Tuesday, May 29, 2012

Berita Petang

Samsudin Masuk Hospital Kuala Terengganu

Tengah hari tadi, saya mendapat maklumat, Saudara Samsudin Wahab telah masuk wad semula. Beliau masuk Hospital Kuala Terengganu. Mungkin esok beliau akan melalui pembedahan. Sebelum ini, beliau pernah memberitahu saya, beliau dijangkiti kanser hujung usus. Ada nama saintifik penyakitnya disebutkan pada saya, tapi saya yang lupa untuk menyatakannya kembali.

Bila beliau masuk hospital, ini bermakna hasratnya untuk turut serta dalam mesyuarat agung tahunan PERTIS hujung minggu ini tidak kesampaian. Sebelum ini, beliau ada menyatakan kepada saya dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menyertai mesyuarat kali ini. Selain itu, beliau juga ada rancangan untuk membawa keluarganya berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.



Samsudin merupakan ahli PERTIS Terengganu. Beliau juga terlibat secara langsung dengan kelas Alquran (Alquran Braille) anjuran bersama PEERTIS Terengganu dengan Majlis Agama Islam Dan adam Melayu (MAIDAM) Terengganu sebagai salah seorang tenaga pengajarnya.

Bersama-samalah kita berdoa semoga Saudara Samsudin akan cepat sembuh dan akan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Kepada keluarganya pula, bersabarlah banyak-banyak.

Tuesday, May 22, 2012

Berita Malam

Abu Hassan Masuk Wad

Pagi tadi, saya menerima beberapa SMS yang memaklumkan bahawa Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Saudara Abu Hassan Asyari Razak telah dimasukkan ke wad. Menurut kandungan SMS berkenaan, Saudara Abu kini di bilik 14, tingkat 2, wad 7, Hospital Kuala Lumpur. Menurut maklumat yang saya terima, esok (Rabu) beliau akan dibedah. Ia gara-gara kemalangan yang menimpa beliau pada hujung Mac lalu. Marilah sama-sama kita berdoa semoga beliau akan cepat sembuh dan segera pulih.

Saya rasa, ramai yang mula tertanya-tanya bagaimana pula dengan persiapan PERTIS untuk menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunannya pada awal bulan hadapan? Setakat ini persiapan berjalan seperti yang dirancang. Memang benar, bila setiausaha agung tidak sihat sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada kelancaran persiapan berkenaan. Namun begitu, dengan kerjasama yang ada daripada para AJK Pusat yang lain, insha-Allah segalanya akan lancar.

Selaku insan ciptaan Allah, kita harus akur dengan apa yang telah ditentukan Allah untuk kita. Walau sebaik mana pun kita merancang, tetapi ia tidak mungkin dapat mengatasi perancangan Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.




Salam dari JB.

Monday, May 21, 2012

Patah Tongkat

Bagi golongan cacat penglihatan seperti saya, tongkat merupakan alat yang sangat penting khususnya ketika ingin bergerak ke mana-mana. Mungkin bagi mereka yang berpenglihatan, tongkat bolehlah diumpamakan seperti mata. Walaupun tamsil sedemikian kurang sesuai, tetapi itulah tamsil yang paling hampir kalau kita ingin membuat perbandingan.

Pagi tadi, saya telah meninggalkan rumah sebagaimana yang dijadualkan. Dari rumah, isteri saya telah menghantar saya ke stesen LRT Taman Melati. Dari situ, saya ke stesen KL Sentral pula secara bersendirian. Destinasi selanjutnya ialah ke Putrajaya dengan menaiki ERL. Dari Putrajaya pula, saya akan menumpang En. Ahmad Bustamam untuk ke Johor Baru.

Hendak jadi cerita, tatkala saya bergerak dari stesen LRT menuju ke kaunter ERL Transit, tiba-tiba seorang yang tidak saya kenali telah melanggar tongkat saya. Mungkin kerana pelanggaran tersebut agak kuat, akibatnya tongkat saya telah patah, tetapi talinya masih tidak putus. Walau bagaimanapun, tongkat tersebut tidak boleh lagi saya gunakan dengan sempurna. Orang yang melanggar tongkat saya tadi terus berlalu tanpa sepatah kata, walaupun dengan berkata “maaf”. Agaknya inilah yang dikatakan langgar lari.

Saya termenung sebentar memikirkan bagaimana cara untuk saya meneruskan perjalanan. Destinasi agak jauh lagi, sedangkan saya bersendirian.

Akhirnya, dengan memberanikan diri dan dengan terpaksa menebalkan muka sedikit, saya menahan orang lain yang sedang lalu dan terus meminta pertolongan untuk membawa saya ke kaunter ERL Transit. Alhamdulillah wanita tersebut dengan senang hati telah membantu saya. Di kaunter tiket pula, setelah urusan membeli tiket selesai, saya terus memberitahu wanita yang sedang bertugas mengenai situasi saya yang kepatahan tongkat dan memohon agar beliau dapat usahakan supaya seseorang kakitangan lain dapat membantu saya untuk ke ERL. Alhamdulillah kakitangan ERL mudah membantu. Saya telah dapat menaiki ERL dengan mudah dengan bantuan kakitangan yang terlibat.

Di stesen Putrajaya Cyberjaya pula, sekali lagi saya bernasib baik kerana salah seorang penumpang ERL dengan mudah telah menawarkan pertolongannya kepada saya. Saya telah dibawanya ke tempat menunggu yang berhampiran dengan stesen ERL itu sendiri. Dari sini, barulah En. Rasyid dan Cikgu Fakaruddin datang dan mengambil saya. Kami bertiga menumpang kenderaan En. Ahmad Bustamam untuk sama-sama ke Jb. Alhamdulillah untuk ke sekian kalinya, pada sekitar jam 12.15, kami berempat telah selamat tiba di sebuah hotel yang letaknya di Stulang Laut.

Di sini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi dan sangat bermurah hati untuk membantu saya dan seterusnya memudahkan perjalanan saya dalam situasi di mana tongkat yang selama ini menjadi mata saya telah patah. Kalau ikutkan hati, hendak juga saya kembali semula ke rumah untuk mengambil tongkat yang baru. Namun demikian, saya rasa tindakan sedemikian hanya akan membuang masa sahaja.

Kepada rakan-rakan senasib yang lain, mudah-mudahan kisah kecil yang saya kongsikan ini akan sedikit sebanyak memberikan teladan dan pengajaran kepada kita semua. Kalau menuju ke destinasi yang jauh, seeloknya bawalah lebih dari satu tongkat. Bila ditimpa musibah seperti ini, jangan panik, bertenang dan fikirkanlah jalan penyelesaiannya. Jangan sesekali menyesal dan bersungut kerana ia hanya akan membuang masa sahaja.



Salam dari JB.

Sunday, May 20, 2012

Menziarahi Allahuyarham Pak Yob

Baru-baru ini, saya ada memaparkan kisah mengenai En. Ayob bin Endot menerusi blog ini, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yob sahaja. Beliau merupakan penghidap kencing manis. Gara-gara penyakitnya, akhirnya kaki beliau terpaksa dipotong.



Pada 1 Mei lalu, iaitu setelah selesai mesyuarat PERTIS Negeri Sembilan, saya serta beberapa orang rakan telah menziarahi beliau di rumahnya. Rupa-rupanya itulah pertemuan kami yang terakhir dengan Pak Yob. Masih segar dalam ingatan saya suasana ketika kami menziarahi beliau ketika itu.

Petang tadi, sekitar jam 3.45 petang, saya menerima SMS daripada Tuan Haji Nazari yang memaklumkan tentang kepulangan Pak Yob ke rahmatullah. Setelah mendapat berita berkenaan, saya segera memutuskan untuk hadir dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahuyarham Pak Yob. Kebetulan pula, petang tadi saya tidak mempunyai urusan yang benar-benar mustahak dan urusan yang ada boleh ditangguhkan dahulu.

