Pagi tadi, sekitar jam 9.20 pagi, kami menerima SMS daripada salah seorang guru SMT Setapak yang memaklumkan bahawa bekas pengetua sekolah tersebut, En. Arshad Muhammad telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.40 pagi tadi.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah pula kita semua akan kembali. Kami seisi keluarga dengan ini ingin mengucapkan takziah kepada keluarga En. Arshad Muhammad. Bersabarlah menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini.
Hari ini kita menyaksikan kematian orang lain, entah esok atau lusa, orang lain yang akan menyaksikan kematian kita pula. Sesungguhnya kematian merupakan suatu peringatan kepada yang masih hidup. Hanya mereka yang bebal, sombong dan terlalu meninggi diri sahaja yang tidak akan terkesan dengan peristiwa kematian orang lain.
UCAPAN PENGHARGAAN.
1 week ago
1 comment:
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Moga roh arwah diletakkan bersama golongan² yang beriman dan beramal soleh.
Moga bekas² anak murid memanafaatkan segala ilmu yang pernah diajar oleh arwah.
Moga bekas² anak murid memasukkan nama arwah di dalam setiap doa mereka.
Al-fatihah.
Post a Comment