Friday, January 16, 2009

Bicara Antarabangsa

Yahudi Tak Pernah Peduli

 

            Hari ini, Yahudi semakin mengganas di bumi Gaza.  Setakat yang saya maklum, angka korban kematian akibat serangan ganas bangsa terkutuk tersebut sudah pun melebihi seribu dan seratus orang.  Bahkan saya percaya mangsa korban akibat kekejaman Israel mungkin lebih banyak daripada itu.

 

            Seperkara yang masih belum berubah sejak Israel memulakan kempen serangan mereka pada 27 Disember 2008 lalu ialah nampaknya secara military Hamas masih tetap berjuang seorang diri.  Tiada sebuah pun negara Islam yang berani secara terbuka menghantar pasukan bantuan untuk membantu Hamas.  Adakah waktu untuk berjihad dan syahid masih belum tiba lagi?  Sedangkan pada masa yang sama, bantuan Amerika Syarikat kepada Israel bukan satu rahsia lagi.  Walaupun setakat ini Amerika Syarikat belum lagi menghantar tenteranya, tetapi bantuan lain seperti wang dan peralatan ketenteraan sudah memadai untuk Yahudi meneruskan serangan sehalanya terhadap pasukan Hamas.  Pada masa yang sama, Israel telah pun mengambil setiap langkah untuk memastikan Hamas akan terputus hubungan dan bantuan dari mana-mana pihak.  Nampaknya segala senjata canggih dan mahal yang ada pada negara-negara Islam bukan untuk berjihad tetapi hanya untuk perhiasan semata-mata.

 

            Hari ini, Yahudi sudah mula menyerang bangunan dan gudang milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula.  Mungkin tujuan serangan tersebut bukan untuk membunuh mana-mana kakitangan PBB, sebaliknya ia lebih bertujuan untuk memusnahkan sebarang bekalan bantuan yang disimpan oleh PBB untuk keperluan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.  Begitulah kejam dan buruknya perangai Yahudi.  Bukan sekadar manusia Palestin yang menjadi mangsanya, tetapi apa sahaja yang berbau dan berwarna Palestin pasti akan menjadi sasaran kegilaannya.

 

            Walaupun angka korban rakyat Palestin akibat kekejaman Yahudi sudah melebihi seribu orang, tetapi negara-negara Islam nampaknya masih menikus dan tidak mampu berbuat apa-apa.  Nampaknya kita hanya mampu untuk mengumpul dan mencatat statistiknya sahaja.  Usaha untuk ke meja rundingan sudah lama gagal.  Resolusi 1860 Majlis Keselamatan PBB langsung tidak memberi kesan kepada Israel.  Gesaan pelbagai pihak supaya Israel menghentikan serangan langsung tidak diendahkan.  Bagi saya, gesaan Persatuan Parlimen Asia (APA) agar pemimpin tertentu Israel dibawa ke muka pengadilan melalui mahkamah jenayah antarabangsa tak ubah seperti anjing menyalak bukit semata-mata.  Bahkan menteri luar Israel dengan angkuhnya mengatakan bahawa Israel mempunyai budi bicaranya sendiri dan hanya akan menghentikan serangan bila tiba masanya.  Setakat ini, tiada sebarang tekanan diplomatik yang telah diusahakan atau pun yang telah dikenakan sama ada ke atas Israel itu sendiri, mahupun ke atas mana-mana sekutu kuat Yahudi, terutamanya Amerika Syarikat. 

 

            Mungkinkah umat Islam hari ini tak ubah seperti buih di laut sahaja?  Walaupun bilangannya ramai tapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap saudara sendiri.  Israel yang sememangnya menyedari hakikat dan realiti begini memang tidak melepaskan peluang yang ada dengan terus melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat Palestin.

 

            Apakah kita masih tidak percaya dengan ayat 120 dari Surah Albaqarah, khususnya dalam menguruskan masalah yang ditimbulkan oleh Yahudi dan para sekutunya?  Tentu kita masih ingat bagaimana golongan Yahudi telah mengkhianati Rasulullah S.A.W. dan kaum Muslimin dalam Peperangan Khandaq.  Sedangkan Rasulullah mereka (Yahudi) sanggup khianati, inikan pula umatnya.  Jadi, hentikanlah berdiplomasi dengan bangsa terkutuk tersebut.  Saya tidaklah bermaksud supaya kita ganyang sahaja bangsa Yahudi secara tak tentu hala, tetapi adakah kita masih mahu berdiam diri sedangkan semakin ramai saudara kita yang telah terkorban akibat kebuasan mereka?

 

            Memang saya penuh yakin dan percaya bahawa suatu hari nanti bangsa Yahudi akan kecundang juga sebagaimana yang pernah dikhabarkan melalui satu hadith Rasulullah.  Namun begitu, kita tidak boleh membiarkan keadaan yang ada semata-mata kerana adanya hadith sedemikian.  Kita pun tidak tahu bilakah masa sebagaimana yang telah dijanjikan itu akan tiba.  Walaupun umat Islam akhir zaman digambarkan seperti buih di laut, kita harus pastikan bahawa kita bukan sebahagian daripada buih itu.  Saya juga penuh yakin dan percaya setiap titik darah syahid yang mengalir di bumi Gaza, ia adalah penyubur jihad generasi akan datang.

 

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Yahudi, bangsa la'natullah ini, memang tak pernah kenal erti keinsanan. Sejarah jelas membuktikan alang-alang para Nabi dan Rasul daripada kalangan mereka sendiri disakiti dengan pelbagai kaedah pada zaman masing-masing, inikan pula bangsa lain! Banyak ayat Al-Quran, umpamanya, mengisahkan perangai buruk mereka seperti menuduh para Nabi dengan tuduhan mengaibkan, malah sanggup berpaling tadah setelah terselamat daripada kekejaman Fir'aun ketika menyeberangi Laut Merah, bertuhankan patung anak lembu ajaran Samiriy, hatta membunuh para Nabi! Ingatlah peristiwa pembunuhan Nabi Zakaria dan Nabi Yahya (dua beranak) dalam satu jangka masa, kemudiannya cuba membunuh Isa bin Maryam, tetapi gagal ...

Satu lagi faktor mereka begini angkuh, tak lain disebabkan mereka dakwa mereka "BANGSA PILIHAN; ANAK TUHAN; ..." Entah apa lagi pelbagai dakwaan karut-marut! Berbeza dengan kita, umat Muhammad SAW ini, kita diminta beriman dengan segala ajaran para Nabi terdahulu termasuk daripada kalangan Bani Israel dan selalu merendah diri dan jalin hubungan baik hatta dengan masyarakat bukan Islam. Oleh itu, memang sepatutnya Yahudi ini dibersihkan daripada bumi Palestin! Pertama, kerana mereka ceroboh bumi suci ini secara haram; kedua, walaupun bumi itu mereka dakwa bumi suci mereka, namun merekalah juga sebenarnya yang menafikan hak sendiri ketika memperoleh bumi tersebut pada zaman para Ambiya daripada kalangan mereka dahulu.

Justeru, teruskanlah membentang fakta sejarah dan sirah ini agar kami (pengunjung) beroleh lebih banyak manfaat dan ilmu daripada perbincangan sihat seumpama ini. Bersamalah kita insafi, bahawa bumi ini, langit serta seisi alam maya ini adalah milik-Nya; justeru perbuatan melampaui batas pasti dibalas!

Terima kasih kerana menyiarkan semua ulasan saya pada blog saudara. Semoga jasamu dibalas Allah.