Saturday, February 27, 2016

Majlis Perpisahan Untuk Cikgu Mohd Hafidz




Pada 26 Februari (Jumaat), sekolah tempat saya bertugas telah mengadakan satu lagi majlis perpisahan. Jika pada 5 Februari majlis perpisahan untuk Pn. Munirah telah diadakan, kali ini, majlis perpisahan diadakan untuk Cikgu Mohd Hafidz bin Buang pula. Mulai minggu hadapan, beliau akan bertugas di tempat baru iaitu di SMK Jelapang Jaya, Ipoh.

(Cikgu Mohd Hafidz)


Cikgu Mohd Hafidz mula bertugas di SMPK Setapak pada 2 Januari 2006. Ini bermakna, beliau sudah bertugas di sekolah ini selama 10 tahun. 10 tahun bergaul dan mengajar murid-murid cacat penglihatan tentulah banyak pengalaman yang telah beliau timba. Apatah lagi padda asalnya Cikgu Mohd Hafidz bukan mendapat latihan untuk mengajar murid-murid sedemikian.

Kepada Cikgu Hafidz, kami ucapkan selamat bertukar ke sekolah baru. Kami juga ucapkan selamat maju jaya di tempat baru. Semoga hubungan silatul rahim antara beliau dengan kita semua akan terus berpanjangan.
















No comments: