Sunday, February 1, 2009

Menungan Malam

Cerita Seorang Doktor

 

            Petang semalam, oleh kerana badan tak berapa sihat, saya dengan ditemani isteri telah ke sebuah klinik di Tangkak.  Kalau saya menghadapi masalah kesihatan ketika di kampung, memang di klinik inilah saya akan kunjungi.  Sudah beberapa tahun begitu.  Saya memang biasa dengan doktor di klinik berkenaan.  Begitu dengan doktor berkenaan, kebiasaannya kami akan berbual sekitar 5 hingga 10 minit setiap kali saya berjumpa dengannya iaitu setelah beliau memeriksa kesihatan saya.  Begitulah kelazimannya.

 

            Beliau merupakan seorang doktor yang baik, peramah dan berpengetahuan luas mengenai hal-hal semasa.  Beliau memperoleh ijazah kedoktorannya dari Qahirah, Mesir.  Isterinya merupakan seorang doktor pergigian dan juga lulusan dari universiti yang sama.  Oleh kerana beliau pernah hidup dan menuntut di Mesir, beliau memang terdedah dengan budaya dan cara hidup bangsa Arab, khususnya orang Mesir.

 

            Setelah selesai memeriksa kesihatan saya, doktor tersebut pun memulakanbual bicara kami.  Beliau terus mengatakan, kalau hendak diambil kira cara dan perangai orang Arab masa kini, maka hampir mustahil mereka boleh mengalahkan orang Yahudi.  Saya tertarik dengan kenyataan beliau.  Lalu terus bertanya, apa kaitannya cara dan perangai orang Arab sekarang dengan usaha untuk mengalahkan bangsa Yahudi?

 

            Beliau meneruskan, orang Mesir menggelar negara mereka sebagai ummud dunia yang bermaksud negara yang merupakan ibu dunia.  Kalimah tersebut membawa erti, negara Mesir merupakan negara terbaik, paling agung, paling mulia dan paling segala-galanya.  Katanya, dengan adanya tanggapan tersebut membuatkan orang Mesir merasakan mereka adalah yang paling mulia dan agung.  Bila tanggapan sedemikian sudah menjadi semacam satu kepercayaan, maka ia sama sekali akan menutup jalan-jalan untuk memperbaiki bangsa sendiri.

 

            Katanya lagi, realitinya, budaya dan cara hidup orang Mesir ada yang bertentangan sekali daripada ajaran Islam.  Ada di antara mereka yang kuat rasuah.  Suka meminta upah walaupun perkhidmatan yang diberi sangat kecil.  Manakala para pemimpinnya pula suka hidup berfoya-foya walaupun negara berada dalam keadaan perang.  Beliau menyimpulkan, sebilangan orang Mesir masih hidup dalam keadaan leka di semua peringkat, dari peringkat marhaen hinggalah ke peringkat aristokrat.

 

            Saya pula menyimpulkan secara fantasinya, orang Mesir menganggap mereka paling agung, mulia dan segala-galanya, tetapi realitinya mereka antara masyarakat yang paling terkebelakang sekali.  Agaknya, inilah yang dikatakan sombong tak bertempat.

 

            Doktor itu meneruskan ceritanya, katanya, baru-baru ini beliau telah ke Syria dan melihat gaya dan perangai yang sama menghiasi masyarakat negara tersebut.  Katanya lagi, beliau hampir ditipu oleh seorang pemandu teksi.  Mereka suka mengenakan tambang yang jauh lebih mahal dari yang sepatutnya.  Mereka leka dengan pelbagai hiburan.  Ada yang suka membazir hanya kerana mereka ada banyak wang.  Katanya lagi, di kebanyakan negara Arab yang dikunjungi, perangai yang sama dapat disaksikan.

 

            Beliau meneruskan, masih ada dalam kalangan bangsa Arab yang baik, mempunyai semangat jihad, mempunyai semangat ukhwah islamiyah yang tinggi dan sebagainya.  Namun begitu, bilangan mereka masih sangat kecil.  Golongan ini pula sering menjadi kumpulan yang dicurigai.

 

            Doktor itu meneruskan, berbeza pula dengan bangsa Yahudi.  Mereka sentiasa mencari peluang untuk mengalahkan umat Arab dan Islam.  Mereka sentiasa mencari jalan dan helah supaya bangsa Arab dan umat Islam tidak punya kekuatan untuk menewaskan bangsa Yahudi.  Untuk itu, bangsa Yahudi sentiasa tampil dengan pelbagai perancangan, strategi dan taktik demi memastikan agar bangsa Arab dan umat Islam sentiasa tersungkur dan tidak akan mampu untuk bangun lagi.

