Monday, March 25, 2013

Selamat Pengantin Baru Kepada Cikgu Khairuddin Dan Noradilah



Tengah hari semalam (24 Mac), saya sekeluarga berkesempatanmenghadiri majlis perkahwinan antara Cikgu Khairuddin Abdul Wahab dengan pasangannya Noradilah binti Che Ibrahim. Cikgu Khairuddin ialah rakan sejawat saya yang kini sedang betugas di salah sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Manakala Noradilah pula merupakan bekas anak murid saya ketika beliau menuntut di peringkat sekolah menengah.






Pada 23 Mac, majlis yang sama telah diadakan di rumah pengantin perempuan. Saya juga mendapat jemputan yang sama. Walau bagaimanapun, memandangkan masa dan kesempatan yang ada, saya telahmemilih untuk menghadiri majlis yang diadakan pada 24 Mac.


Majlis walimatul urus siang semalam telah berlangsung di tingkat 19, Felda Residence (Hotel Felda) di Kuala Terengganu. Saya sekeluarga telah tiba ke lokasi majlis agak lewat sedikit, iaitu sekitar jam 2.15 petang. Walau bagaimanapun, sewaktu saya tiba, masih ramai lagi tetamu yang masih ada. Sempat juga bertemu dengan Khairul Fauzi dan isterinya, Katijah Abu Bakar.






Kepada Cikgu Khairuddin dan Noradilah, saya ucapkan selamat pengantin baru. Ssemoga anda berdua akan kekal bahagia dan diberkati hingga ke syurga.


Di bawah ini, saya kongsikan beberapa foto menarik yang sempat dirakam sewaktu menghadiri majlis walimatul urus Cikgu Khairuddin dan Noradilah tadi.






















Saya ada seorang lagi rakan, Din juga namanya. Katanya hendak kahwin juga, tapi sampai sekarang masih belum dengar khabar berita lanjut mengenainya. Bila lagi Din?


No comments: