Friday, May 22, 2009

Ucapan Takziah

Takziah Untuk Keluarga Adun Manik Urai

 

            Lebih kurang jam 9.30 pagi, seorang rakan memberitahu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Haji Ismail Yaakub telah kembali ke rahmatullah subuh pagi tadi.  Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.  Semoga Allahyarham akan ditempatkan dalam kalangan mereka yang solihin …. aamin.

 

            Dengan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham tersebut, maka satu pilihanraya kecil tidak dapat dielakkan lagi.  Ini bermakna, kita dan seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan pilihanraya kecil kali ketujuh bakal diadakan selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

 

            Setakat ini, setelah 5 pilihanraya kecil berlalu dan yang keenam mungkin akan berlaku jika ada pertandingan, serta yang ketujuh yang akan berlaku, 4 daripadanya adalah disebabkan kematian dan 3 lagi disebabkan oleh perletakan jawatan penyandangnya.  Pilihanraya kecil disebabkan kematian ialah di Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dun (Sarawak) Batang-Ai dan yang terbaru DUN (Kelantan) Manik Urai (jika ada pertandingan).  Manakala pilihanraya kecil yang harus diadakan kerana perletakan jawatan penyandangnya ialah di Parlimen Permatang Pauh, DUN (Kedah) Bukut Selambau dan DUN (Pulau Pinang) Penanti (jika ada pertandingan).

 

 

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, saudara Blogger dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih atas artikel terbaru ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengungkapkan ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham di sana, kepada seluruh keluarga Allahyarham. Memang sah, pilihanraya kecil akan berlangsung di DUN Manik Urai, di mana UMNO telah awal-awal lagi, pada hari pemergian Allahyarham, mengisytiharkan mereka bersedia bertanding di sana, kononnya atas faktor "constitutional", bukan macam di Penanti. Justeru, kita sekalian akan melihat lagi akan percaturan BN/PR dalam gelanggang politik negara yang setakat ini, memihak kepada PR (4-1), sekaligus antara kayu pengukur keutuhan DS Najib sebagai Perdana Menteri yang keenam, yang sedang hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi bila merujuk kes Perak yang semakin berbelit.

Oleh itu, marilah kita bersama mendoakan kejayaan pihak yang benar lagi ikhlas agar menjadi pengajaran kepada semua. Sesungguhnya, keikhlasan dan kebenaran tak kan mampu dibeli walau ditawar seisi dunia.

Terima kasih.