Kasihan YB Murugiah!
Tiba-tiba sahaja saya merasa kasihan dan simpati kepada YB Senator T. Murugiah setelah membaca berita yang bertajuk Murugiah Sedih Disalah Erti yang tersiar melalui Utusan Online hari ini. Berita tersebut adalah mengenai rasa kecewa senator berkenaan kerana tindakannya hadir di rumah mayat di Serdang tempoh hari untuk urusan yang berkaitan dengan mendiang A. Kugan telahdisalahertikan oleh para pemimpin BN yang lain.
Menurut Senator Murugiah, kehadiran beliau di
Memang benar kata senator itu, selepas peristiwa di rumah mayat tersebut, beliau telah menerima pelbagai kritikan.
Dalam hal ini, saya suka mengingatkan kepada YB Senator Murugiah supaya banyak-banyak bersabar. Kalau nak jadi wira, itulah antara dugaan dan cabaran yang mesti ditempuh. Saya rasa, lain kali, kalau nak bertindak seperti itu, kena pandang kanan dan pandang kiri dahulu, kena ambil restu dahulu, baru buka langkah. Lagipun, YB Senator kena faham, mereka yang mengkritik YB tu sekarang sedang pening kepala dengan pelbagai keserabutan yang sedang melanda UMNO sekarang!
1 comment:
Assalamu'alaikum, saudara dan rakan-rakan sekalian.
Sedih, pelik wal-'ajaib! Nah, bukankah ini satu lagi bukti BN dan UMNO sedang dilanda "sakaratul-maut"? Ya, tak kan hasrat rakan seperjuangan pun tak boleh difahami? Nah, daripada kisah ini sahaja, sudah nampak barisan mereka bukan barisan sejati, tetapi, barisan yang penuh "KEBANGSAAN"! Pun begitu, saya juga bersetuju akan pernyataan saudara akan kepentingan dokumentasi, maklumlah, sekarang ni, semua kena ikut prosedur, kan? Bayangkan, hatta perkara enteng seperti proses permohonan bantuan elaun bulanan OKU di JKM itupun memerlukan "proceding" berlapis lagi menyusahkan, apatah lagi perkara kebajikan lagi sosial sebegitu.
Oleh itu, saya juga ingin menyeru agar YB bertenang. Namun, jika benar-benar tak puas hati, usahlah bertanding lagi pada pilihanraya umum akan datang, atau kalau masih bersemangat, bersamalah dengan Pakatan Rakyat. Harus diingat, BN dan UMNO sentiasa akan membohongi kita, rakyat jelata, dengan melabel PR "PEMBANGKANG" walau mereka mentadbir beberapa buah negeri. Ya, memang mereka adalah pembangkang di parlimen, tetapi, adakah status mereka juga sedemikian di negeri-negeri yang mereka perintah? Perhatikan kenyataan berita, umpamanya, yang disiar di media massa pro-BN, apabila terdapat kenyataan yang menyebut, antara lain, "Kelantan di bawah pemerintahan 'PEMBANGKANG' PAS ..."
Terima kasih.
Post a Comment