 

            Justeru, katanya lagi, jika kita benar-benar memahami cara dan gaya hidup bangsa Arab hari ini, maka tidak menghairankan bila mana dalam isu Gaza hari ini bangsa Arab dan Umat Islam tidak mampu untuk berbuat apa-apa pun.  Kita hanya mampu melihat saudara seagama diperlakukan sesuka hati oleh orang Yahudi.

 

            Demikianlah cerita doktor tersebut.

 

            Bila diingat kembali cerita doktor tadi, maka saya pula teringat sebuah buku yang bertajuk The Ambasador's Journey yang ditulis oleh seorang diplomat Singapura.  Antaranya, diplomat itu mengisahkan bagaimana sewaktu beliau hendak menghadiri majlis penyerahan watikah sebagai duta di Qahirah, beliau dipaksa untuk memberi upah kepada sekumpulan "penonton" yang akan menghadiri upacara tersebut.  Tugas "penonton" tersebut hanya untuk bertepuk tangan dalam majlis berkenaan.  Diplomat itu turut menggambarkan kehidupan di Mesir sebagai, yang kaya sangat kaya, yang miskin sangat miskin.  Justeru, tidak pelik jika rasuah/upah sudah menjadi amalan biasa di negara tersebut.

 

            Berdasarkan kisah-kisah ringkas tadi, maka tidak hairanlah jika bangsa Arab hari ini dengan mudah diperkotak-katikkan oleh Yahudi.  Antara sesama mereka pun tiada kesatuan dan persefahaman.  Mereka beli senjata dari Amerika Syarikat untuk melawan Yahudi.  Kekayaan yang mereka ada telah melalaikan mereka.  Sifat kesukuan, semangat nasionalisme Arab, sikap bangga yang melampau, memandang rendah kepada bukan Arab dan sebagainya telah melemahkan lagi bangsa Arab itu sendiri.

 

2 comments:

Tai said...

Ha, depa masih berada di zaman gelap encik.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, teman-teman sekalian.

Terima kasih dan syabas! Satu lagi fakta menarik; marilah ambil teladan. Jika kita masih ingat, pernah Nabi S.A.W. mengingatkan akan berlakunya gejala seumpama ini, sekaligus terserlah lagi kebenaran Al-Quran, juga mengenai perangai manusia perosak seperti ini.

Mari kita lihat pula bagaimana perihal warganegara Malaysia hari ini, terutamanya mereka yang mendakwa sebagai umat Islam. Maaf kalau saya katakan, sejak merdeka, kita telah mulai ditanam semangat 'asabiyah kebangsaan yang kuat oleh segolongan tertentu. Malah, ia semakin diperkuatkan lagi akhir-akhir ini, di mana sesetengah kenyataan oleh pemimpin atasan telah dan bakal mencetus semangat perkauman, walhal ketika menandatangani perjanjian perkongsian, semuanya sanggup diketepikan. Apatah lagi, ditambah budaya hiburan dan rekreasi melampaui batas, rasuah dan penyelewengan kuasa, agihan kemajuan yang nyata berat sebelah ... Malah, demi memperoleh lagi mengekalkan takhta, batasan hukum sanggup dilempar jauh-jauh ibarat membuang sampah, malah lebih daripada itu! Adakah fenomena sebegini melayakkan kita memperoleh pertolongan dan kasih-Nya dalam membanteras kezaliman kaum yang sememangnya terkutuk ini?

Namun begitu, kita juga masih boleh bersyukur kerana setidak-tidaknya kita tidak seteruk mereka yang saudara gambarkan. Masih ramai lagi para pejuang kebenaran tanpa batasan ideologi dan kebendaan walau sering ditentang. Biasalah, perjuangan pasti berdepan cabaran, kan? Marilah kita bersama mendoakan agar kebenaran akan tertegak sekaligus kemungkaran akan dibanteras. Bangsa 'arab sepatutnya berbangga akan kurniaan-Nya terhadap mereka akan Nabi akhir zaman dengan menolong saudara seagama mereka yang ditindas musuh durjana ini dan mengenepikan 'asabiyah sempit lagi karut. Jika Yahudi sanggup merancang untuk menjahanamkan lagi melenyapkan kebenaran, tidakkah kita, umat 'Arab dan Islam bersatu melenyapkan mereka?

Terima kasih.