Pembetulan Maklumat
Dalam tulisan saya yang disiarkan pada blog ini bertarikh 6 Januari lalu, saya mengatakanbahawa Saudara Mohd Ghazali Tocheh telah meninggal dunia pada awal pagi (6 Januari). Sebenarnya beliau telah meninggal dunia antara jam 1 tengahari – 2 petang pada hari yang sama. Jadi, pada awal pagi berkenaan beliau masih hidup lagi. Kesalahan pada Maklumat tersebut disedari oleh seorang rakan dan telah memberitahu saya maklumat yang betul pada pagi keesokan harinya. Namun begitu, disebabkan kesibukan tugas yang begitu memuncak ketika ini, maka saya gagal membetulkan maklumat tersebut hinggalah ke saat ini. Segala kesilapan amat saya kesali dan saya memohon maaf. Terima kasih.
2 comments:
TERIMA KASIH
Saya dengan ini ingin mengambil kesempatan bagi pihak diri saya sendiri serta rakan-rakan pengunjung blog ini ingin mengungkapkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas serta jutaan terima kasih di atas ketelusan saudara membetulkan kenyataan yang anda sumbangkan. Inilah sikap yang patut diamalkan, terutamanya sebagai seorang yang beriman, juga kepada semua. Memang, insan, tak akan lari daripada tersilap lagi tersalah; justeru mengakui kesalahan serta memperbetulkannya sangat wajar. Semoga blog ini akan terus dikunjungi pelbagai pihak dan akan semakin ramai pengunjung dari masa ke masa, insya Allah.
Terima kasih sekali lagi.
Aha, kena copy ke komuniti oku.
Post a Comment