Selamat Tahun Baru Masihi 2009
Hari ini, dengan bekalan usia yang masih ada, kita telah melangkah ke tahun baru Masihi 2009. Kebiasaannya, bila masuk sahaja tahun baru, ramai yang bercakap fasal azam baru. Setiap tahun begitulah.
Saya jarang sekali mendengar orang menilai pencapaian azam masing-masing menjelang setiaphujung tahun. Sepatut itulah yang kita kena lakukan dahulu sebelum kita memulakan azam baru pula.
Bagi saya, apalah gunanya kita buat azam baru tanpa menilai kembali pencapaian azam lama. Kalau azam lama belum tercapai objektifnya, adalah lebih baik jika kita perbaharui azam lama dengan strategi yang baru supaya akhirnya objektif azam yang lama itu akan tercapai juga nanti.
Biar apa pun, saya suka mengingatkan kepada diri saya dan juga kepada pengunjung blog ini, sebenarnya apabila kita melangkah sahaja ke tahun baru, bekalan usia kita semakin sedikit. Masa yang telah diperuntukkan kepada kita untuk menabur jasa semakin kehabisan. Bahkan kita semakin lupa bahawasanya kita semakin hampir ke garisan penamat.
Lebih
Selamat menyambut tahun baru Masihi 2009-01-01
1 comment:
Assalamu'alaikum dan salam bahagia.
Terima kasih, saudara. Sebelum mengulas lanjut, saya turut ingin mengucapkan selamat tahun baru 1430 Hijrah dan selamat tahun baru Masihi 2009 kepada saudara dan rakan-rakan sekalian. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam, dan esok akan lebih baik daripada hari ini, dan begitulah seterusnya.
Memang cantik, saudara. kebetulan, artikel berkaitan kematian berada di tengah-tengah antara dua artikel "tahun baru" ... Semacam satu kebetulan, kan? Teruskan idea cantik sebegini, saudara, juga apa sahaja yang boleh membuatkan pengunjung blog ini lebih ramai lagi.
Berkenaan artikel saudara yang mengaitkan keghairahan manusia untuk hidup lama, ianya memang ada tertera dalam Al-Quran, umpamanya pada sebahagian ayat 96 Surah Al-Baqarah, yang antara lain bermaksud lebih kurang: "Tiap seorang daripada mereka bercita-cita (berangan-angan) mereka mampu hidup untuk seribu tahun! Sedangkan, umur sepanjang itu tak akan mampu melepaskan mereka daripada azab siksa gara-gara dosa mereka." (Jika tersalah, harap dibetulkan).
Oleh itu, saya bersetuju benar dengan apa yang saudara katakan. Semoga ingatan sebegini membawa manfaat untuk kita bersama. Akhir kata, semoga Allah mencucuri rahmat, berkat dan meredhai usaha murni ini.
Terima kasih.
Post a Comment