Thursday, March 21, 2013

Tahniah Kepada Murid Yang Berjaya Dalam SPM 2012



Seperti yang kita maklum, hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 telah diumumkan. Seperti biasa, pelbagai reaksi dapat disaksikan apabila murid-murid mula mengetahu keputusan masing-masing. Tidak ketiggalan reaksi spontan daripada guru-guru dan juga daripada para ibu bapa.

Di sekolah tempat saya bertugas, situasi yang serupa juga dapat dilihat. Walaupun muridnya tidaklah seramai mana, tetapi reaksi masing-masingn tetap pelbagai. Para gurunya pun lebih kurang juga. Begitulah agaknya cara masing-masign dalam menzahirkan rasa gembira.


Mengenai keputusan SPM kali ini pula, setakat yang saya maklum beberapa mata pelajaran telah menunjukkan pencapaian seratus peratus. Antaranya termasuklah Bahasa Melayu, Sains dan juga Perdagangan.






Bersempena dengan pengumuman keputusan hari ini, satu majlis ringkas penyampaian keputusan kepada 3 murid paling berjaya telah diadakan di gelanggang goal-ball sekolah. Ia turut dihadiri oleh para pelajar yang mengambil keputusan, para ibu bapa, murid-murid tingkatan 4 dan 5 serta sebilangan guru. Turut hadir termasuklah 2 pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Keramat.






3 murid yang mendapat keputusan terbaik ialah:


  1. Keveintrant A/L Pulanthran dengan memperolehi 3A+, 5A dan 1D;
  2. Mohd Firdaus bin Ngatiman dengan memperoleh 4A+, 4A, 1B dan 1D;
  3. Ahmad Danial bim Mohd Sani dengan memperolehi 3A+, 4A, 1A-, 1B+ dan 1C.



Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya. Jadikan kejayaan hari untuk kecemerlangan hari esok. Kepada yang rasa kurang berjaya, jangan putus asa. Sekali gagal bukan untuk selama-lamanya.




Pada kesempatan ini, saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada tuan pengetua SMPK Setapak serta wseluruh guru dan kakitangan sekolah yang telah menjalankan peranan masing-masing untuk mencemerlangkan murid-murid kita. Marilah sama-sama kita teruskan usaha ini untuk mencemerlangkan murid-murid yang cacat penglihatan ini.


Di samping itu, tahniah dan terima kasih juga ditujukan kepada mantan pengetua (Pn. Che Fatimah) yang turut sama telah menyediakan asas untuk kejayaan murid-murid SPM tahun 2012.

No comments: