidak ketinggalan cukup merasai bila Pn Munirah tidak lagi bertugas di sekolah yang sama. Maklumlah walau apa pun tekanan kerja yang sedang Pn Munirah hadapi, beliau tetap ceria dan bila diusik dengan gurauan beliau tetap melayannya dengan mesra. Tidak keterlaluan jika saya katakan, Pn Munirah merupakan kakitangan yang paling mesra dan paling baik dengan golongan seperti saya. Pantun Melayu ada berbunyi:

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
budi munirah akan dikenang sampai mati.



Kepada Pn Munirah, selamat bertugas di tempat yang baru. Mudah-mudahan akan lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Mana yang manis bawalah ke mana-mana sahaja. Mana yang kurang manis tinggalkan sahaja di tempat yang lama.

Terima kasih banyak-banyak kerana kesudian melayan karenah kami yang tinggal.


Maaflah kerana fotonya kurang terang sedikit.


No comments: