Penghisap Darah
Jam 11.00 Malam pada 7 Januari 2009 (Rabu), setelah menyelesaikan satu tugasan di Nilai, Negeri Sembilan, saya pun bertolak balik ke KL dengan menggunakan perkhidmatan KTM-komuter. Seperti yang saya jangka, tepat jam 12.00 tengah malam, baru saya tiba di stesen KL Sentral. Ketika itu, perkhidmatan LRT baru sahaja berakhir. Jadi, saya tiada pilihan untuk pulang ke rumah selain menggunakan perkhidmatan teksi.
Mulanya, saya
Seorang lagi pemandu teksi datang kepada saya dan menawarkan harga RM 23.00. Katanya dia tidak ambil untung langsung. Walaupun harga yang ditawarkan hampir kepada harga jangkaan saya, namun saya tetap menolaknya. Pemandu berkenaan
Setelah lebih kurang 15 minit, lalu saya pun berjalan sendirian menuju ke stesen monorel di seberang jalan Tun Sambanthan. Setelah tiba di situ, saya memang pasti ada beberapa buah teksi sedang menunggu penumpang. Lalu saya pun
Setelah merasakan usaha saya di situ sia-sia sahaja, lalu saya pun secara bersendirian beredar menghala ke pejabat NCBM. Setelah mengagak tempat yang lebih strategik untuk menahan teksi, lalu saya berhenti dan berdiri di tepi jalan sambil menahan setiap bunyi teksi yang saya dengar. Setelah lebih kurang 10 minit, akhirnya berhentilah sebuah teksi. Setelah saya memberitahu pemandunya destinasi yang saya ingin tuju, beliau terus bersetuju. Saya sendiri mendengar pemandu berkenaan menekan meter teksinya. Saya merasa lega dan puas. Setidak-tidaknya saya sudah berjaya "menewaskan" golongan penghisap darah tadi.
Lebih kurang jam 1.00 pagi saya pun tiba di rumah dengan selamat. Saya hanya perlu membayar RM 15.00 sahaja setelah dicampur dengan
Sebenarnya ini bukan pertama kali saya menghadapi peristiwa seperti ini. Entah sudah berapa kali saya pun tidak pasti. Saya juga yakin, para pengunjung blog ini juga pasti pernah mengalami peristiwa yang sama. Persoalannya, apakah tindakan kita ketika menghadapi situasi seperti ini. Bagi saya, selagi kita masih mengalah dan memberi muka, maka selagi itulah golongan penghisap darah ini akan sentiasa bermaharajalela. Mereka seakan bersatu sesama mereka untuk terus menghisap para pengguna seperti kita. Oleh itu, kita juga seharusnya bersatu untuk menekan golongan penghisap darah tersebut. Saya yakin, ramai lagi pemandu teksi yang baik dan menggunakan cara yang betul demi mencari rezki yang halal. Salah satu contohnya ialah pemandu teksi yang telah membawa saya pulang hingga selamat sampai ke rumah. Biar buta mata, tapi jangan gelap pendirian.
Kepada pemandu teksi yang tidak pun saya kenali, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Hanya Allah sahajalah yang membalas kebaikan anda.
2 comments:
Tahniah kepada cikgu. Bagus jugak ni.
Assalamu'alaikum, teman-teman sekalian.
Tahnia! Syabas! Saudara telah menunjukkan contoh bagaimana pengguna berhak memperoleh haknya! Bukan nak memuji atau berbangga sangat; tapi, ini hakikat, sebagaimana ada pepatah Inggeris menyebut: "consumers are always right" (pengguna selalunya benar).
Saya sendiri pernah ditimpa gejala sebegitu tatkala bersekolah dan bekerja di JB dahulu, lebih-lebih lagi di tengah-tengah waktu dinihari sebegitu tatkala saya pulang dari bercuti, umpamanya. Namun, adakalanya saya terpaksa "akur" dengan golongan sebegitu atas faktor kelemahan sendiri, tidak seperti saudara. Tambahan pula, apabila perhentian bas di tengah bandar (ketika itu belum diisytiharkan sebagai bandaraya) telah ditukar ke Larkin, ia tambah menyusahkan. Bahkan, pada suatu ketika, hampir 15 tahun lalu, saya pernah dirompak oleh seorang yang saya tak kenali; ketika itu perhentian bas itu masih di tengah-tengah bandar. Ketika kejadian, saya kehilangan segalanya hatta kad pengenalan!
Dengan ini, persiapkan diri kita dengan pengetahuan serba sedikit akan keadaan dan situasi yang akan kita hadapi. Kalau cerita ini mengenai perkhidmatan pengangkutan awam, keadaan lain seperti jual-beli barangan dan perkhidmatan juga tak akan terlepas daripada gejala sebegitu. Dengan penguasaan O&M sebagai senjata memerangi penipuan para pemandu teksi di hentian KL Central, pengetahuan umum mengenai kualiti dan "compatibility" harga suatu barangan/perkhidmatan yang ingin kita langgani, juga senjata yang perlu ada pada kita, terutamanya pengguna OKU seperti kita. Jelaslah perbezaan antara mereka yang "alim" (berilmu) daripada yang jahil sebagaimana yang pernah diungkapkan Allah dalam Al-Quran. Jangan mereka fikir OKU semestinya "kurang upaya", bahkan jika mereka ditimpa musibah seperti kita dan ditipu pula, relakah? Sudahlah dapat rezeki haram, beri makan keluarg, halalkah? Maaf kiranya ulasan ini agak panjang&/menyinggung mana-mana pihak.
Terima kasih.
Post a Comment