Pulau Barangan Amerika Dan Yahudi: Berkesankah?
Rasanya tidak salah jika saya menganggap hari Jumaat 9 Januari 2009 merupakan Hari Perpaduan Palastin di Malaysia. Anggapan ini saya dasarkan kepada beberapa peristiwa dan fenomena yang berlaku hampir serentak di seluruh negara. Di kebanyakan masjid diadakan solat hajat selepas solat Jumaat. Demonstrasi aman turut berlangsung di ibu negara. Khabarnya ribuan orang telah menyertai demonstrasi berkenaan yang turut diwarnai dengan pelbagai sepanduk dengan beraneka slogan pula.
Salah satu tindakan yang disarankan ialah supaya kita semua memulaukan barangan keluaran Amerika Syarikat dan Yahudi.
Pada hemat saya, Amerika Syarikat amat menyedari bahawa kebanyakan negara dunia ketiga khususnya negara-negara Islam tidak akan dapat lari daripada terus bergantung kepadanya khususnya dari aspek ekonomi, ketenteraan mahupun dari aspek politik. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila tiada sebuah pun negara setakat ini yang benar-benar mempunyai rancangan jangka panjang dan tersusun untuk melepaskan diri daripada pergantungan dan cengkaman Amerika Syarikat.
Lihat sahaja dari sudut ekonomi di mana Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang negara kita yang amat penting. Dollar Amerika pula masih mempunyai pengaruh yang besar terhadap kestabilan Ringgit kita. Bilamana Amerika Syarikat merendah atau meningkatkan kadar faedahnya, ia turut memberi kesan kepada ekonomi kita. Percubaan untuk menggunakan dinar emas bagi menggantikan dollar Amerika Syarikat setakat ini masih belum membuahkan hasil yang diharapkan. Tidak boleh dinafikan kita akan merasa gentar jika Amerika Syarikat pula yang mengugut untuk memulaukan mana-mana syarikat dari
Dari sudut ICT pula, pergantungan kita kepada Amerika Syarikat lebih ketara. Banyak jenama komputer yang ada di negara kita adalah buatan Amerika. Begitu juga dengan kebanyakan perisian utama yang kita gunakan merupakan barangan keluaran negara Polis Dunia itu. Sama ada sedar atau tidak, apabila kita link sahaja kepada internet, kita sebenarnya telah mengikat diri kita kepada Amerika Syarikat. Hal ini diperkukuhkan lagi bilamana kemas kini perisian berkenaan hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Ini bermakna, mereka (Amerika Syarikat) mengas dan mengal sepenuhnya barangan keluaran mereka dari awal hingga akhir. Bahkan jaringan internet itu sendiri telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat.
Bagi golongan cacat penglihatan pula, pergantungan kita kepada Amerika Syarikat semacam sesuatu yang wajib. Lihat sahajalah pelbagai barangan yang kita gunakan seperti mesin Braille, braillon, perisian JAWS dan Duxbury serta lain-lainnya, kesemuanya datang dari Amerika Syarikat. Bayangkan apa yang bakal terjadi kepada golongan cacat penglihatan jika peralatan dan perisian tersebut kita pulaukan? Justeru, saya berpendapat dalam konteks ini dan untuk jangka masa beberapa dekad mendatang, pergantungan golongan cacat penglihatan kepada Amerika Syarikat adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan. Hal ini disandarkan kepada ketidakmampuan negara kita untuk menghasilkan walaupun Cuma sebatang tongkat putih atau seunit pocket frame.
Dalam hal ini, saya tertarik dengan apa yang telah dilakukan oleh Republik Islam
Hari ini, setelah lebih 30 tahun Revolusi Iran berlaku, negara tersebut telah membuktikan bahawa ekonominya tidak pernah jatuh, lumpuh dan rapuh walaupun tanpa peranan Amerika Syarikat. Dari sudut ketenteraan pula, tidak keterlaluan jika saya katakan
Saya tidak sekali-kali mengatakan apa yang kita lakukan hari ini di negara kita bagi menentang dasar-dasar tertentu oleh Amerika Syarikat seperti memulaukan barangan, berdemonstrasi, membakar bendera dan yang seumpamanya tidak boleh atau tidak baik. Bagi saya, tindakan kita selama ini lebih bersifat bermusim dan kadangkala bercorak emosi. Kita baru bercadang untuk memulaukan barangan keluaran Amerika Syarikat dan Yahudi setelah rejim Zionis tersebut membunuh ratusan nyawa rakyat Palastin di Gaza. Kita mungkin tidak sedar bahawa peluru yang digunakan oleh
Oleh itu, pada hemat saya, tindakan penentangan secara bermusim dan bersifat emosi semata-mata mesti dihentikan segera. Marilah kita bersatu dalam akidah yang satu. Kita harus bersatu dan merangka rancangan jangka panjang yang benar-benar berkesan yang perlu disertai oleh semua. Jika situasi umat Islam hari ini masih tidak berubah, berkelahi sesama sendiri, bertelagah tanpa henti, berbunuhan di sana sini, amat tebal dengan sikap penting diri, maka kemenangan dan kejayaan yang kita harapkan tak ubah umpama mimpi dalam lena yang masih panjang.
3 comments:
Wah cikgu, pendapat dan tulisan kita hampir sama. Selagi negara kita dan lain-lain negara tak ada satu produk sendiri yang boleh menembusi dunia, susah pemulauan ini nak dibuat. Lagi pun, pemulauan ini dibuat secara bermusim sahaja.
Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.
Tahniah! Sememangnya apa yang saudara bentangkan ini adalah fakta sejarah, bukan omong kosong. Memang benar, apa yang kita lakukan hari ini lebih bersifat emosi, bukan realiti. Pun begitu, kita tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya Allah yang Maha Pengasih ini masih ingin mengejutkan kita daripada lena nan panjang hingga terlepas waktu ...
Nah, bercerita fasal produk cacat penglihatan; rasanya umum tahu benar akan hal ini. Cuma, mari kita bermuhasabah: apakah yang telah kita usahakan selama ini untuk menolong rakan-rakan senasib daripada pergantungan yang termat "statik" kepada hasil keluaran luar negara, terutamanya Amerika? Seperti yang saudara katakan, kalau pocket frame, brailler, hatta perisian pembaca skrin, kita masih import daripada mereka, bagaimana? Sudahlah begitu, kita begitu berbangga mempamerkannya kepada masyarakat awam lain di majlis-majlis kita. Bukan mempersoalkan tindakan dan peranan sesiapa, cuma, di sinilah kita patut bertanya kepada mereka yang "berbangga dengan peranan sebagai wadah OKU penglihatan": apa sudah jadi? Mengapa lulusan universiti pun masih jadi "telephonist", malah ada yang masih menganggur? Memadaikah penghasilan bahan bacaan dan rakaman audio dilakukan oleh seorang dua individu sahaja dik perkembangan teknologi yang kononnya boleh membetulkan itu dan ini? Ke manakah dikorbankannya kepakaran mereka yang dilatih dalam penggunaan ICT dengan program itu dan ini, akhirnya masih menganggur? Bagaimana pula para pemimpin dan pihak berkuasa boleh berbangga kononnya Malaysia "negara prihatin", sedangkan pengagihan kekayaan dan kemajuan tidak pernah seimbang selama tempoh hampir 52 tahun merdeka?
Oleh itu, langkah PERTIS bergerak sendirian tanpa berpayungkan "penguasa yang berbangga diri" ini sangat terpuji. Semoga Allah SWT sentiasa bersama perjuangan kita. Walaupun pada ketika ini, kita turut bergantung kepada produk Amerika pada hasil bahan kita, namun ia sesuatu yang belum mampu dielak ketika ini. Marilah kita bersama cuba menggerakkan strategi agar peranan pertubuhan kita lebih berkembang sehingga akhirnya kita turut mampu berdikari dan menjadi antara penghasil produk keluaran sendiri. Bersamalah kita berjuang membela Islam demi kesejahteraan semua sesuai dengan dasar misi Islam itu sendiri: memberi rahmat kepada sekalian alam.
Terima kasih dan salam jihad.
Itulah ya encik. Apa nak buat. Semoga kata-kata encik menjadi nyata di suatu hari nanti.
Post a Comment