Dalam perjalanan ke Taman Tasik Jaya, Senawang, saya telah menghubungi En. Abdullah Abu bakar untuk pengesahan lanjut. En. Abdullah merupakan bendahari PERTIS Negeri Sembilan. Ternyata En. Abdullah terkejut dengan berita tersebut. Beliau kemudiannya telah membantu saya untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai kepulangan Pak Yob ke rahmatullah. En. Abdullah juga turut memaklumkan alamat rumah Pak Yob serta panduan untuk sampai ke rumah Allahuyarham. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada En. Abdullah.



Sekitar jam 5.30 petang, saya sekeluarga tiba di Surau Alhikmah yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Pak Yob. Ketika itu Jenazah Pak Yob sedang disembahyangkan. Alhamdulillah saya juga sempat menyembahyangkan jenazah Pak Yob.



Setelah selesai solat jenazah, sekali lagi saya merafakkan kesyukuran ke hadhrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk rapat dan seterusnya menyentuh jenazah Allahuyarham. Tuan Imam yang bertugas turut membantu saya dengan mengambil tangan saya dan menyentuhkannya di bahagian kepala, badan dan sebelah kaki. Saya tidak lupa memanjatkan doa yang patut-patut untuk Allahuyarham.



Berdasarkan maklumat yang dapat saya perolehi daripada isteri Allahuyarham, Pak Yob telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Seremban pada kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. Menurutmnya lagi, Allahuyarham Pak Yob telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada Isnin lalu.



Sekitar jam 5.45 petang, jenazah Pak Yob diangkat perlahan-lahan ke kenderaan jenazah yang sedia menanti di perkarangan surau. Oleh kerana kebetulan saya juga berada hampir dengan jenazah, maka saya dapat merasakan suasana sedih khususnya dalam kalangan keluarga terdekat Allahuyarham Pak Yob.



Bersama-samalah kita merafakkan doa ke hadhrat Allah agar roh Pak Yob sentiasa dalam rahmat serta peliharaan Allah setiap ketika. Manakala kepada ahli keluarga Allahuyarham, bersabarlah menghadapi saat yang paling sedih ini.



Sesungguhnya hari yang dijanjikan Allah untuk Pak Yob telah tiba. Manakala hari yang sama yang dijanjikan untuk kita pula pasti akan tiba juga, hanya masa, hari dan tarikhnya sahaja yang sengaja dirahsiakan oleh Dia yang mencipta kita. Selamat pergi diucapkan kepada Pak Yob. Kami pasti akan menyusul anda pada hari yang telah dijanjikan untuk kami pula.



Kita yang masih meminjam nyawa ini sering lalai dengan kematian, sedangkan kematian pula tidak pernah alpa untuk menemui kita bila tiba masanya. Gara-gara kelalaian sebeginilah maka ramai antara kita yang seronok menipu, mencuri, memutar, membelit, mengadu domba, memfitnah, mendengar fitnah, menghasut, mudah dihasut, dan macam-macam lagi. Sedangkan kematian merupakan suatu peringatan kepada yang masih hidup. Hanya golongan yang bebal hati sahaja yang tidak tersentuh bila berlakunya kematian.



Di sini, saya tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Nazari Osman di atas kesudiannya berkongsi berita tentang kepulangan Pak Yob ke rahmatullah. Beliau merupakan orang pertama yang telah memaklumkan kepada saya mengenai berita berkenaan menerusi SMS. Selain itu, Tuan Haji Nazari juga turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahuyarham Pak Yob. Memang wajar pun bila Tuan Haji Nazari datang dan memberi penghormatan terakhir kepada Pak Yob. Selain sebagai rakan yang rapat, Tuan Haji Nazari merupakan presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) peringkat kebangsaan manakala Pak Yob pula merupakan pengerusi SBM peringkat Negeri Sembilan.

Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita akan kembali.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Hari ini (16 Mei) merupakan Hari Guru peringkat kebangsaan. Ia disambut pada setiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan juga di peringkat sekolah.

Pada kesempatan ini, saya dengan seikhlasnya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik saya dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tertinggi.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan yang sama kepada semua rakan sejawat yang sedang bertugas.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anak-anak murid serta rakan-rakan yang lain yang telah menghantar ucapan selamat hari guru kepada saya menerusi pelbagai saluran.

Untuk semua, terima kasih saya ucapkan.

Monday, May 14, 2012

Sekadar Perkongsian

Ke Mana Wang Bentuk Faedah Boleh Dibelanjakan

Baru-baru ini, saya ada menerima satu email daripada seorang rakan. Bagi saya kandungan email ini baik dan boleh kita sama-sama fikirkan. Selain itu, isi kandungan email ini juga sedikit sebanyak mungkin boleh membantu mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh sebilangan kita mengenai ke mana faedah daripada simpanan di institusi kewangan tertentu boleh kita halakan.

Perlu saya jelaskan di sini, kandungan email yang bakal saya kongsikan ini bukanlah hukum, fatwa atau sebagainya. Ia sekadar saranan semata-mata. Bahkan menurut penghantar email ini, sekiranya ada pernyataan yang mengelirukan, silalah rujuk kepada sumber yang lebih sahih. Selamat membaca!



Artikel 1

Dr Yusuf al-Qardhawi mengulas persoalan berkaitan ke manakah wang yang di dapati dari sumber yang haram boleh dibelanjakan menyatakan;
dari segi logiknya, harta-harta yang haram ini hanya boleh dialirkan kepada empat jalan sahaja iaitu;

4. Mengambil harta itu untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga. Ini adalah tidak diharuskan oleh syarak

2. Meninggalkan sahaja kepada bank riba. Ini juga tidak harus kerana kebiasaannya bank-bank ini mendermakan harta tersebut kepada badan kebajikan yang kebanyakannya terdiri daripada persatuan2 gereja dan kristianisasi

3. Memusnahkannya. Pendapat ini telah ditolak oleh Imam al-Ghazali di mana beliau menyatakan; kita ditegah daripada memusnahkan harta kita.

4. Membelanjakan untuk tujuan kebajikan seperti kepada fakir miskin, partubuhan-pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam dan sebagainya. Inilah satu-satunya jalan yang dibenarkan.

Menurut al-Qardhawi lagi...

di sini saya ingin menjelaskan bahawa cara ini bukannya dinamakan sedeqah, kerana Allah itu baik dan dia hanya menerima yang baik sahaja (sebagaimana mafhum sebuah hadis Rasulallah SAW), sebaliknya ia termasuk dalam bab membelanjakan harta yang haram kepada satu-satunya jalan yang diharuskan. Pembelanja bukanlah pemberi sedeqah tetapi hanyalah sebagai orang tengah dalam menyampaikan harta itu ke jalan kebajikan.

Pandangan sebahagian besar ulama’, duit riba boleh digunakan untuk membuat prasarana yang berkepentingan umum. Sebagai contoh untuk membina jalanraya, tandas atau seumpamanya.



Artikel 2
Cara Halal Memanfaatkan Bunga Bank


February 29th, 2012

Pembahasan tentang hukum riba di bank tidak dijumpai dalam buku fikih klasik. Karena ketika buku itu ditulis, sejarah munculnya bank belum terbit. Untuk memahami berbagai masalah seputar bank, kita perlu merujuk kepada penjelasan ulama kontemporer, yang sempat menjumpai praktek perbankkan.

Pertama, Hukum mengambil bunga bank

Ulama sepakat bahwa bunga bank sejatinya adalah riba. Hanya saja mereka berbeda pendapat tentang hukum mengambil bunga tabungan di bank, untuk kemudian disalurkan ke berbagai kegiatan sosial kemasyarakatan.

Pendapat pertama, bunga bank wajib ditinggal dan sama sekali tidak boleh diambil. Diantara ulama yang menguatkan pendapat ini adalah Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin. Sebagaimana keterangan beliau di banyak tempat risalah beliau.

Pendapat kedua, dibolehkan mengambil bunga bank, untuk disalurka ke kegiatan sosial kemasyarakatan. Diantara ulama yang berpendapat demikian adalah Syaikh Ibnu Jibrin, ketika ditanya tentang hukum menyalurkan bunga bank untuk para mujahid. Setelah menjelaskan larang menabung di bank kecuali darurat, beliau menegaskan:

....dia boleh mengambil keuntungan yang diberikan oleh bank, semacam bunga, namun jangan dimasukkan dan disimpan sebagai hartanya. Akan tetapi dia salurkan untuk kegiatan sosial, seperti diberikan kepada fakir miskin, mujahid, atau semacamnya. Tindakan ini lebih baik dari pada meninggalkannya di bank, yang nantinya akan dimanfaatkan untuk membangun gereja, menyokong misi kekafiran, dan menghalangi dakwah islam.. (Fatawa Islamiyah, 2/884)

Bahkan Syaikh Muhammad Ali Farkus dalam keterangannya menjelaskan: “Bunga yang diberikan bank, statusnya haram. Boleh disalurkan untuk kemaslahatan umum kaum muslimin dengan niat sedekah atas nama orang yang didzalimi (baca: nasabah). Demikian juga boleh disalurkan untuk semua kegiatan yang bermanfaat bagi kaum muslimin, termasuk diberikan kepada fakir miskin.

Karena semua harta haram, jika tidak diketahui siapa pemiliknya atau keluarga pemiliknya maka hukumnya, harta ini menjadi milik umum, dimana setiap orang berhak mendapatkannya, sehingga digunakan untuk kepentingan umum. Allahu a’lam.”

Kedua, menginfakkan bunga bank untuk masjid

Dengan mengambil pendapat ulama yang membolehkan mengambil riba di bank, pertanyaan selanjutnya, bolehkan menyalurkan riba tersebut untuk kegiatan sosial keagamaan, seperti membangun masjid, pesantren atau kegiatan dakwah lainnya?

Pendapat pertama, tidak boleh menggunakan uang riba untuk kegiatan keagamaan. Uang riba hanya boleh disalurkan untuk fasilitas umum atau diberikan kepada fakir miskin. Pedapat ini dipilih oleh Lajnah Daimah (Komite tetap untuk fatwa dan penelitian) Arab Saudi. Sebagaimana dinyatakan dalam fatwa no. 16576.

Pendapat ini juga difatwakan Penasehat Syariah Baitut Tamwil (Lembaga Keuangan) Kuwait. Dalam fatwanya no. 42. Mereka beralasan mendirikan masjid harus bersumber dari harta yang suci. Sementara harta riba statusnya haram.

Pendapat kedua, boleh menggunakan bunga bank untuk membangun masjid. Karena bunga bank bisa dimanfaatkan oleh semua masyarakat. Jika boleh digunakan untuk kepentingan umum, tentu saja untuk kepentingan keagamaan tidak jadi masalah. Diantara ulama yang menguatkan pendapat ini adalah Syaikh Abdullah bin Jibrin. Sebagaimana dikuti dalam Fatawa Islamiyah, 2/885.

Ketiga, Menggunakan riba untuk membayar pajak

Setelah menjelaskan haramnya membungakan uang di bank, Syaikh Muhamad Ali Farkus menyatakan:

Jika uang yang disimpan menghasilkan tambahan bunga (riba) maka pemiliknya wajib bertaubat dari kedzalimannya, karena memakan uang orang lain dengan cara yang tidak benar. Bukti taubatnya adalah dengan membersihkan diri dari harta haram yang bukan miliknya dan tidak pula milik bank. Akan tetapi uang haram ini menjadi harta umum, yang harus dikembalikan untuk kepentingan umum kaum muslimin atau diberikan kepada fakir miskin. Mengingat ada halangan dalam hal ini, berupa tidak diketahuinya orang yang didzalimi dalam transaksi riba ini, karena hartanya diambil untuk bunga. Karena uang riba yang ditambahkan adalah uang umum yang dimiliki seluruh kaum muslimin. Sementara seseorang tidak boleh membayar pajak yang menjadi tanggungannya dengan harta milik orang lain tanpa minta izin....

Demikian pula yang difatwakan dalam Fatawa Syabakah Islamiyah di bawah bimbingan Syaikh Dr. Abdullah Al Faqih. Dalam fatwanya no. 23036 dinyatakan:

Membayar pajak dengan bunga bank, hukumnya tidak boleh, karena pembayaran pajak akan memberikan perlindungan bagi harta pemiliknya, sehingga dia telah memanfaatkan riba yang haram ini.

Perhatian!

Bunga bank yang ada di rekening nasabah, sama sekali bukan hartanya. Karena itu, dia tidak boleh menggunakan uang tersebut, yang manfaatnya kembali kepada dirinya, apapun bentuknya. Bahkan walaupun berupa pujian. Oleh sebab itu, ketika Anda hendak menyalurkan harta riba, pastikan bahwa Anda tidak akan mendapatkan pujian dari tindakan itu. Mungkin bisa Anda serahkan secara diam-diam, atau Anda jelaskan bahwa itu bukan uang Anda, atau itu uang riba, sehingga penerima yakin bahwa itu bukan amal baik Anda. (pengusahamuslim)

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Hari ini (13 Mei) merupakan Hari Ibu bagi tahun 2012. Bagi sebilangan orang, pada hari seperti hari inilah kita dikehendaki supaya menunjukka kasih sayang yang semaksimumnya kepada ibu sendiri.

Tidak siapa pun yang dapat menafikan tentang pengorbanan seorang ibu. Sebab itu ada kata-kata orang bijak pandai yang antara lain berbunyi: seorang ibu boleh memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tahu lagi dapat menjaga seorang ibu. Demikianlah besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anak-anaknya.

Saya sendiri pun, jika tidak kerana pengorbanan dari seorang itu, tidak mungkin saya boleh menikmati satu kehidupan sebagaimana sekarang. Kalau hendak diceritakan pengorbanan ibu sendiri, nescaya tidak berupayalah kita untuk melakukannya.

Bagi kita, kasih dan sayang terhadap seorang ibu berterusan sepanjang masa, setiap ketika dan sepenuh masa. Pada setiap kali selepas solat lima waktu, sudah tentulah kita akan memohon daripada Yang Esa supaya sentiasa memberikan keampunan kepada ibu dan bapa kita. Demikianlah kita diajar supaya dapat melakukannya.

Ketika mendengar siaran radio tadi, kerap juga saya mendengar lagu-lagu yang bertemakan ibu dialunkan. Lazimnya, saya akan mendengar siaran radio ketika di dalam kenderaan sahaja. Bila turun sahaja kenderaan, siaran radio pun hilang. Walau bagaimanapun, sebuah lagu yang amat saya minati dendangan Datuk M. Daut Kilau tidak pula kedengaran. Lagu yang saya maksudkan kalau tak silap berjudul Anak Derhaka. Setiap kali mendengar lagu tersebut, saya akan berdoa supaya saya tidak menjadi anak yang derhaka.

Bersempena dengan Hari Ibu hari ini, saya mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.



Ucapan yang serupa juga saya tujukan khusus kepada yang amat dikasihi lagi siyangi ibu saya dan juga kepada ibu mentua saya.

"Ya Rabb, kasihanilah kedua-dua ibu dan bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil".

Saturday, May 12, 2012

Khabar Angin

Petang tadi, saya ada menerima SMS daripada seorang rakan. Katanya beliau mendapat maklumat bahawa mesyuarat agung PERTIS kali ini ditangguhkan. Menurut beliau lagi, maklumat berkenaan diperoleh daripada sumber yang rapat dengan PERTIS.

Untuk maklumat bersama semua pihak, mesyuarat agung PERTIS Pusat kali ke-17 pada tahun ini akan diadakan sebagaimana yang telah dijadualkan. Tiada penangguhan dibuat. Bahkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang menguruskan mengenai perjalanan mesyuarat agung tersebut yang telah diadakan malam tadi, perkara mengenai penangguhan mesyuarat agung tidak timbul langsung dan tidak pun dibincangkan.

Maklumat ini saya muatkan dalam blog ini supaya ia tidak lagi menimbulkan sebarang salah info mengenai mesyuarat agung tahunan PERTIS Pusat pada tahun ini kepada semua pihak atau individu yang berkaitan.

Di sini, saya tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak dan individu yang prihatin dengan PERTIS. Teruskan kerjasama anda!

Friday, May 11, 2012

Ulang Tahun UMNO Ke-66: Sekadar Coretan

Hari ini (11 Mei) merupakan ulang tahun Pertubuhan Kebangsaan Melay Bersatu (UMNO) yang ke-66 tahun. Mengikut faktar sejarah, UMNO telah dilahirkan secara rasminya pada 11 Mei 1946. Keunikan UMNO ialah ia telah dilahirkan di dalam istana, iaitu di Istana Besar Johor Bharu. Ini bermakna, UMNO telah dilahirkan bukan di calang-alang tempat. Status kelahirannya tak ubah umpama kelahiran seorang putera raja. Demikianlah hebatna UMNO kalau dibicarakan dari aspek sejarah kelahirannya.



UMNO lahir tatkala orang Melayu sedang menghamburkan kemarahan mereka terhadap British gara-gara pengenalan Malayan Union ketika itu. UMNO lahir tatkala orang Melayu sedang belajar berdemonstrasi dan berhimpun bagi mennjukkan penentangan mereka terhadap penjajahan bentuk baru yang cuba diperkenalkan oleh British ke atas Tanah Melayu. Pada masa itu juga orang Melayu tanpa terbatas oleh status sosial atau ekonomi masing-masing telah benar-benar bersatu atas nama “Melayu” bagi mempamirkan perasaan benci mereka terhadap British dan Malayan Union.

Sebelumnya orang Melayu amat terikat dengan semangat kenegerian dan kedaerahan. Walaupun sebelum perang dunia kedua ada tokoh-tokoh tertentu yang cuba menyatukan orang Melayu menerusi pelbagai kesatuan dan pertubuhan, tetapi usaha berkenaan tidak menampakkan kesan yang besar. Ini mungkin disebabkan sifat kedaerahan dan kenegerian yang ada dalam kalangan orang Melayu masih menebal dan sukar untuk dikikis.



Penubuhan UMNO pada tahun 1946 telah membuka ruang baru kepada orang Melayu untuk berjuang menentang penjajahan British. Pada ketika itu, UMNO merupakan landasan terbaik untuk orang Melayu mempamirkan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan sesama mereka.

Di peringkat awal penubuhannya, UMNO amat berkesan sebagai wadah penyatu untuk orang Melayu. Selain berjaya menyatukan orang Melayu tanpa mengira status sosial dan ekonomi, UMNO juga berjaya menarik sokongan daripada mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama (Islam) selaku pendokong dan penyokongnya. Dengan erti kata lain, UMNO pada ketika itu benar-benar telah berfungsi sebagai penyatu kepada orang Melayu.

Melihatkan perpaduan yang begitu kukuh dalam kalangan orang Melayu melalui UMNO, maka akhirnya British terpaksa memulakan rundingan dengan UMNO bagi mencari jalan kepada cadangan alternatif untuk Malayan union yang ditentang hebat oleh orang Melayu. Walaupun ketika itu UMNO masih bayi, tetapi oleh kerana perpaduan yang kukuh dalam kalangan orang Melayu, British tidak memandang rendah keupayaan UMNO untuk berunding bagi pihak orang Melayu.

Selain itu, kesediaan British untuk mengiktiraf serta berunding dengan UMNO mungkin juga disebabkan British melihat UMNO sebagai parti sekular Melayu yang sederhana dalam serba-serbinya. Maknanya, walaupun berlaku demonstrasi dan perhimpunan orang Melayu ketika itu bagi menyatakan penentangan mereka terhadap Malayan Union, British masih menganggap UMNO sebagai sebuah parti politik yang sederhana dan perlu diberikan layanan yang istimewa.

Selain itu, dari sejak penubuhannya, UMNO turut menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Adakalanya cabaran itu datangnya dari dalam UMNO sendiri. Kesemuanya telah dilalui oleh UMNO dengan penuh bergaya. Antara cabaran getir yang pernah dilalui oleh UMNO termasuklah Datuk Onn keluar parti pada tahun 1951, penolakan sebilangan orang Melayu terhadap UMNO pada tahun 1969 dan yang paling getir ialah apabila mahkamah telah mengharamkan UMNO pada tahun 1988.

Walaupun UMNO telah diharamkan ketika itu, tetapi hakikatnya semangat UMNO itu sendiri tidak mati. UMNO berjaya dihidupkan kembali kemudiannya. Mulanya dengan nama UMNO Baru. Setelah itu, perkataan “Baru” berjaya dibuang dan kini UMNO kembali dengan nama asalnya iaitu “UMNO”.

Kalau kita menyelusuri sejarah, perpaduan atas nama Melayu yang berteraskan UMNO mula tergugat pada tahun 1951 apabila Parti Islam Se-Tanah melayu telah ditubuhkan dan ia diikuti dengan penyertaan sekumpulan bekas ahli UMNO ke dalam parti berkenaan. Pengunduran Datuk Onn Jaafar daripada UMNO juga sedikit sebanyak turut memberi kesan jangka pendek kepada UMNO. Namun demikian, UMNO ketika itu tetap kukuh dan utuh. Sebilangan besar orang Melayu telah memberikan sokongan yang tidak bnerbelah bagi kepada UMNO. Apatah lagi ketika itu usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan sedang giat dijalankan di bawah teraju UMNO.

Fugsi UMNO sebagai parti nombor wahid untuk orang Melayu tercabar lagi apabila pada hujung tahun dekad 80-an perti berkenaan telah diharamkan. Berikutan dengan itu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 sebagai alternatif kepada perjuangan dan survival politik orang Melayu. Setelah beberapa tahun, ternyata bagi sebahagian orang Melayu, mereka tetap tidak boleh berpisah dengan nama “UMNO”. Menyedari hakikat inilah juga, pemimpin UMNO yang lain ketika itu telah mendaftarkan parti siasah lain dengan nama “UMNO Baru”. Justeru, sebilangan orang Melayu telah memberikan sokongan semula mereka kepada UMNO Baru dan bukannya kepada Parti Melayu Semangat 46.

Keramat yang adapada nama UMNO turut diperkukuhkan lagi apabila beberapa tokoh yang sebelumnya merupakan ahli UMNO telah tewas dalam pilihanraya umum gara-gara bertanding bukan atas nama UMNO. Justeru tidak menghairankan apabila ada tokoh tertentu yang sanggup berenang semula ke seberang haluan setelah jambatan lamana dibakar hangus. Oleh kerana keramatnya nama UMNO, hinggakan ada pihak yang berteori, di sesetengah tempat, kalau tunggul pun yang bertanding atas nama UMNO pasti menang.

Cabaran seterusnya kepada UMNO ialah apabila Majlis Tertingginya telah membuat keputusan berani untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi kesan yang cukup besar dan mendalam terhadap kelangsungan parti berkenaan. Kesan jangka pendeknya ialah dalam pilihanraya umum tahun 1999 sebahagian orang elayutelah menolak UMNO. Walaupun dalam pilihanraya umum 2004 situasi sedemikian nampak seakan hampir pulih, tetapi keputusan pilihamraya umum 2008 menunjukkan sebilangan orang Melayu kembali menolak UMNO. Manakala di Dewan Rakat pula, jumlah wakil rakyat UMNO juga tidak seramai seperti dahulu.



Hari ini, berdasarkan fenomena yang ada, UMNO tidak lagi keramat bagi orang Melayu. Semakin ramai yang berani mencabar kekeramatan yang dipercayai ada pada UMNO sebelum ini. Kalau dahulu UMNO hanya menjadi pembangkang di Kelantan, tetapi hari ini UMNO merupakan parti pembangkang di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Apayang diperjuangkan oleh UMNO hari ini semacam ada yang tak kena.

Dalam konteks orang Melayu, sebenarnya mereka masih lemah untuk berpecah-belah seperti hari ini. Dari aspek politik, sama ada UMNO, PKR ataupun PAS, tidak boleh berdiri sendiri sebagai pemerintah. Mereka semakin memerlukan sokongan daripada puak lain untuk survival politik masing-masing. Justeru tidak hairan jika dikatakan peranan UMNO sebagai penyatu untuk orang Melayu tidaklah sepenting sebagaimana dua atau tiga dekad selepas penubuhannya.

Adakah teori RAHMAN akan menjadi realiti?

Thursday, May 10, 2012

Tahniah Kepada Tuan Haji Nazari

Saya mendapat maklumat bahawa salah seorang lagi cahaya mata Tuan Haji Nazari akan melanjutkan pelajarannya di UITM Alor Gajah, Melaka dalam bidang Sains Aktuari. Menurut maklumat yang saya perolehi, anak beliau akan mula mendaftar pada 2 Jun 2012 hadapan.



Sebelum itu, pada Februari lalu, anak sulung Tuan Haji Nazari, Abu Hassan, telah berlepas ke luar negara juga untuk melanjutkan pengajiannya. Abu Hassan telah berjaya melanjutkan pengajiannya di Universiti Queensland, Australia. Kalau diselusuri pencapaian akademik Abu Hassan, ia memang sungguh membanggakan khususnya bagi kedua-dua ibu bapanya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Nazari kerana telah dikurnai cahaya mata yang cerdikk. Pencapaian anak-anak beliau jelas membuktikan bahawa sebagai ibu bapa yang cacat penglihatan sama sekali bukan penghalang untuk beliau terus mendidik cahaya mata yang dikurniakan supaya menjadi insan berguna.

Kepada rakan-rakan senasib yang lain, marilah kita sama-sama jadikan pencapaian anak-anak Tuan Haji Nazari sebagai perangsang untuk kita mendidik nak-anak kita pula.

Kepada Tuan Haji Nazari, teruskan mendidik cahaya mata anda supaya mereka menjadi insan keredhaan Tuhan dunia dan akhirat. Jangan sesekali ajar mereka untuk jadi pencuri, penipu, pemutar dan pembelit.

Sebenarnya ada lagi coretan saya untuk tuan Haji Nazari, hanya masanya sahaja belum tiba untuk saya postingkan coretan berkenaan.

Tuesday, May 8, 2012

LRT

Siang tadi, saya telah menggunakan kenderaan awam untuk menghadiri satu mesyuarat di Air Keroh, Melaka. Mesyuarat kali ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya akan berada di sini sehinggalah tengah hari Khamis ini, insha-Allah.

Ini bukanlah kali pertama saya menggunakan kenderaan awam darat. Pengalaman yang bakal saya kongsikan juga bukanlah pengalaman saya yang pertama. Saya sekadar ingin kongsikan pengalaman yang ini agar kita sama-sama akan lebih peka tentang keperluan pelbagai kategori penumpang khususnya yang menggunakan perkhidmatan kenderaan awam setiap hari.

Saya telah menaiki LRT dari stesen Sentol untuk menuju ke stesen Tasik Selatan. Dari Tasik Selatan, saya menaiki bas pula untuk ke Melaka. Dari stesen Sentol, LRT berhenti di stesen Titiwangsa, PWTC, Sultan Ismail, Bandar Raya, Masjid Jamik, Plaza Rakyat kemudian Pudu, dan seterusnya beberapa stesen lagi hinggalah sampai di stesen Tasik Selatan. Apa yang berlaku ialah, di setiap stesen yang saya nyatakan tadi, tiada info daripada pihak LRT mengenai nama stesen yang sedang disinggahi. Saya dapat mengetahui stesen mana yang sedang disinggahi oleh LRT berkenaan kerana saya tidak tertidur dan saya harus mengira setiap stesen yang dilalui oleh LRT berkenaan. Sekiranya saya tertidur walaupun sekejap, ada kemungkinan saya akan terlepas stesen. Saya memang pernah mengalami pengalaman sedemikian. Hanya selepas stesen Pudu baru pihak LRT memberi info tentang nama stesen yang disinggahi.

Sepertimana yang saya nyatakan tadi, pihak LRT harus peka dengan kepelbagaian kategori penumpang yang menggunakan perkhidmatannya. Bukan semua penumpang yang akan dapat membaca tulisan yang tertera pada setiap stesen yang disinggahi. Adakalanya orang yang sudah berusia pun mungkin tidak begitu peka dengan nama stesen yang disinggahi jika ia tidak diumumkan secara bersuara oleh pihak yang berkaitan. Apatah lagi kalau penumpang itu adalah penumpang yang macam saya. Apa yang berlaku ketika saya menaiki LRT siang tadi langsung tidak memberi sebarang kesan kepada saya kerana saya tidak tertidur dan seterusnya saya juga peka dengan setiap stesen yang disinggahi oleh LRT. Bagaimana pula kalau saya tertidur, atau ada penumpang lain yang tidak begitu peka dengan stesen-stesen yang disinggahi oleh LRT berkenaan?

Memang salah satu kaedah lain untuk menyelesaikan cabaran sedemikian ialah dengan memberanikan diri dan bertanya kepada penumpang lain. Bagaimana pula kalau kebetulan dalam koch berkenaan, hanya kita seorang sahaja yang menumpanginya dan penumpang lain mungkin berada jauh daripada kita? Bagaimana pula dengan penumpang yang tidak begitu biasa menaiki LRT sedemikian dan tidak pula peka dengan stesen-stesen LRT yang berkaitan?

Di samping itu, ada ketika yang lain pula, info mengenai stesen yang disinggahi diumumkan tetapi perkataan yang diucapkan tidak jelas dan sukar difahami. Bagi yang masih berpenglihatan, mungkin keadaan sebegini tidak mendatangkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, bagi penumpang lain yang seperti saya, ia mungkin akan mendatangkan masalah pula.

Kalau kita menggunakan LRT dari Terminal Putra ke Kelana Jaya, ia sedikit berbeza. Info mengenai setiap stesen yang disinggahi akan dimaklumkan secara automatik kerana info mengenainya adalah secara berkomputer. Suaranya juga jelas dan terang. Hanya apabila ada gangguan pada sistem infonya baru ia akan mendatangkan sedikit cabaran kepada penumpang seperti saya.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, saya memohon kepada pihak berkuasa LRT yang berkenaan supaya mengumumkan nama setiap stesen yang disinggahi dengan terang dan jelas supaya ia akan memberi kemudahan pula kepada penumpang seperti saya. Saya yakin, penumpang lain yang senasib dengan saya juga mungkin biasa menghadapi cabaran seperti ini. Setiap orang pula mempunyai kaedah tersendiri bagaimana untuk mengatasi cabaran sebegini.

Bagi saya, perkara ini bukanlah besar sangat. Namun begitu, jika tiada kerjasama secara berterusan daripada pihak berkuasa LRT, sudah tentulah penumpang seperti saya tidak begitu merasa selesa bila menggunakan perkhidmatan LRT.

Salam dari Air Keroh, Melaka.

Monday, May 7, 2012

Sembang Malam

Fatwa

Semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang antara lain memfatwakan bahawa demonstrasi yang boleh mencetuskan huru-hara adalah haram. Sekali imbas, fatwa ini baik. Tujuannya tentulah untuk menjaga keselamatan orang ramai dan juga ketenteraman negara. Sementelahan pula, ahli jawatankuasa yang berkaitan bukan calang-calang ilmuwan. Quran dan hadith boleh dikeluarkan pada bila-bila masa macam air terjun sahaja. Justeru, kalau kita tanya kepada mana-mana ahli jawatankuasa yang berkaitan, ayat Quran yang mana atau hadith sahih yang mana yang menjadi asas kepada fatwa semalam, saya yakin mereka boleh memberitahu dengan serta-merta akan jawapannya .... hebat! Hebat! ....

Walau bagaimanapun, bila direnung-renugkan, semacam ada yang tidak kena dengan fatwa semalam. Banyak juga persoalan yang bermain di benak saya bila terbaca sahaja mengenai fatwa semalam. Kalau tanya orang UMNO, memanglah mereka setuju entah berapa peratus dengan fatwa berkenaan. Manakala kalau tanya orang PAS pula, memanglah mereka akan tidak bersetuju entah berapa peratus pula. Kalau tanya pada Datuk S. Ambiga pula, mungkin dia tidak berani menjawab kerana takut jawapannya akan dijadikan modal untuk menghemtam beliau kembali.

Bagaimana pula dengan tunjuk perasaan di sekitar Kuala Terengganu pada tahun 2008 yang lalu yang menentang titah tanku sultan yang melantik seorang menteri besar yang lain? Dalam tunjuk perasaan berkenaan, beberapa sepanduk yang menghina raja turut terpampang. Kalau demonstrasi sebegitu apa pula hukumnya? Halal ke, haram ke atau halam ke?

Fatwa sebegini, adakah ia hanya sahlakunya dalam negeri sahaja? Bagaimana pula dengan tunjuk perasaan di Tnesia, Mesir dan yang sedang bergolak di Syria sekarang? Tunjuk perasaan yang berlaku bukan sahaja mencetuskan huru-hara, bahkan ia turut menumpahkan darah. Jumlahnya pula bukan seorang dua, bahkan sudah mencecah ribuan nyawa umat Islam. Adakah fatwa semalam turut merangkumi apa yang berlaku di negara-negara berkenaan?

Bagaimana kalau tunjuk perasaan itu dilakukan untuk menentang pihak berkuasa yang dianggap zalim oleh para penunjuk perasaan? Bagaimana pula jika pencetus huru-hara dalam satu-satu tunjuk perasaan itu merupakan kumpulan yang pro kepada pihak yang berkuasa? Halal ke, haram ke atau halam?

Saya pernah mendengar menerusi internet, ada seorang mantan pemimpin besar negara yang mengatakan hukum hudud sebenarnya tiada dalam Alquran. Katanya lagi, ia semata-mata dikeluarkan oleh ahli feqah. Apa pula pendapat pihak-pihak ilmuwan yang berauthoroti untuk menjatuhkan hukum halal atau haram di negara ini mengenai hal tersebut? Halal ke, haram ke atau halam ke?

Bagaimana pula jika ada mana-mana pihak yang berkuasa telah mendapatkan kuasanya dengan cara memasukkan mereka yang tidak layak untuk memilih ke dalam senarai daftar pemilih agar pemilih yang tidak sah dan tidak layak itu akan memilih pihak yang berkuasa yang berkaitan? Apa hukum kuasa yang mereka perolehi itu? Apa hukum mereka yang menjalankan kuasa itu? Apa pula hukum mereka yang bersekongkol dengan penyalahgunaan kuasa sedemikian? Halal ke, haram ke atau halam ke?

Rakyat juga tahu tokoh-tokoh tertentu suka berbohong bila bercakap. Contoh mudah, kalau jumlah orang yang terlibat dalam sesuatu perhimpunan mencecah ratusan ribu, tetapi ada tokoh lain yang dengan sengaja cuba merendahkan angkanya dengan mengatakan hanya sekitar 25 ribu orang sahaja, tidakkah tokoh seperti ini telah berbohong? Apa hukumnya kalau tokoh besar sebegini berbohong? Halal ke, haram ke atau halam ke?

Bagi saya, Rakyat di negara ini pada masa ini bukanlah bodoh sangat untuk menilai sesuatu. Mereka sudah berkemampuan untuk menilai sesuatu itu dengan lebih matang. Saya lihat, apa yang mereka suarakan tidak boleh lagi dibendung hanya dengan kekuatan penguatkuasaan semata-mata. Hakikat ini perlu diinsafi oleh pihak yang berkuasa.

Walaupun malam semakin larut, tetapi saya masih rasional dan tidak mengarut!

Sunday, May 6, 2012

Orang Kelantan Lebih Bijak Menilai

Pada 4 Mei lalu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan sehari ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya melihat, lawatan tersebut lebih merupakan lawatan seorang presiden UMNO daripada seorang perdana menteri. Ini kerana lawatan beliau banyak dipenuhi dengan acara dan program kempen untuk Barisan Nasional (BN). Bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan, lawatan kali ini lebih kepada untuk menganalisis sejauh mana BN mampu untuk merampas kelantan daripada PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Sebagaimana biasa, kalau orang politik mengadakan lawatan, maka pelbagai janji politik ditaburkan buat tatapan orang setempat. Selain itu juga, pelbagai keburukan pentadbiran negeri pula yang dihamburkan dengan harapan untuk diseranah oleh rakyat jelata negeri berkenaan. Sudah menjadi darah daging politik khususnya orang Melayu untuk mendidik sekalian anak buahnya untuk mempercayai dan menelan bulat-bulat apa sahaja yang dilakukan oleh parti politik tertentu sebagai benar, baik, betul, bagus, tepat, kena pada masanya, bijak, dan macam-macam lagi hingga kadangkala ia boleh menjadikan orang lain muak dan mual mendengarnya. Kalau parti politik yang berkenaan mengata dan mempersendakan lawanya, ia dikira halal dan patut serta mesti didokong dan disokong kalau boleh oleh semua orang. Perbuatan sedemikian juga wajib diredhai oleh para pendokong dan penyokongnya yang ingin mempamirkan kesetiaan kepada parti politik berkenaan. Sebaliknya, kalau ianya daripada parti lawannya, maka ia dikatakan sebagai bohong, fitnah, itu, ini dan macam-macam lagi. Dengan erti kata lain, kebenaran itu bukan lagi terletak pada fakta dan peristiwanya, tetapi ia menjurus kepada siapa yang memperkatakannya.

Seperkara lagi, saya turut terdengar kononnya jumlah orang ramai yang mendengar amanat daripada YAB perdana menteri puluhan ribu ramainya. Bahkan konon khabarnya jumlahnya lebih ramai daripada para penunjukperasaan yang terlibat dalam Prhimpunan Bersih 3.0 seminggu sebelumnya. Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan cara berpolitik UMNO/BN untuk melebih-lebihkan angka kalau peristiwa berkenaan melibatkan parti tersebut dan merendah-rendahkan angka kalau ia melibatkan parti-parti politik pembangkan, maka jumlah orang ramai yang disebut turut sama mendengar amanat YAB perdana menteri di Gua usang turut juga menimbulkan keraguan sesetengah orang walaupun ia mungkin betul. Oleh itu dan lain kali, kenalah betulkan yang biasa supaya orang ramai akan percaya pada angka yang betul!

Hal sebegini nampaknya masih tidak berlaku di Kelantan. Orang kelantan mempunyai gaya dan stail mereka yang tersendiri dalam menilai kebolehupayaan dan kejujuran satu-satu parti politik atau individu politik. Justeru, negeri Kelantan pernah berada di bawah pemerintahan PAS dan juga pemerintahan UMNO/BN. Bahkan Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah tewas di parlimen Bachok dalam pilihanraya umum ke-7 pada tahun 1986.

Untuk maklumat bersama, PAS pernah memerintah Kelantan sejak tahun 1959 hinggalah tahun 1978. Manakala UMNO/BN ula pernah mentadbir Kelantan antara tahun 1978 hingga tahun 1990. PAS kembali menguasai pentadbiran negeri Kelantan melalui pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 hingga kini. Sejak tewas dalam pilihanraya 1990, UMNO/BN tidak pernah kenal letih dan jemu untuk berusaha merampas semula Kelantan daripada PAS. Sifat tidak mudah berputus asa sebegini memang cukup baik, tetapi apa yang diusahakan itu sahaja yang menjadi pertikaian dan dianggap sia-sia oleh sesetengah pihak.

Kalau dihitung dan dicongak (saya tidak mahulah dikatakan bodoh matematik), sejak tahun 1959, rakyat Kelantan telah memberi peluang kepada UMNO/BN untuk memerintah negeri tersebut selama kira-kira 12 tahun. Manakala PAS pula telah diberikan peluang untuk memerintah Kelantan selama kira-kira 41 tahun, satu jangka masa yang bukan sekejap.

Mengapa orang Kelantan memberikan masa yang lebih lama kepada PAS untuk mentadbir Kelantan berbanding dengan UMNO/BN?Adakah rakyat Kelantan tidak pandai menilai atau tidak tahu memilih?Apa istimewanya PAS sehingga ia lebih diterima dan apa celanya UMNO/BN hingga ia lebih lama ditolak dari kaca mata orang Kelantan?

Sesuai dengan jolokan “Serambi Makkah” kepada Kelantan, maka tidaklah menghairankan bilamana Islam merupakan antara elemen yang paling utama bagi mana-mana kumpulan siasah untuk mentadbir negeri atau kepada mana-mana individu yang akan diangkat sebagai menteri besar. Sesuai dengan citarasa majoriti rakyat Kelantan, maka sesebuah parti politik itu mestilah mempunyai ciri-ciri Islam yang nyata sama ada pada namanya, pada aktivitinya dan juga pada jiwa pemimpinnya. Inilah antara ciri keistimewaan yang ada pada PAS yang yang tiada pada UMNO/BN.

Selain itu, PAS juga sering dibarisi oleh para pemimpin yang berjiwa ulamak. Ini juga satu lagi bonus kepada kejyaan PAS selama ini dalam menambat hati para pengundi Kelantan. Maka itulah, tidak menghairankan juga pada tahun 1978, rakyat Kelantan telah menolak PAS dan memberi peluang kepada UMNO/BN untuk memerintah.Antara sebab-sebab PAS ditolak ketika itu ialah kerana wujudnya percakaran dalaman dalam PAS Kelantan ketika itu. Selain itu, peranan UMNO yang sama-sama menjadi dalam gabungan BN turut menyumbang kepada kejatuhan PAS dalam tahun 1978. Jadi kita jangan merasa hairan bilamana ada cadangan ke arah penyatuan politik orang Melayu menerusi penggabungan atau penyatuan antara UMNO dan PAS, ia semacam satu fobia kepada sebilangan pemimpin PAS. Maklumlah, bagi kita selaku umat Islam, tidak seharusnya terkena patukan ular sebanyak dua kali pada tempat yang sama. Demikianlah.

Walaupun kejayaan PAS kembali berkuasa di Kelantan pada tahun 1990 dikaitkan juga dengan masalah dalaman dalam UMNO sehingga memaksa Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan satu kumpulan siasah yang lain dan turut bersama PAS ketika itu, namun perubahan dalaman yang berlaku dalam PAS turut menyumbang kepada kekuatan semula PAS ketika itu. Kekuatan tersebut telah dipulihkan bilamana Datuk Asri dan beberapa orang rakan yang setia dengan beliau telah meninggalkan PAS pada dekad 80-an. Hasilnya, PAS mula dikuasai oleh satu kumpulan yang berjaya meletakkan parti tersebut ke satu landasan yang relevan dengan kehendak dan kemahuan rakyat khususnya di Kelantan.

Fakta di atas diperkukuhkan lagi apabila setelah mendapatkan semula kuasa dari rakyat menerusi pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat telah dipilih selaku menteri besarnya. Pemilihan Tuan Guru Nik Aziz merupakan satu pemilihan yang betul dan kena pada selera rakyat Kelantan. Akhlak, sifat zuhud, sikap merendah diri, mesra dan mudah dampingi yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz bukan dibuat-buat, bukan sandiwara seorang ahli politik dan juga bukan bentuk hipokret seorang pemimpin. Malahan sifat dan sikap sedemikian sudah berakar umbi dalam jiwa beliau sejak sekian lama. Demikian saya pernah dimaklumkan oleh beberapa orang yang boleh dipercayai.



Justeru, tidaklah mengairankan jika ada pihak yang menyimpulkan bahawa selagi Tuan Guru Nik Aziz masih sebagai menteri besar kelantan, maka selagi itulah PAS akan terus berkuasa di negeri tersebut. Bahkan ada juga segelintir rakan yang membuat rumusan yang lebih radikal, antara lain mereka berkata, usia kekuasaan PAS di Kelantan samalah dengan usia Tuan Guru Nik Aziz dalam politik negeri tersebut. Wallahu aalam.

Sejak akhir-akhir ini, tokoh-tokoh politik BN sering datang ke kelantan dengan pelbagai janji dan harapan. Ada yang pernah berkata, orang Kelantan akan mendapat sebuah stadium yang baru jika BN berkuasa di negeri tersebut. Ada juga yang menjanjikan sebuah leburaya baru jika BN diberikan peluang untuk berkuasa semula. Beberapa tokoh BN juga turut menjanjikan penyelesaian yang menyuluruh terhadap masalah bekalan air bersih di Kelantan jika mereka berkuasa.

Kalau di negeri-negeri lain, janji-janji sedemikian seringkali menguntum bebunga harapan yang segera berputik dan berbuah kepercayaan yang akan meranapkan harapan pihak pembangkang lain untuk berkuasa. Walau bagaimanapun, setakat ini ia nampaknya tidak menjadi di Kelantan. Bagi majoriti rakyat kelantan, isu royalti minyak yang mereka lihat ada unsur ketidakdilan kerajaan pusat terhadap negeri mereka lebih besar daripada bekalan air bersih yang sering dicanangkan oleh pihak UMNO/BN. Sebenarnya sebahagian besar orang Kelantan semakin merasai ketidakadilan itu bila mereka membandingkan apa yang berlaku di Terengganu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat ke atas negeri mereka atas isu yang sama.

Kalau disusuri sejarahnya, masa pemerintahan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz dalam tempoh hampir 22 tahun bukanlah sentiasa tenang dan aman. Adakalanya ujian dan cabaran yang melanda telah meletakkan kerajaan PAS di Kelantan tak ubah umpama telur di hujung tanduk. Tentu semua masih ingat hasil pilihanraya umum 2004, kerajaan PAS telah memperolehi 24 kerusi di dewan undangan negeri (DUN), manakala UMNO/BN pula telah berjaya meraih sebanyak 21 kerusi. Keadaan diburukkan lagi bilamana menerusi pilihanraya kecil pada Disember 2005, satu lagi kerusi milik PAS di Pangkalan Pasir telah jatuh ke tangan UMNO/BN. Ini bermakna, PAS hanya mempunyai satu kerusi lebih sahaja daripada UMNO/BN. Kalau ikut hukum akal, kerajaan PAS boleh ditumbangkan pada bila-bila masa sahaja. Namun takdir dan perancangan Allah tiada siapa yang boleh mengatasinya. Kedudukan genting sedemikian berjaya dipertahankan sehinggalah ke pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008. Dalam pilihanraya tersebut PAS berjaya memperolehi 38 kerusi, PKR 1 kerusi dan UMNO/BN pula 6 kerusi. Kejayaan besar yang dikecapi ketika itu mungkin berkat kesabaran tinggi oleh semua barisan kepimpinan PAS Kelantan. Ia juga menunjukkan rakyat Kelantan secara majoritinya mempunyai cara tersendiri dalam menilai setiap wakil yang mewakili mereka di peringkat DUN.

Sebenarnya, bagi seorang yang telah pun menceburikan diri dalam kancah politik sejak 36 tahun lalu, YAB Datuk Seri Najib amat menyedari hakikat iaitu teramat sukar untuk menguasai semula Kelantan daripada PAS setidak-tidaknya buat masa ini. Namun demikian, sebagai menunjukkan gentleman dalam politik, Datuk Seri Najib serta UMNO/BN harus meneruskan usaha mereka bagi menguasai Kelantan sampai entah bila. Mungkin bagi Datuk Seri Najib dan UMNO/BN, mereka tetap berpegang kepada “usaha tangga kejayaan”. Sedangkan kuat berusaha masih belum berjaya, lagikan pula kalau tidak memulakan usaha, sudah tentulah bayang-bayang kejayaan tak mungkin kelihatan.

Sementara itu, bagi PAS pula, sokongan dan dokongan sebahagian besar rakyat Kelantan tidak akanselamanya berkekalan. Apa yang telah menimpa parti itu pada tahun 1978 seharusnya dijadikan teladan yang amat berguna. Adalah satu kesilapan yang dahsyat jika barisan kepimpinan PAS Kelantan menganggap dokongan dan sokongan rakyat Kelantan terhadap mereka tidak mungkin tergugat kerana sejarahnya tidak sedemikian. Dalam hal ini, ingatlah baik-baik firman Allah yang antara lain mafhumnya: “Jika kamu bersyukur nescaya aku (Allah) akan tambahkan (nikmat-Nya) untuk kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) amat pedih”.

Sesungguhnya persaingan antara UMNO dan PAS khususnya di Kelantan merupakan persaingan dua kuasa politik utama orang Melayu. Di antara kedua-duanya masih belum boleh bersatu lagi buat masa ini sama ada atas nama bangsa mahupun atas nama agama.

Pot Luck Bersama Jiran Tetangga



Malam tadi, sekitar selepas solat isya, beberapa orang jiran tetangga saya telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai pot luck. Saya sekeluarga juga telah turut serta. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama majlis seperti ini diadakan. Saya sendiri tidak dapat mengingati sudah berapa kali.



Dalam majlis ini, kami jiran-jiran yang ada dan secara sukarela akan membawa makanan dari rumah masing-masing untuk dimakan bersama-sama. Kelazimannya, lokasi majlis pot luck kami ialah di hadapan rumah en. Aliodin, rumah Ustazah Lili, rumah Lan dan rumah Kak Bi. Selain itu, Datuk Zamani dan Datin Yati yang tinggal berhadapan dengan rumah En. Aliodin juga tidak ketinggalan.



Walaupun majlis sebegini tidaklah sebesar mana, sekadar untuk beberapa keluarga sahaja, namun kemeriahannya tetap ada dan cukup dirasai. Bagi kami, bukan makanan itu yang menjadi keutamaan, tetapi yang lebih peting ialah dengan cara sebegini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama jiran tetangga. Kebetulan pula keesokanna hari cuti hujung minggu, jadi dapatlah kami duduk lama sedikit sambil bertukar-tukar berita dan cerita.





Kalau pada hari-hari bekerja, masing-masing sibuk dengan urusan dan hal ehwal masing-masing. Jadi bila ada kesempatan seperti ini, sudah tentulah ia dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim antara sesama jiran tetangga. Saya penuh yakin, kalau majlis seperti ini diadakan secara berterusan, maka hubungan keakraban antara kita semua akan sampai ke tahap air dicincang tidak akan putus, insha-Allah.



Pada masa lalu, saya pernah berada dalam majlis seperti ini hingga jam 1 pagi. Walau bagaimanapun, pada kali ini saya terpaksa berundur lebih awal. Sekitar jam 11.15 saya mula mencari jalan pulang. Waktu itu, Datin Yati masih duduk melekat leka bercerita. Manakala Datuk Zamani pula sudah lama meninggalkan lokasi majlis.



Kepada jiran tetangga yang terlibat, berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan kerana sentiasa ingat kepada saya setiap kali majlis seumpama ini ingin diadakan. Apa yang dikongsikan dalam majlis malam tadi tak ubah umpama, hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.



Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Hidup berjiran tolong-menolong,
Dunia akhirat beroleh berkat.

Saturday, May 5, 2012

Menghadiri Majlis Perkahwinan Pengetua SMPK Setapak



Tengah hari tadi, saya sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan tuan pengetua sekolah tempat saya bertugas (Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Cacat Penglihatan, Setapak, Kuala Lumpur). Majlis telah berlangsung di Puncak Alam, Selangor. Oleh kerana saya sekeluarga tidak begitu biasa dengan tempat tersebut, maka saya sekeluarga telah mengikut kenderaan Datuk Zamani dari belakang.





Perjalanan dari rumah saya ke lokasi majlis mengambil masa kira-kira hampir sejam juga. Namun begitu, keadaan persekitaran yang sedikit hijau tidaklah membosankan sangat. Apatah lagi jalannya tidak jem dan lancar sahaja.





Sekitar jam 12.00 tengah hari, kenderaan saya dan kenderaan Datuk Zamani pun tiba di lokasi majlis. Saya dapati, Pn. Ruziyaton dan Asri (suaminya) sudah pun tiba. Tidak lama kemudian, Ustaz Zamani dan Cikgu Mazdi pula tiba.



Tatkala saya tiba, majlis akad nikah baru sahaja hendak dimulakan. Maka sempatlah foto majlis berkenaan diambil. Dengan sekali lafaz sahaja, maka Tuan Pengetua, En. Jalaluddin Yusof sah bergelar suami kepada Pn. Siti Nazmin.



Tidak lama selepas itu, rombongan dari sekolah pula tiba. Rasanya, sewaktu saya tiba, para tetamu masih belum ramai lagi. Walau bagaimanapun, selepas akad nikah, tetamu mula berduyun-duyun tiba.



Tuan Pengetua tertawa besar apabila Datuk Zamani dan saya mengatakan kami berdua takut terkena auranya pula sebagai pengantin baru.






Setelah upacara akad nikah selesai, tuan pengetua telah tampil untuk bertemu dengan para tetamu yang hadir. Dari getar suaranya, saya dapat merasai betapa happynya tuan pengetua. Maklumlah baru sahaja selesai menyiapkan sebuah masjid yang baru.



Setelah hampir 50 minit, saya sekeluarga pun meninggalkan lokasi majlis. Kepada tuan pengetua, saya ucapkan selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia dari dunia sampai ke akhirat.

Saya penuh yakin, oleh kerana ini bukanlah kali pertama tuan pengetua bergelar pengantin, dengan segala kematangan dan pengalaman yang ada, bahtera yang mula dilayarkan akan lebih tenteram dan tenang, walaupun lautan yang mula diredah tidak semestinya sentiasa tenang.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa foto majlis perkahwinan tuan pengetua tengah hari tadi yang saya kira menarik untuk sama-sama kita tatap.