Monday, February 29, 2016

Temasya Sukan SMA Hirak





Pada 28 Februari (Ahad), saya dan isteri telah berkesempatan untuk hadir ke temasya sukan tahunan SMA Hirak. Temasya kali ini telah berlangsung di stadium UITM, Shah Alam. Walaupun ini merupakan tahun ketiga Luqman bersekolah di SMA Hirak, tetapi ini kali pertama saya dan isteri berkesempatan untuk menghadiri temasya sukan sekolahnya.

Walaupun acara sukan bermula seawal jam 8.30 pagi, hanya jam 11.45 pagi baru kami berdua tiba di lokasi temasya sukan. Kelewatan kami disebabkan terpaksa menyelesaikan beberapa urusan sebelumnya.

(Untuk menonton sedutan suasana temasya berkenaan, sila klik pada
Suasana 1
Suasana 2
Suasana 3)



Pada pengamatan saya, meriah juga temasya sukan SMA Hirak. Ia bertambah meriah dengan gelagat murid-muridnya yang pelbagai. Oleh kerana bilangan muridnya yang tidak ramai, maka terdapat 3 rumah sukan sahaja, iaitu Zarqa’ (biru), Hamra’ (merah) dan Hadhra’ (hijau). Selain daripada hadiah untuk pemenang dalam pelbagai acara, satu keunikan yang terdapat dalam temasya ini ialah anugerah khas. Antara anugerah khasnya ialah rumah sukan yang paling banyak menggunakan bahasa Arab di sepanjang minggu sukan berlangsung.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa foto yang sempat diambil ketika temasya berlangsung. Foto berkenaan telah disusun mengikut kronologinya.


(Luqman beratur untuk terima hadiah)
(Luqman terima hadiah)


Tahniah diucapkan kepada para muallim dan muallimah atas komitmen yang tinggi bagi memastikan kejayaan penganjuran temasya sukan kali ini. Jika terdapat kelemahan di sana sini, itu perkara biasa. Apa yang lebih penting ialah kemeriahan temasya sukan itu sendiri yang dapat dirasai oleh semua pihak di samping pelaksanaan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa hadapan.



No comments: